C H A P T E R : T W O

762 106 19
                                    

Chapter Two

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter Two

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"HARIS! Haziq! Mari makan. Kakak dah siap masak."

Sebuah mangkuk yang berisi lauk asam pedas ayam Haura letakkan di atas meja. Adik perempuannya, Hanis, meletakkan beberapa buah cawan serta satu jag berisi air sirap.

Kedua-dua remaja lelaki itu mula menghampiri meja makan lalu melabuhkan punggung.

"Wah, sedapnya!" kata Haris sambil tangannya mencedok nasi ke dalam pinggan.

Haura mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Hanis

"Ayah mana?" tanya Haura.

Hanis sekadar mengangkat bahu.

"Tadi adik nampak ayah keluar," jawab Haris tiba-tiba.

"Oh ye ke? Hmm, biarlah dia. Nanti dah lapar tahulah dia balik," tutur Haura perlahan. Malas mahu mengambil tahu tentang lelaki tersebut.

Rasa marahnya masih belum hilang tentang duit yuran Haris yang diambil oleh ayahnya. Haura menunggu masa saja untuk bertanya sama ada perkara itu benar atau tidak.

Doa makan dibaca oleh Haziq dan mereka empat beradik menikmati juadah tengahari dengan gembira.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"KAKAK, minggu depan hari jadi adik."

Haris yang duduk bersila itu perlahan-lahan mengengsot agar dekat dengan Haura yang sedang melipat kain.

Haura mengerling wajah adiknya sekilas.

"Jadi?"

"Hmm, boleh tak kalau kakak masak ayam bakar? Adik teringin sangat. Selalu masa birthday adik, arwah mak mesti masakkan ayam bakar untuk adik," Haris menyuarakan permintaannya.

Wajah mendung adiknya itu membuatkan Haura dijentik rasa kasihan. Dia tahu, adiknya amat merindui arwah mak yang sudah tiga tahun pergi meninggalkan mereka berempat.

"Boleh. Selagi kakak ada duit, InsyaaAllah kakak dapat belikan apa saja untuk korang bertiga. Mana yang kakak mampu, kakak bagi," rambut tebal Haris diusap lembut.

Terukir senyuman gembira di raut wajah Haris. Dia gembira kerana permintaannya dituruti oleh Haura.

"Adik rindu mak," ucap Haris. Lantas tubuh kurus Haura dipeluk erat.

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now