(◍•ᴗ•◍)❤ AE 30

687 53 3
                                    

" We need to annul it." Adam melabuhkan punggungnya di sofa tepi Eric. Sejak kebelakangan ni, dia jarang nak sibuk jadi dia selalu menyibuk dekat rumah Tuan Ariffin.

" Mana Aya dengan Izz?" soal dia pelik tak nampak dua batang hidung belangkas jadian itu.

" Dalam bilik. Baru sampai tadi." ujar Eric walaupun jarinya sibuk menekan nekan skrin henfonnya. Main game. Alah jawab bukan pakai jari, pakai mulut.

Adam mengangguk. Plan nak pergi jambatan kemalangan itu tak menjadi sebab pakcik Izz balik sini hari ni. Nama dia apa entah. Oreo? Oglio?

"Abang tak sabar nak jumpa Uncle Arlo." ujar Izz sambil bermain dengan jemari runcing tapi kecil Amaya. Cumils. Tak macam tangan dia. Besar macam kaki gajah.

"Hm" tak tau nak balas apa, Amaya bunyi hm ajelah. Sebelah tangan dia bermain rambut Izz dan sebelah lagi dimainkan oleh Izz. Rasa perut dia dah kempis sebab Izz asyik jadikan perut dia sebagai bantal.

" I want to meet him.. want to introduce you to him and play with him." Izz tersengih sengih membayangkan apa yang dia nak lakukan dengan Uncle Arlo.

" Abang selalu main apa dengan dia?" tanya Amaya nak melayan omelan Izz.

" Abang selalu main tembak tembak dengan dia. Gusti. Tumbuk sana tumbuk sini.. berenang sekali! Abang reti berenang tau. Kalau abang berenang, macam mermaid jantan nyah!" Izz seronok bercerita dengan mata yang bersinar sinar. Tak sabar nak main dengan Uncle Arlo!

Amaya tergelak. Membayangkan Izz dengan ekor ikan duyung lepas ber-bra cengkerang.

" Tembak tembak tu.. dia tembak abang, abang tembak dia ke, tembak orang lain?"

" Tembak benda lain la... Kang mampus pulak Uncle Arlo tu. Dah la tua." Izz menarik tangan Amaya yang bermain rambutnya ke bibir. Dicium lembut tangan itu.

" Nanti sayang duduk dengan Naura dengan Kak Izyan lah. Biar abang main dengan Uncle Arlo sampai mampus. Okey?" Izz mengangguk.

Tak lama selepas itu, mereka berdua turun ke ruang tamu. Di situ hanya ada Eric, Adam , Zenith, Hadi, Tuan Ariffin dan Adreann sahaja. Zayne dekat rumah dia. Aaron pula tengah mengorat mak mentua dekat rumah Liana.

" Bila abang Hadi sampai?" tegur Izz seraya punggung nya menghenyak sofa. Amaya pula naik balik, pergi teman Kak Izyan.

" Baru sampai." jawab Hadi.

Tok! Tok! Tok! " Kak Izyan.. Aya nak masuk boleh?"

"Masuklah. Pintu tak kunci." Amaya tersenyum dan memulas pintu bilik Izyan. Dia masuk dan memandang Izyan yang tengah senyum kepadanya.

" Akak sihat?" Amaya duduk diatas bean beg putih di sebelah Naura. Izyan pula duduk di atas katil.

" Sihat je. Nak main dengan Naura ke?" Tangan Izyan sibuk mencubit pipi anaknya yang satu itu. Gemoy! Gemok! Tembam! Tomey! Gebu! Mintak kena gigit!

Naura ketawa menampakkan giginya. Amaya menggigit bibir menahan diri daripada memakan budak ni.

" Haah. Lagi pun dekat bawah takde perempuan. Segan." Izyan mengangguk tanda paham. Biasalah perempuan memang kena memalu sikit.

" Nah." Izyan menghulurkan Naura kepada Amaya. Amaya mengambil dan meletakkan budak itu di paha nya.

" Uncle Arlo baik dengan akak jugak ke?" tanya Amaya. Kalau tengok, Kak Izyan takdelah excited macam suaminya tadi. Biasa je muka.

" Baik. Just akak yang tak berapa selesa dengan dia. Lagi pula dia ajnabi."

Amaya membuat muka pelik. "Aik, bukan Uncle Arlo tu adik mummy ke?" Bukan dengan pakcik sendiri bukan ajnabi ke..

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now