C H A P T E R : T H R E E

706 112 27
                                    

Chapter Three

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter Three

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"HANIS, nanti kalau nak makan, ajak adik-adik sekali. Aku dah siap masak untuk korang. Ada kari daging dekat dapur tu. Tapi jangan habiskan pula. Aku balik kerja nanti, aku nak makan."

Haura membuka mulut sebaik saja figura Hanis berkunjung masuk ke dalam biliknya. Gadis itu membaringkan tubuhnya di atas katil.

"Kau balik malam ke, kak?" Hanis menyoal kakaknya yang sedang ralit memakai tudung di hadapan cermin.

Haura mengangguk.

"Nanti pintu rumah kunci. Kalau ada orang datang, jangan terus serbu. Tengok dulu dekat tingkap, siapa orangnya. Jaga adik-adik tu. Pesan dekat Haziq, malam ni tak payah nak merayap ke mana-mana," satu demi satu pesanan Haura mula berikan kepada Hanis.

Jika dia bekerja, Hanis lah yang bertanggungjawab untuk menjaga adik-adik di rumah. Nak harapkan Muzaffar, lambat lagi.

"Kak, kau tahu kan Haziq tu macam mana? Dia mana nak dengar cakap aku. Kau cuba pesan kat dia sendiri. Kalau aku cakap tu, dia buat tak tahu je," Hanis membalas. Bibirnya dicebikkan.

Memang Haura akui, Haziq merupakan seorang yang sedikit keras kepala. Biasalah budak lelaki kan. Keluar sampai tengah malam, lepak tak ingat dunia.

Haura cuma bimbang Haziq melakukan benda-benda yang tak baik di belakangnya. Moga Allah lindungi adiknya daripada terpengaruh dengan benda negatif.

Sikap Haziq jauh berbeza dengan Haris. Haris lebih mendengar kata dan manja walaupun sudah berusia 12 tahun. Dah nak masuk remaja dah. Lebih senang menjaga Haris daripada Haziq.

"Yelah. Kalau ayah ada minta korang duit, jawab je tak ada. Jangan bagi. Sorok dekat tempat yang susah dia nak jumpa."

Hanis mengangguk lagi bagaikan burung belatuk. Naik muak dah dia dengan pesanan berbakul yang diberikan oleh kakaknya itu. Saling tak tumpah seperti arwah mak.

"Aku pergi dulu. Apa-apa call je."

Hanis membuntuti langkah Haura. Sempat dia mengucup tangan seorang insan di mana menjadi tempatnya bergantung hidup itu.

"Take care," ucap Hanis dengan senyuman nipis sambil melambaikan tangan kepada Haura.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"TUAN Ryan."

Seorang lelaki berbadan tegap dan lengkap bersut hitam tunduk hormat sebaik sahaja dia masuk ke dalam sebuah bilik itu.

Lelaki yang dari tadi duduk membelakangkannya itu kini memusingkan tubuhnya. Mereka bertentangan mata.

"Kau dah buat apa yang aku suruh, Nash?" suara garau lelaki bernama Ryan itu menyapa gegendang telinga lelaki yang bernama Nash.

Nash pantas mengangguk. Beberapa keping gambar yang dipegangnya itu segera dia letakkan di hadapan Ryan.

Kepingan gambar itu diambil lalu dibelek satu per satu.

"Berdasarkan maklumat, Muzaffar mempunyai empat orang anak. Dua perempuan dan dua lelaki. Anaknya yang paling sulung berusia 19 tahun, diikuti 17 tahun, 15 tahun dan yang bongsu 12 tahun," Nash menyampaikan segala maklumat yang dia dapati semasa siasatan.

Ryan hanya mengangguk-angguk kecil. Salah satu gambar tersebut menarik perhatiannya.

"Perempuan ni siapa?" soalnya sambil meletakkan jari telunjuknya pada gambar seorang gadis bertudung putih.

"Itu anak Muzaffar yang sulung. Namanya Haura Medina."

Suasana jeda seketika. Nash berdiri tegak di situ sambil memerhatikan Ryan yang masih menatap sekeping gambar di tangannya.

"Haura Medina..." bisik Ryan perlahan.

"Apa perkembangan tentang lelaki tua tu?" tanya Ryan lagi. Kali ini gambar-gambar itu ditolak ke tepi. Wajahnya dingin dan tidak berperasaan.

"Dia masih tidak membayar hutangnya. Kata dia, hujung bulan dia akan bayar," beritahu Nash lagi.

Jawapan daripada Nash itu tidak memuaskan hati Ryan. Dia bangkit lalu menumbuk meja kayu jati mewah yang berada di hadapannya.

"Dah tiga kali dia janji benda yang sama. Kau tahu tak apa yang paling aku benci sekali?"

Ryan beralih dari kerusinya lalu berhadapan dengan Nash. Wajahnya didekatkan dengan wajah lelaki itu. Sinar matanya tajam menikam.

"Orang yang mungkir janji," jawab Nash dengan pantas dan tegas.

Ryan mengangguk sekali. "Exactly! So, nak kena buat apa?"

Nash diam. Dia berdehem sekejap.

"Kami tunggu arahan daripada tuan."

Kening Ryan bertaut. Dia tenung tepat ke arah anak mata Nash.

"Malam ni, pastikan Muzaffar ada depan mata aku. Kalau korang gagal, tahu kan apa nasibnya?" Ryan keluarkan perintah. Lelaki itu tersenyum sinis.

Nash menerima arahan itu dengan penuh hormat. Tubuhnya ditundukkan lagi sekali sebelum dia beredar daripada bilik kerja Ryan.

Bilik yang serba mewah itu dipandang lama. Senyuman yang sinis tidak lekang dari bibirnya. Sepasang mata tajamnya beralih pula ke luar jendela.

Hujan lebat.

"You messed up with wrong person, Muzaffar. Kau tak kenal lagi siapa Ryan Xavier yang sebenarnya. See you tonight."

Tak mahu ucap selamat datang untuk Tuan Ryan?

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

A/n: Hai pembaca semua 💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/n: Hai pembaca semua 💗

Terima kasih atas kesudian kalian untuk membaca cerita ni. Aara teruja sangat sebab sudah ada beberapa orang yang baca cerita ni sampaikan Aara update banyak kali hari ni. Maaf ya kalau cerita ni hambar. Aara masih baru belajar. Boleh tegur ya kalau ada Aara ada silap :) 🌷

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now