Bab 33

674 87 3
                                    

HUJAN turun membasahi bumi. Sesekali petir berdentum kuat, namun tetap tidak menganggu konsentrasi dan fokus Ayra Hijanna yang sedang mengelamun saat ini.

"Ayra..."

"Ayra..."

Terasa bahunya di cucuk , lantas dia berpaling. Wajah kebosanan Widya menyapanya. Dagu diangkat.

'apa?'

Widya yang tadinya bersandar terus duduk tegak menghadapnya. Tergaru-garu dia dibuatnya, kekok untuk bercakap. Sengihan dihulur sebelum bersuara.

"Tadi...emm, tadi masa datang kelas...kereta saya rosak, So..."

"Jom" belum sempat menghabiskan bicaranya, Ayra terlebih dahulu memotong. Widya menjungkit keningnya tidak mengerti.

"Kereta awak rosak dan awak nak saya hantar? Kan? Jom"

"Suami awak? Ke awak bawa kereta sendiri?"

"Saya tak boleh drive, tapi saya rasa suami saya okay je. Rumah awak kat mana?" Kepala diangkat semula memandang ke hadapan. Madam Aida yang sedang mengajar di hadapan. Serupa dia bercakap seorang-seorang. Yang lain semua curi tulang, ada yang sembunyi-sembunyi main telefon bawah meja, bersembang dan melukis-lukis di atas buku dan yang tidur pun ramai.

"Taman Megasari Seksyen 17"

"Ha?"

"Rumah nenek saya"

Ayra terpegun sekejap. Di tenung Widya bagai nak tembus. Tak percaya. Boleh tahan kaya juga keluarga Widya ni. Setahunya, di taman perumahan itu terkenal dengan kaum kerabat di raja dan orang-orang kaya. Rasa kagum sedikit sebanyak menyelinap masuk ke dalam hati.

"Kalau awak fikir saya kaya, awak salah. Itu rumah nenek saya aje. Mak ayah saya orang biasa-biasa. Saya kena duduk situ pun sebab mak ayah saya ada trip ke Umrah esok. Jadi mereka suruh saya pergi awal " Ayra mengangguk faham.

"Tapi dia nenek awak kan? Takkan tak dapat sesen pun?" Dia menarik sengihan. Nampak sangat mata duitan kau tu Ayra!

"Ayah saya anak angkat je. Bila nenek saya jumpa dengan anak kandung dia semula, dia pulaukan ayah saya hmm. Ni saya duduk rumah dia pun, ayah saya merayu macam minta rayuan asrama" dilihatnya bibir gadis itu tercebik. Eh, kalau dia pun akan tercebik sama. Mungkin lebih teruk, mengamuk terus.

"Hmm, kesiannya. Sampai hati nenek awak buat macam tu. Kalau tak suka kenapa ambil anak angkat? Kalau saya single, saya awak offer awak duduk dengan saya" sudahnya, mereka sama-sama menongkat dagu sambil termenung ke hadapan. Hari ini pergi kelas macam tak ada apa-apa. Ilmu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Madam macam buat konsert rock dengan suara lantang di bawah, tapi kami buat tak tau. Haha, dasar pelajar durhaka!

Usai kelas bersama Madam Aida tadi, semua berpusu-pusu keluar ke cafe mengisi perut yang sudah berlagu tanpa irama. Mana tidaknya, kelas mula pukul tujuh pagi dan habis pukul sebelas pagi. Bila di tanya, masing-masing tak sarapan.
Bagus betul.

Ayra berjalan sendirian menuju ke cafe yang terletak tidak jauh dari dewan kuliahnya. Lima puluh langkah dari dewan. Dekat kan? Haha.

"Girl!" Kaki berhenti melangkah. Di hadapannya, seorang perempuan berambut pendek yang berlari terkedek-kedek kearahnya dengan memegang setimbun fail putih di tangan. Mula-mula dia nak elak, tapi bila tengok muka cemas itu di batalkan sahaja niatnya.

Kecemasan mungkin.

"Ye? Awak panggil saya?" Gadis itu berhenti di hadapannya dengan nafas tercungap-cungap.

"You kelas Madam Aida tadi kan? Yang duduk dengan yaya?" Dia menyoal. Ayra mengerut dahi.

"Yaya?"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now