C H A P T E R : F O U R

647 99 17
                                    

Chapter Four

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter Four

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

KAKI Haura bagaikan mahu tercabut. Sebaik saja dia tiba di bilik khas untuk housekeeper sepertinya itu, dia segera mencapai botol air miliknya.


Air itu diteguk rakus. Tekaknya kering dan sudah lama dia menanggung rasa dahaga. Sepasang kakinya dilunjurkan ke hadapan. Ingin menghilangkan lenguh yang bertandang.

Nuha masuk ke bilik itu dengan membawa sesuatu di tangannya. Ianya merupakan bungkusan roti. Satu diberikan kepada Haura manakala satu lagi dia ambil.

"Makan lah. Tadi ada customer tu bagi. Katanya roti tu dia beli tapi dia tak makan perisa kacang merah. Itu yang dia bagi dekat aku," kata Nuha, memberitahu dari mana datangnya roti tersebut.

"Jadilah untuk kita alas perut. Ada lagi dua bilik tak silap aku. Lepas tu kita boleh balik," sambungnya lagi.

Bungkusan roti itu dibuka. Dengan bacaan bismillah, akhirnya roti itu selamat masuk ke dalam mulut mereka.

Sedap.

"Hari ni macam penat sikit kan?" tanya Haura kepada Nuha yang berada di sebelahnya.

Nuha hanya anggukkan kepala. Dia leka menikmati roti kacang merah itu.

Kehadiran Raysha, salah seorang rakan sekerja mereka ke dalam bilik tersebut membuatkan mata mereka terpaku ke arah gadis itu.

"Dah siap kerja?" tegur Haura penuh ramah.

"Dah. Nak rehat sekejap. Sakit pula badan ni. Asyik terbongkok-bongkok je tadi," jawab Raysha dengan sopan.

Haura tersenyum. Tiba-tiba, telefonnya berdering membuatkan bahunya terhinjut sedikit akibat terkejut.

"Aish! Terperanjat aku," omel Haura perlahan.

Panggilan tersebut daripada Hanis. Dia terus mengangkat panggilan itu.

"Hello. Hanis, kenapa?" Haura mula bersuara. Menanti jawapan daripada adiknya di corong telefon.

"Kak... b-balik cepat! Ada orang... cari kau dengan ayah! Balik sekarang!"

Suara tangisan Hanis kedengaran. Berderau darah Haura dibuatnya. Roti yang dipegang itu jatuh ke lantai.

"Hanis? Hanis! Siapa tu, Hanis?!"

Nuha dan Raysha yang ada di situ turut terkejut saat melihat wajah Haura yang sudah pucat itu. Mereka berdua segera mendekati Haura.

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now