(◍•ᴗ•◍)❤ AE 42

707 55 0
                                    

" Assalamualaikum. I, Melinda."

" Melinda?" terkejut satu dewan dengan suara kuat Zayne.

Zayne berjalan ke arah Melinda dengan muka yang masih terkejut. Sampai di depan Melinda, dia bertanya. "Are you really Melinda? Melinda Nuraina?" tanya dia.

Di depan dia sekarang bukanlah seperti Melinda yang dia nampak kali terakhir di universiti siti dahulu. Melinda yang didepan matanya sekarang memakai pakaian longgar, tudung labuh menutup dada dan bertutup. Sangat lain.

" Er.." Melinda bergerak ke belakang Kak Piya dan bersembunyi di situ.

"Eric."

"Yes uncle?"

" Rakam benda tu. Nanti uncle nak tengok." arah Tuan Ariffin dengan mata menghala ke arah drama Zayne dan Melinda.

Eric mengerut dahi. " Uncle nak pergi mana?"

" Estelle." jawabnya sepatah dan menuju ke meja yang menempatkan seorang lelaki dan seorang perempuan dari Estelle's .

" Ye. Saya Melinda." percakapan nya juga lembut tak macam dulu. Zayne memandang redup wajah Melinda walaupun dihalang sedikit oleh tubuh Kak Piya.

" Jaga mata Zayne. Kahwin dulu." tegur Amaya. Nak tenung pun agak agak lah. Merah muka Melinda tu ha. Dah la satu dewan tengah tengok mereka sekarang ni.

" Aya dah ngandung?" Bercahaya mata Kak Piya melihat perut kedepan Amaya.

" Haah. 3 bulan."

" Tahniah Amaya." ucap Melinda. Dia dah tak berselindung di belakang Kak Piya kerana Zayne dah pergi ke tempat lain.

" Kak Piya pergilah jumpa Liyyan dulu. Dia nak jumpa kak Piya sangat sangat. Rindu ke eh? Mustahillah.."kata Liana tetapi Kak Piya tidak memberikan perhatian terhadap apa yang dia kata sebaliknya melihat ke arah sesuatu dengan pandangan penuh makna.

" Akak? Kak Piya?" Dia kuatkan sedikit suaranya.

" Hah? Oh.. ha nanti akak jumpa dia." kata Kak Piya. Dia nak pergi isi perut dulu. Lapar nyah!

" Kau suka dia, Zayne?" tanya Adreann walaupun dah jelas jelas nampak yang Zayne suka Melinda.

Zayne mengangguk dengan mata terpaku pada Melinda.

" Aku cakap awal awal selamat pengantin baru." Adreann bangun seraya berkata. Dia membawa langkah menuju ke taman tepi dewan sekali dengan piring penuh terisi nasi ayam.

" Kesian kawan tu. Murung. " Aaron senyum mengejek seraya berkata. Nak kesian ke nak apa dia nih?

" Takpa..dia ada Eric dengan Zenith." mereka menoleh pula ke arah Eric dan Zenith yang fokus menonton movie di telefon Zenith. Movie apa? Rapunzel. Dengan anak anak orang yang bersaiz budak budak pun turut sama berdiri dibelakang mereka. Tak tau malu,janji dapat tengok Rapunzel. Dah la tak kenal anak siapa. Suka hati je datang sini.

Di meja Estelle's, seorang gadis melirik ke arah Kak Piya dengan pandangan kosong. Dia perasan tadi orang itu mengusyar dia semasa dia bersembang dengan Tuan Ariffin.

" Find out about that woman. I want to know. Do it without asking why." katanya senada. Lelaki disebelahnya mengangguk.

_skip_

" Awak!" Liana menjerit di tepi telinga Aaron. Aaron pula terlompat terkejut dengan suara kuat Liana.

" Apa dinda? " tetap sahaja nada suara dikawal. Kalau kawan dia ni dah berguling oo. Kini usia perkahwinan mereka dah memasuki 5 bulan. Ha lama tak lama? Tapi masih sahaja Liana memanggil Aaron dengan panggilan 'awak' sebab Aaron kena pergi luar negara tak lama selepas mereka kahwin. Baru semalam balik sini, rumah mereka.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now