(◍•ᴗ•◍)❤ AE 36

661 51 11
                                    

" Kau tarik dia masuk kereta betul betul lepas dia keluar dari situ."

Eric memandang tak percaya ke arah Izz. "Gila ke? Kau tak nampak ke beruk beruk body besar yang amat tengah jaga dekat situ?! Uihh kalau aku kena henyak sekali dekat celah ketiak dia tu, mampus weh.. mampus!" Eric menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau tak mati tercekik, mati sebab bau busuklah jawabnya.

" Ishh memang taklah! Ni kau guna kloroform ni." sehelai sapu tangan dan satu botol kaca diletakkan di atas tangan Eric.

" Cita cita aku nak bunuh orang dengan kerja dengan uncle Ariffin je. Tiba tiba tambah satu. Menculik. Memang bakat aku ke buat benda benda berdosa ni?"

Pak!

Kepalanya diketuk oleh orang belakang. Dia menoleh kebelakang dengan wajah merah menahan marah.

" Apahal kau tampar kepala aku?!"

" Dah kau bodoh. Buatlah kerja cepat sikit. Banyak bunyi lak kau." marah Hadi. Geram nengok sekor anak orang ni dari tadi bercakap. Kerat mulut jugak kang.

Eric menggumam mencarut Hadi. Dia meletakkan kloroform itu pada kain sampai kai itu hampir basah sepenuhnya.

"Woi woi! Sikit sikit dah la! Mampus terus Arlo tu macam mana?" Izz menekan dahinya. Pening dengan perangai Eric. Tolonglah jadi bijak untuk hari ni je.

Eric sengih tak bersalah dan wajahnya bertukar serius apabila melihat Arlo keluar sambil berpelukan dengan seseorang. Dia membuat muka geli.

"Eeuw gross"

Arlo yang berada tak jauh dari mereka melambai ke arah sesorang itu dan bergerak ke arah keretanya sambil bersiul-siul.

"Hmp!" tiba tiba mulutnya ditekup oleh seseorang dan tak lama selepas itu dia pengsan. Dia tak tau apa yang jadi selepas itu.

Ye lah dia kan pengsan. Mendelah kau.

Entah berapa abad dah berlalu, akhirnya dia terjaga dan mendapati yang dirinya kini berada dalam satu ruangan yang berbau darah.

" Tempat apa ni? Aku kat mana?" tapi tempat tu macam familiar bagi dia. Dia toleh ke sebelah lalu terkejut apabila melihat serpihan daging manusia dan darah yang terseret daripada seorang manusia yang digantung dihujung bilik.

Benda apa nih hanat?!!

" Huawrggggggghh!! Tolong! Tolong! Lepaskan aku! Ada manusia mati kat sini!! Aku taknak kawan dengan dia! Tolong! Aaa!! Ariffin!" terlolong dia dalam ruangan yang gelap dan hanya diterangi oleh cahaya yang masuk dari tingkap kecil itu.

Klak!

Satu satunya pintu disitu terbuka. Mata Arlo terkebil-kebil pedih apabila cahaya tiba tiba menyinggah kornea matanya.

" Dah bangun?"

Membulat mata memandang gerangan orang yang baru sahaja masuk di situ.

"Ka--kau!"

" Aku Eric. Bukan lembu. Cuba sebut. E-ric. E-R-I-C. Eric" Eric mengeja namanya. Geram la juga nama sedap sedap yang dipanggil 'lembu'. Tak ke sakit hati?

" Kau... Kau!" Arlo menggenggam tangannya menahan geram. Sekali, kepalanya disepak kuat. Terbaring dia di atas rusuk kanan dengan muka terpenyek pada lantai.

" Aku dah kata nama aku bukan lembu! Eric! Eric Daiyan! Tak paham lagi ke?!" kakinya dihentak hentak pada bahagian pinggang Arlo.

" Stop it Eric. Dia cakap kau as k-a-u bukan cow lembu tu. Aku kekadang pening juga,kau ni bijak ke bengong."

Arlo mengangkat muka memandang sebelah kirinya. "Izz, Izz tolong uncle Izz. Kawan kau ni pukul uncle Izz. Sakit Izz.." dia merayu pada Izz dengan air mata yang mengalir membasahi pipi. Giteww.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now