C H A P T E R : S I X

649 88 30
                                    

Chapter Six

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter Six

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

HAURA yang sudah terbaring lemah di atas lantai simen itu menangkap bunyi seseorang sedang cuba untuk membuka pintu bilik tersebut.

Gadis itu tak larat untuk bergerak kerana hampir seharian dia tidak dapat makan dan minum. Perutnya berkeroncong dan tekaknya pula dahaga.

Pintu itu berjaya dibuka. Mata kuyu Haura melihat dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik. Tudungnya yang sedikit senget itu dibetulkan sekejap agar tiada sehelai rambut yang kelihatan.

"Cik Haura," panggil Nash sekali.

Menyedari bahawa Haura tidak menyahut panggilannya, dia mendekati gadis itu. Haura merasakan tubuhnya diangkat lalu didudukkan di atas kerusi.

Zayn yang datang bersama Nash ke bilik itu membawa dulang yang berisi makanan dan juga segelas air kosong.

"Maafkan saya sebab lambat hantar makanan untuk Cik Haura. Semua kedai makanan dah tutup. Saya cuma dapat beli bubur segera ni je," kata Nash dengan penuh rasa bersalah apabila melihat muka pucat gadis itu.

Kepala digelengkan lemah. Bibirnya menguntum senyum nipis. Wajah Nash itu Haura pandang dengan mata redup.

"Awak bagi bubur ni pun saya dah bersyukur. Terima kasih," ucap Haura ikhlas. Lelaki itu tersenyum lalu tundukkan kepalanya.

Bubur yang masih panas itu dicedok lalu disuap ke dalam mulutnya. Haura merasakan bahawa riwayatnya akan tamat disebabkan kebuluran. Rupanya, masih ada lagi insan yang sudi beri dia makan.

Tanpa menghiraukan Nash dan Zayn yang setia berdiri di hadapannya, Haura terus menikmati bubur segera itu sehingga mangkuk plastik tersebut sudah tiada isi. Kemudian, dia meneguk air kosong yang berada di dalam sebuah gelas jernih itu.

"Alhamdulillah," rasa syukur yang tak terkira pada Allah SWT kerana masih mengurniakan rezeki buat dirinya.

"Kalau Cik Haura perlukan apa-apa, ketuk saja pintu ni. Saya akan datang," kata Nash sambil menunding jari telunjuknya ke arah pintu.

"Encik, tolong saya boleh?" minta Haura dalam keadaan takut-takut. Dia menyuruh agar Nash datang dekat dengannya.

Kening Nash terjongket. "Apa dia, Cik Haura?"

Lengan sasa Nash yang beralaskan sut hitam itu Haura pegang. Terkejut lelaki itu dibuatnya. Haura menatap bebola mata milik Nash.

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now