C H A P T E R : E L E V E N

718 79 3
                                    

Chapter Eleven

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"NASH!"

Hampir sepuluh minit dia menjelajah mansion yang besar gedabak itu semata-mata untuk mencari Nash dan Zayn. Bilik demi bilik dia periksa, namun mereka berdua tetap tiada.

Takkan ada di tingkat 'serigala' tu pula kan? Jadi, Haura tak berani nak naik. Tak mahu dia dilabel sebagai penceroboh lagi.

"Mana perginya mamat-mamat ni? Nash entah kemana. Zayn pula hilang dari radar," dia membebel sambil kakinya menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati, bimbang jika tersalah langkah.

Kalau tiada dalam rumah, mesti di luar. Haura menyarung selipar lalu berjalan di kawasan sekitar mansion mewah milik Ryan tersebut.

Setelah lima minit, pencariannya terhenti saat bebola matanya menangkap satu figura yang sedang leka menyiram pokok bunga di suatu sudut.

"Ya Allah. Nash! Dekat sini awak rupanya. Penat saya cari tau."

Nash yang sedang memegang paip air itu automatik memusingkan tubuh ke belakang. Bibirnya mengukir satu senyuman manis sambil melihat Haura yang termengah-mengah itu datang mendekat.

Gadis itu lengkap beruniform kerja. Pakaiannya masih sopan dan tuan empunya badan tetap kelihatan cantik.

"Hehe sorry, Cik Haura. Saya tengah siram pokok bunga ni. Tak dengar pula cik panggil saya," Nash sekadar tayang sengih kambing.

Haura mencebik. Kemudian, diri Nash dia tenung atas bawah atas bawah. Lelaki itu mula pelik. Dia turut memandang dirinya sendiri.

"Kenapa? Ada benda yang tak kena ke?" soal Nash, hairan.

Haura mengangguk kecil.

"Dah kemas pakai sut bagai ni, tapi kenapa siram pokok? Tak basah ke baju tu?"

Tiba-tiba Nash ketawa. Sekarang, Haura pula yang pelik. Dah kenapa pula mamat sorang ni?

"Saya siram bunga, bukan siram saya," seloroh Nash dengan tawa yang masih bersisa.

Haura tergelak sama. Ya tak ya. Kenapalah suka tanya soalan bodoh?

"Saya cari Zayn tapi tak jumpa. Hmm.. Awak free tak, Nash? Kalau free, boleh bawa saya dekat tempat ni? Saya dah lama ponteng kerja, Nash. Saya takut bos saya marah nanti," ujar Haura. Telefon bimbitnya diberikan kepada Nash.

Skrin telefon itu memaparkan sebuah hotel bertaraf lima bintang. Nash tahu di mana terletaknya hotel tersebut.

"Pasific Square Hotel? Tempat kerja Cik Haura?" soal Nash meminta kepastian.

Haura mengangguk, mengiyakan pertanyaan Nash.

"Okay, boleh. Disebabkan Zayn kena jadi driver Tuan Ryan, saya dengan berbesar hati akan jadi driver untuk Cik Haura yang cantik ni. Untung Cik Haura sebab ada driver sekacak saya," sempat saja Nash mengusik gadis itu. Sengaja Nash menguak rambutnya ke belakang dengan penuh gaya.

Haura sudah tayang muka nak muntah. Bebola matanya dijulingkan ke atas.

"Euw. Perasan sungguh."

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now