"Dia yang selalu ku sebut dalam doa supaya menjadi cinta terakhir dan jodoh yang sebenar-benarnya untukku."
_Muhamad Zariff Arrazin_
"Kerana cinta, aku ingin dia membenciku. Kerana cinta, aku ingin dia kecewa terhadapku. Kerana cinta juga, aku ingin melepaskannya. Maaf kerana aku tidak sempurna untuk menjadi yang terbaik buat dirimu."
_Nur Irdina Safiya_
"Aku nampak keikhlasan hatinya. Tidak pernah aku nampak dia seikhlas itu dengan wanita lain. Kerana itu aku memberi dia peluang untuk menjaga kesayanganku."
_Aariz Nazmi_
"Maaf, memang niat aku untuk merampas dia daripada engkau semata-mata ingin menyakitkan hati engkau. Tapi apabila dia terlibat dalam kemalangan, aku tidak mampu untuk memberikan komitmen. Dan aku memilih untuk pergi, walaupun terpaksa menyerah kalah membiarkan engkau memenangi hatinya."
_Muhamad Zariff Arradin_
"Aku nampak sinar cinta di mata dia. Aku nampak sebesar kasih yang dia tunjukkan kepada engkau. Walaupun dia pernah mencintai seseorang pada masa silamnya, cinta dia buat kau malah lebih besar. Tak mungkin dia akan berpaling sedangkan engkau satu-satunya kelemahan dia."
_Zulfan Hakimi_
"Trust him. Trust yourself. You deserve to be happy and he is the one who can make you happy. Put a smile on your face. Walau seberapa jauh kaki kau melangkah, andai dia yang Tuhan tetapkan untuk engkau, dia akan kembali dalam keadaan yang tak pernah engkau jangkakan."
_Risteena Balqis_
"Aku mengalah bukan kerana aku kalah. Tapi kerana aku tak mampu berjuang sedangkan aku nampak di mata dia hanya ada cinta dan kasih yang tertulis buat seorang Nur Irdina Safiya. Dia mencintaimu. Seikhlas hatinya. Balik. Kejar dia kembali kerana engkau takkan mungkin dapat cinta sepertinya lagi."
_Hanez Farhana_
"Aku tahu kau terluka. Aku tahu kau kecewa. Just let go all of your tears. Sometimes superhero deserves to cry. Bukan sebab kau lemah, tapi sebab selama ni kau dah cukup kuat. Bro, apa jua keputusan kau, sama ada meneruskan atau melepaskan, aku akan sokong. Sebab kau dah aku anggap macam adik beradik aku."
_Adam Zulkarnain_
YOU ARE READING
𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBIT
Romance"You still love me, Sayang. Your mouth can lie but not your eyes. Your eyes tell me the truth when all the things become a lie." _Muhamad Zariff Arrazin_ "Saya tak sempurna. Saya akan jadi beban pada awak. Tak akan mungkin awak mampu bertahan dengan...
