"Gosh! Is that... Muhamad Zariff Arrazin? That wicked guy your brother told me before?"
❤❤❤
Penerbangan ke Malaysia yang seterusnya telah diubah masa dari pukul 6 petang kepada 8 malam. Hanez sudah mula rasa tidak keruan. Kalau boleh, dia ingin segera pulang ke perantauan. Selepas selesai urusannya di Moscow, dia terus mencari tiket untuk pulang. Masakan tidak, sudah tiga bulan dia berada di sana atas urusan kerja.
Sejak kebelakangan ini, dia selalu mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Tetapi atas alasan tidak mahu memanjakan diri, dia cuba untuk mengabaikan rasa sakit itu, apatah lagi memberitahu ibu bapanya tentang keadaan kesihatannya. Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke ruangan menunggu dan mula melabuhkan punggung.
Sebelum saya lupa.. Hanez Farhana merupakan anak kepada Datin Maisarah Alya dan Dato' Syukri Azizi, seorang usahawan yang berjaya menempah nama di persada dunia. Kemewahan yang dimiliki keluarga mereka telah memaksa Hanez untuk mengambil bidang yang kurang diminatinya, International Human Resources Management.
Oleh sebab dia merupakan anak tunggal dalam keluarga kecil itu, maka dialah yang akan menjadi perintis kepada perniagaan juta-juta ayahnya. Tidak boleh tidak, terpaksalah dia menurut keinginan orang tua walaupun minatnya cenderung ke arah bidang artistik.
✨✨✨
"Hello bro, apa cer sekarang?" Tanya Zulfan di corong telefon. Satu lagi watak yang baru muncul dalam novel ini. Siapakah dia? Seorang jurutera? Akauntan? Ahli farmasi? Atau seorang doktor seperti Nazmi dan Arrazin? Ops. Lupa. Arrazin bukan doktor. Dia enggan menjadi seorang doktor. Segulung ijazah itu disimpan rapi dalam laci biliknya. Entah menjadi tatapan siapa, dia pun tidak tahu. Arrazin.. Arrazin..
Namanya Zulfan. Zulfan Hakimi. Seorang lelaki bertubuh tegap. Segak bergaya. Berkulit sawo matang dengan perwatakannya yang mampu mencairkan hati para gadis. Pemegang lesen CPL (Commercial Pilot License) dan seterusnya berjaya mendapatkan lesen ATPL (Airline Transport Pilot License) beberapa tahun selepas itu. Ya.. Sudah semestinya, Zulfan ialah seorang juruterbang.
"Yo brotha! Sihat walafiat, Alhamdulillah. What's up bro?" Sebaik sahaja deringan pertama berbunyi, dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Kebetulan, dia baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Lenguh-lenguh badannya. Bayangkanlah terpaksa membongkok selama lapan jam di dalam sana. Perutnya lapar tetapi panggilan kawan baiknya itu lebih penting. Rindu kot! Lama mereka tidak berjumpa. Lagipun, masing-masing sibuk dengan kerjaya.
"Haaa... Aku tahu kau mesti rindu aku kan? Jom lepak esok pagi. Aku belanja makan." Zulfan seperti biasa. Dialah yang selalu mendahului orang lain dalam bab mengeluarkan duit. Bukan boros, tetapi murah hati. Oleh sebab itu jugalah Nazmi selesa berkawan dengannya.
"Hmm.. yang first tu aku tak bersetuju. Tapi yang second tu aku setuju! Tak kuasa aku nak rindu-rindu" Selamba Nazmi berseloroh.
Matanya dijulingkan ke atas tanda geli dengan pernyataan Zulfan tadi. Sempat dia tergelak kecil terhadap reaksi sendiri. Nazmi tahu. Kawannya yang satu itu bukan 'pisau cukur', jadi dia layankan sahaja lawaknya.
"Oh.. kalau macam tu, aku tarik balik la offer aku. Kau boleh cari sugar daddy lain." Zulfan tersengih sendiri. Menutup tawa agar tidak kedengaran di dalam talian.
"Alalala. Gurau jela bosskur. Ha, nak jumpa kat mana? Esok aku off day. Kau macam tahu-tahu je. Sweet lah kawan aku sorang ni. Hehehe." Tidak puas dia menyakat si Zulfan.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBIT
Любовные романы"You still love me, Sayang. Your mouth can lie but not your eyes. Your eyes tell me the truth when all the things become a lie." _Muhamad Zariff Arrazin_ "Saya tak sempurna. Saya akan jadi beban pada awak. Tak akan mungkin awak mampu bertahan dengan...
