(◍•ᴗ•◍)❤ AE 15

774 63 1
                                    

" Hubby bincang apa dengan Aya?" tanya Izyan bila nampak suami dia masuk ke dalam bilik mereka.

Hadi angkat kening.

" Kenapa? Jeles ke?" tanya Hadi sambil tersenyum sinis.

Izyan memuncungkan mulut. " Sikit."

Tergelak Hadi. Dia duduk memanjat katil lalu duduk di depan Izyan. Kepala isterinya digosok.

" Tak perlu pun nak jeles..."

Izyan peluk Hadi. Kepala nya diletakkan diceruk leher suaminya itu. Ambik bau sikit. Wangi~

" Maira nak tau.." pujuknya.

Hadi tergelak kecil. Geram dengan kecomelan isteri dia.

" Sayang ingat tak dulu abang pernah cerita yang abang duduk dekat satu rumah anak yatim ni dengan seorang lelaki dan perempuan?"

Izyan mengangguk.

" Amaya tu lah perempuan tu." Izyan mengangkat kepala dengan laju. Kepalanya terhantuk dengan rahang Hadi.

" Betul ke?" bulat mata dia memandang Hadi yang tengah menggosok rahangnya. Tangannya naik menyentuh.

" Betullah. Yang tadi dia jerit kacang tu sebab dia terkejut nampak Nutfal." terang Hadi sambil memegang tangan Izyan yang berada di rahangnya. Sakit tak sakit, buat sweet tu wajib. Haha.

" Ouh dia panggil Nutfal " kacang" ?" Hadi mengangguk.

" Kejap lagi abang nak keluar jumpa Adam dengan Amaya. Jaga diri tau." pesan Hadi.

" Ne." Hadi menggeleng kepala. Suka sangat jawab dalam bahasa korea. Cakap full tak reti pulak.

_skip_

" Kau cakap apa dengan Nutfal tadi?"

Suara Izz menganggu Amaya daripada terus memerhatikan Aaron yang tengah ngorat Liana.

" Hah?"  soal Amaya. Bukan tak dengar, nak suruh ulang.

" Nutfal cakap apa?"

" Oh.. abang Nut tu orang yang teman saya dekat rumah anak yatim. Ingat tak yang saya cerita semalam?"

" Ingat. So tadi sembang gitu gitu je lah?" Lega hati Izz. Buat penat je gelabah depan Kak Izyan tadi. Tanya kenapa suami kak Izyan gatal dengan bini Izz.

" Hm. Saya balik dulu eh?" Amaya bingkas bangun. Dia nak hantar Liana dulu sebelum jumpa Adam.

" Ala.. cepat nye~" rungut Izz. Baru nak menggatal dengan Amaya.

" Lusa jumpa jugak kan? " dia menggamit tangan memanggil Liana yang tengah kena ngorat dengan Aaron.

" Okeyhh.." dia menghantar Amaya dan Liana dengan pandangan mata je. Malas nak jalan. Nak melekat dengan Amaya.

" Bro.. awek aku.." tiba tiba Aaron peluk dia. Dia pun balas.

"Bini aku.."

_skip_

" Abang!" pintu diketuk bertalu talu menggunakan dua belah tangan. Ini kalau roboh dah boleh tau salah siapa.

Kepala Adam muncul dari celahan pintu selepas penat menolak pintu yang ditahan oleh Amaya.

" Darling.. masuklah sopan sikit. Ketuk macam abang dekat benua lain" rungut dia.

" Rilek lah abang. Aya melawak je.." meleret Amaya memujuk.

" Duduk. Tunggu sini jap dan jangan masuk bilik abang." mata Adam memanah ke dalam anak mata Amaya dan perempuan itu hanya tersengih.

Amaya duduk sambil menggoyangkan kaki dengan mata yang meliar memerhati segenap pelusuk rumah Adam.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now