Bab 8 - Dilema

129 17 13
                                        

"Bang. Anak kita masuk hospital."

❤❤❤

"Miss.."

"Miss...?"

Masih tiada jawapan. Wajah lena wanita itu ditenung lama. Dia serba salah.

'Patut ke aku simbah dia dengan air?' Bisik hati kecilnya.
'Jap jap last. Kalau dia tak bangun juga, baru aku simbah.' Sambungnya.

Dengan lafaz basmallah...

"Miss!!! BANGUN!!!" Cubaan terakhir dia diikuti dengan cubitan kecil.

"Auch!" Balqis tersedar dari tidurnya. Lengannya digosok kuat. Kecil? Hell no! Sakit gila! Mungkin kecil tapi berbisa.

Terbeliak matanya apabila melihat seorang pramugari sedang memperhatikannya sambil mempamerkan sebaris gigi yang putih berseri. Namun senyumannya nampak janggal.

'Oh, dia ke yang cubit aku tadi? Apa-apapun, nak tanya dulu. Dia ni pramugari ke model iklan Colgate? Putihnya gigi! Jealous aku.' Sempat lagi hatinya mengomel.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Terbeliak matanya melihat jam di tangan.

"Oh God. Dekat mana ni sekarang? Dah sampai ke? Saya terlepas destinasi ke?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan.

"Dah sampai Perak Miss. Ni saya kejut sebab dah kosong dah pesawat ni. Tinggal Miss seorang sahaja." Dia melihat kiri kanannya. Memang betul. Kosong.

'Matilanak... Patutlah mimpi aku tadi pelik-pelik betul.' Boleh pula dia mimpi jatuh bangunan tadi. Nasib baik tingkat satu je. Hehehe.

"Okay thank you and sorry too." Pramugari itu hanya mengangguk.

Langkahnya dipercepatkan.

✨✨✨

Zulfan menghampiri kaunter imigresen. Dia mengecilkan matanya. Kenapa macam kenal? Tubuh genit itu dihampiri. Tidak salah lagi. Memang dia.

"Assalamualaikum." Tegurnya.

Wanita itu kelihatan terkejut dengan sapaan itu.

"Err.. Waalaikummussalam." Teragak-agak dia menjawab salam.

"Eh, awak yang saya jumpa di KLIA pagi tadi kan?" Tanya Zulfan.

Wanita itu terus mengangkat wajahnya lalu terus mengecilkan mata, cuba mengecam muka Zulfan.

"Oh. Ya. Sayalah tu." Dia kembali menundukkan pandangan.

"By the way, selamat berkenalan. Saya Hakimi. Boleh panggil Kimi" Dia menghulurkan tangan. Yap. Dengan orang luar, dia digelar Kimi. Zulfan itu nama keluarga dan panggilan itu hanya terhad kepada orang yang rapat dengannya sahaja.

Wanita itu hanya memerhati. Pandangannya jelas tidak selesa. Dia hanya membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

"Sorry." Sepatah dia jawab. Kemudian menyambung, "Selamat berkenalan juga."

Menyedari akan hal itu, Zulfan menarik kembali tangannya. Mungkin salah dia kerana tidak cakna dengan perwatakan alim wanita itu.

"Oh tak apa. Maafkan saya juga." Dia mempamerkan wajah serba salah.

"Maaf. Saya kena cepat." Wanita itu meminta diri. Segera dia ke depan lantas mengeluarkan kad pengenalan dan tiket flight dari dalam dompetnya. Setelah mendapat surat imigresen, dia meneruskan langkah ke pintu keluar.

𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBITМесто, где живут истории. Откройте их для себя