(◍•ᴗ•◍)❤ AE 37

642 52 7
                                    

"Abang.." panggil Amaya seraya pintu rumah itu ditolak.

Terpempam.

Apa yang ada depan dia sekarang ni ialah tempat penuh darah dengan satu manusia yang dah mati dan satu lagi yang bermandikan darah dengan badan dicoret ukiran.

"Mia.." bulat mata Izz melihat isterinya yang tetiba muncul di muka pintu. Dia dah suruh Eric jaga bini dia jangan bagi bini dia datang sini.

Adam dan Adreann berhenti mengukir apabila mendengar suara Izz menyebut panggilan Amaya.

" Abang.. busuk.." hidungnya dikepit dengan tangan.

Tiba tiba rasa pening yang amat dan nak termuntah. Pinggan berisi sate terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Begitu juga dengan badannya yang hilang keseimbangan.

"Sayang!"

"Darling!"

Kalut Izz dan Adam pergi ke arah Amaya. Tanpa menunggu lama, Izz mencempung badan Amaya dan membawanya keluar.

Hadi dan Izyan terkejut melihat Izz yang laju berlari menyusup masuk ke dalam rumah dengan Amaya ditangan.

" Kenapa dengan Aya?" tanya Izyan risau.

" Pengsan. Maybe loya dengan bau darah."

" Tambah baru lepas makan pulak tu."

" Sebab tu la makanan tu taknak keluar dari bontot. Dia nak keluar dari mulut."

Mereka memandang Aaron dengan pandangan putus asa. Putus asa dengan otak senget Aaron.

" What?" tanya Aaron tanpa rasa apa apa. Sate disuap ke dalam mulut. Sambung makan.

Eric menghela nafas berat. "Bila la kau nak bijak.." Aaron mencebik.

Eric melihat pula disebelahnya. Adam dengan segala lidi cucuk sate yang dah tiada sate.

" Kau bukan main tadi darling bagai.." kening diangkat sebelah.

" Izz ada.." jawab Adam sebelum sambung makan.

"Tch.." Eric mendecit. Tak guna punya abang.

_skip_

Izz menutup muka ditepi Amaya yang terbaring di atas katil. Nak dihantar ke hospital nanti mesti kena cerita kenapa Amaya pengsan. Takkan nak cerita dia tengah pukul orang lepas tu Amaya nampak then terpengsan.

" Sayang.. bangunlah. Pengsan apa lama lama.." kata Izz sambil merenung wajah Amaya. Kemudian matanya jatuh pada tangan kecil yang dibelai perlahan menggunakan jarinya.

"Hm.." Izz mengangkat muka.

"Mia? Are you awake?" Amaya mengangguk dengan dahi berkerut. Masih pening. Tangannya naik mengurut dahi.

" How can you faint,darling? And why do you get in there? I told you violence is not good for you to see." bebel Izz dengan tangan sibuk menuang air ke dalam gelas.

" Melayu la bang. Pening ni.." kata Amaya. Bangun bangun terus kena bebel. Sellotape mulut kang.

Izz membantu Amaya untuk minum air tanpa menjawab. "Pelan pelan sayang." katanya walaupun dia yang laju menuang air ke dalam mulut Amaya.

Amaya tengok Izz geram. Dia rampas gelas itu dari tangan Izz dan menolak perlahan tangan lelaki itu. Daripada tersedak dijerus air ke dalam mulut oleh Izz, lebih baik minum sendiri.

Izz biar sahaja dan sambung bermain dengan jari Amaya. Minat sangat dengan jari bini dia ni.

" Macam mana sayang boleh pengsan? Kan abang dah kata jangan pergi sana. Violence tak baik untuk sayang tengok."

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now