"Keep the change, sweetie."
❤❤❤
"Weh Dam. Lama betul girlfriend aku kat atas tu. Dia buat apa?"
"Haah. Memang aku ayah dia pun, boleh tahu semua yang dia tengah buat sekarang..." Jelas nada memerli.
"Alaaa. Ni tak suka ni. Tak sporting ah.. Jom naik atas!" Dia dah mula mengangkat punggung. Tangannya segera ditarik.
"Woi, kau gila? Ni bukan office kau ngek. Suka hati dia je nak naik. Ya Allah, kawan siapa ni?"
"Ha kau, time-time macam nilah tak mengaku kawan. Dahlah. Tak nak pergi, aku pergi seorang."
Alamak. Dia guna kuasa veto lelaki. Arrazin pura-pura bangun.
"Ihhh merajuk? Ingat aku nak pujuk?"
Ternyata Adam memang tak sweet langsung. Dia mengalah.
"Ish... Fine!"
Dia duduk balik. Muncung panjang satu depa. Alamak.. Kalah itik!
"Hahaha. See my level! Alah kau ni. Tak mati pun kalau tak jumpa dia."
"Weh mati weh. Dia bak air. Tanpa dia, hati aku mati. Huwarghhh!!!"
Jeritan itu sedikit sebanyak mengejutkan Sofea yang sedang mengurus duit.
"Opocot mak kau terjatuh kolam!"
Menyedari akan mata-mata yang sedang memandang, Sofea terus menekup mulutnya.
'Ya Allah! Kuatnya aku melatah!'
'Cute!' Hati Adam melonjak riang.
"Ish dia ni, melatah pun comel. I cannot..." Bisik Adam kepada Arrazin sambil mulutnya terherot-herot menahan ketawa.
Arrazin membuat muka menyampah. Dia kembali memalingkan wajah kepada Sofea. Untuk apa lagi kalau bukan menyakat?
"Awak. Nampaknya saya kena call mak saya kat rumahlah. Takut betul-betul jatuh kolam. Kata-kata itu kan satu doa." Arrazin membuat muka acah-acah risau.
"Errr... Hmm..." Sofea hilang kata-kata. Malu sebab terhilangkan keayuan depan buaya-buaya darat itu agaknya.
"Hmm.. sorry. Tak sengaja" Senyuman kambing dipamerkan sambil tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
Arrazin menyembunyikan senyum.
"Haa itulah awak. Tak baik doa yang buruk-buruk tau." Namun masih sempat lagi menyambung usikan.
Teringat kembali punca kenapa Sofea melatah, dia kembali mempertahankan hak.
"Eh. Bukan salah saya. Awak yang menjerit tadi. Saya hanya respons je. Tindakan stimuli. Haaa..."
Adam terpana. Wow. Ada gaya!
Ha kau. Ingat orang kerja kafe ini tak belajar? Dia orang pun ada degree choi... Jangan main-main.
"Emmm.. Emmm.. Yelah, yelah. Sorry. Salah saya. Maaflah. Ni ha, Cru-"
"Ha'ah sorry sorry. Mungkin saya terlalu comel sampai dia meroyan tadi" Tangan Arrazin yang baru hendak menunjuk kepadanya segera ditepis. Sengaja Adam memintas percakapan Arrazin.
'Ada pula mamat ni nak mention pasal crush. Hampeh punya kawan!'
Sofea tergelak kecil.
"Hahaha. Tak apa." Balasnya ringkas. Dia menyambung kerja yang tertangguh. Malas hendak melayan perangai nakal mereka berdua.
Arrazin kembali memandang Adam.
"Ewah ewah kau. Tahu pun takut. Tadi syok kenakan aku."
"Kaulah. Janganlah bocorkan rahsia aku. Aku tak nak confess awal-awal. Sebab aku nak buat dia jatuh cinta dulu dengan aku. Apa tu orang tua-tua kata? Cinta jangan dipaksa? Ha gitew."
"Ha mula dah, mula dah." Arrazin menggulingkan matanya ke atas sebelum kembali menyambung.
"Kau yakin ke, dia akan jatuh cinta dengan kau?"
"Come on lah. Ini Adamlah, juara memikat hati wanita."
"Padahal... Juara cakap besar je. Aweknya tak ada. HAHAHA."
"Dasar lorh!"
"Dah dah dah. Jomlah balik. Air aku dah lama selamat masuk perut ni"
"Elleh. Tahulah dia tu petik jari je boleh dapat awek satu. Hm. Yelah... Siapalah kita niiiiiiiii..." Rajuk Adam.
"Tapi, siapa lambat keluar kena belanja!" Dia menyambung pantas.
Patutlah 'ni' tadi bukan main panjang. Rupa-rupanya sedang memikirkan agenda untuk mengenakan Arrazin semula. Terus dia meluru keluar dari kafe itu meninggalkan Arrazin yang terkebil-kebil dengan cabaran Adam.
Arrazin tergelak besar. Nasiblah dalam kafe itu hanya ada Sofea sahaja sekarang. Sofea yang dari tadi terherot-herot menahan bibirnya daripada ketawa dikerling. Ha sudah, dia pun terhibur rupanya.
'Dasar Adam! Nama je elok. Perangai macam budak-budak. Dahlah lari macam itik. Tak mencabar langsung!' Sempat lagi Arrazin mengutuk. Kaki diatur ke arah kaunter.
"Awak nak gelak, gelak je wak. Saya halalkan bagi pihak Adam. Memang patut digelakkan pun. Siapa tah nak kejar dia. Macam budak kecik! Hahaha." Jelas, Arrazin sedang memperlekehkan Adam.
"Hahahahahaha. Itulah tu." Akhirnya, terhambur juga ketawa Sofea.
"Opss. Sorry." Mulutnya ditutup seraya meneruskan saki-baki ketawanya. Baru sedar yang dia sedang mentertawakan kawan kepada jejaka di depannya itu. Bagi menutup rasa bersalah...
"Eee. Comellah korang berdua ni." Dia cuba mengambil hati.
"Hahaha. Tak ada maknanya comel. Rasa macam nak cepuk je dia tu." Arrazin mencebik. Duit 50 ringgit dikeluarkan dari dompet lalu dihulurkan kepada Sofea.
"Keep the change."
"Eh takpe, takpe. Saya-"
"Tak ada takpe takpe. Ambil je, guna untuk lunch nanti. Okay sweetie?" Mata dikenyitkan sebelah.
"Hmm alaa.. Awat sweet sangat. Tapi, thank you." Sofea tersengih. Orang dah bagi, ambil jela. Orang tua-tua kata, tak baik tolak rezeki.. Hehehe. Malu? Termelatah tadi lagi malu! Dia menghulurkan tangan dan duit itu bertukar tuan.
Arrazin menapak keluar mengejar Adam yang sudah jauh meninggalkannya.
"Woi mangkuk, tunggulah aku!"
❤️❤️❤️
Sorry late update!
Bab kali ni kita santai-santai je. Hehehe. Sengaja tambah scene mengarut. Hope you enjoy it!
YOU ARE READING
𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBIT
Romance"You still love me, Sayang. Your mouth can lie but not your eyes. Your eyes tell me the truth when all the things become a lie." _Muhamad Zariff Arrazin_ "Saya tak sempurna. Saya akan jadi beban pada awak. Tak akan mungkin awak mampu bertahan dengan...
