(◍•ᴗ•◍)❤ AE 3

1.1K 86 13
                                    

Amaya melangkah masuk ke dalam universiti kesayangannya dengan semangat. Kenapa tiba tiba dia bersemangat? Sebab semalam di charge dengan penampakan sehelai boxer hot pink yang memanaskan lemaknya dan menyebabkan dia rasa sangat ringan hari ni.

Tapi jangan risau ya peminat peminat Izz sekalian. Amaya takkan cerita dekat orang lain. Takka-

"BUAHAHHAH!" tanpa memberi salam, tawanya keluar. Di hadapan makhluk tu. Betul betul bawah hidung mancung makhluk tu.

Kalau pandang atas memang nampak lubang hidung. Kalau ada rezeki bulu hidung pun boleh nampak.

"Haha..ha..ha..-" terus terdiam Amaya bila makhluk itu merenungnya dengan pandangan yang sangat tajam dan membara membakar lidah. Membuatkan dia tak mampu nak bercakap. Dan terus menunduk.

Perlahan-lahan Amaya mengangkat muka memandang ke arah makhluk itu semula. Elok. Semalam tak nampak sangat sebab gelap tapi masih boleh di cam.

"Hensem jugak boxer hot pink guy ni." mulut unlimited nya berbunyi.

Makhluk dihadapannya merenungnya dengan lebih tajam.

"Er.. err.. dua tiga kucing berlari, saya nak pergi selamatkan diri!" serentak itu Amaya pecut nak masuk ke dalam bangunan utama uni. Tapi entah kenapa kakinya tak jejak tanah.

"Come with me.." suara garau seksi milik makhluk itu keluar. Hoodie Amaya dicengkam dalam genggaman tangan berurat mengancam.

Cengkaman hoodienya dilepaskan dan Amaya terpaksa mengikuti jejak langkah makhluk itu. Nak larikan diri dah tak boleh. Dirinya dikelilingi 360° oleh kawan-kawan makhluk tadi. Besar dan berurat tangan diorang. Dia bawak geng hulk dia kat uni ni?

Selepas memasuki bangunan utama, tubuh Amaya ditolak ke loker berhampiran. Dia mengaduh kesakitan. Fuhh sakit belakang ku..

Tangan makhluk itu berada betul betul ditepi kepala Amaya. Kuat dia menghentak tangannya di situ.

Muka hensem makhluk itu didekatkan dengan muka cantik Amaya. Ceh perasan jap.

Apabila hidung lelaki itu hampir menyentuh hidungnya, Amaya dengan separuh berani berkata

" La takrabu zina (jangan mendekati zina.)" Dalam banyak banyak ayat, ayat ni jugak yang keluar. Okeylah tu daripada aku meruqyahkan terus makhluk ni.

Lelaki itu tersengih berjemaah dengan rakan-rakannya. Tapi hanya seketika dan senyuman itu berganti dengan muka serius.

Muka itu masih dekat dengan muka Amaya.

"Jumpa~-" belum sempat ayat lelaki itu habis, Amaya memotong dengan menyuakan sesuatu.

"Makan ni dulu." tangannya menyua didepan muka lelaki itu dan menghasilkan jarak.

" tangannya menyua didepan muka lelaki itu dan menghasilkan jarak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Buat apa?" tanya lelaki itu kepelikan.

"Supaya tak ada kes pelajar mati kerana bau yang tidak menyenangkan." dengan muka selamba badak Amaya berkata.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now