Bab 5 - Diagnosis

198 26 9
                                        

"No matter what happens. Whatever it takes. I will risk my own life just to save you, my angel"

❤️❤️❤️

Dia melangkah masuk ke dalam ruangan kafe mewah yang diberi nama NIS's Taste bersama dengan seorang rakan yang tidak asing lagi baginya, Adam Zulkarnain. Kemas dan teratur langkah kedua jejaka yang segak berkemeja lengkap dengan sut di tubuh. Mereka baru sahaja pulang daripada majlis perkahwinan sahabat seperjuangan di bumi Australia dahulu.

Sebaik sahaja mereka tiba di salah sebuah meja yang kelihatan kosong di sudut kafe itu, masing-masing melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia. Seorang pelayan yang sedar tentang kehadiran mereka segera datang mendekat untuk bertanyakan pesanan kedua pelanggannya itu.

"Comel." Komen Adam sebaik sahaja pelayan wanita itu sudah berlalu dari meja mereka bersama dengan sebuah ipad di tangan. Alat yang digunakan untuk mencatat pesanan para pelanggan.

Kening Arrazin terangkat seketika mendengarkan sepatah perkataan yang terbit daripada ulas bibir teman baiknya itu. Comel? Siapa? Aku? Eh, terperasan pulak! Hehehe.

"Seriously? That waitress?" Soalnya mahukan kepastian terhadap 'pujian' temannya secara tiba-tiba. Entah siapa yang dipujinya?

"Yap. Waitress tulah. Takkan kau pulak? Eyuwww, not my tasteee!" Sempat pula Adam berloyar buruk dan menekankan ayat terakhirnya itu, sengaja ingin menyakitkan hati Arrazin.

Arrazin mencebik menyampah.

"Not my taste konon! Habis, yang waitress dah 'bercincin' tu, taste kau sangatlah?" Sindirnya sambil nada suara ditekankan sedikit pada perkataan 'bercincin' itu.

"Oh, come on... Takkanlah disebabkan dia bercincin, kau nak judge dia dah ada someone? Zaman dah berubah, bro. Bercincin tak semestinya berpunya dan andai memang dah ada yang punya pun... Harap belum bernikah lagilah untuk aku cucuk jarum!" Adam selamba membalas dan sempat juga dia berseloroh.

Alaaa, bukan serius pun pernyataannya itu. Dia memang suka melihat mahkluk yang bernama wanita. Tetapi, itu tidak bermakna dia mesti punya hati dan perasaan kepada semua wanita tersebut. Sekadar mencuci mata sahaja kerana dia belum bersedia untuk mempunyai apa-apa komitmen. Titik!

"Ceit! Ada hati nak rampas kepunyaan orang rupanya. Patutlah single sampai sekarang!" Kutuk Arrazin tanpa rasa.

Kedengaran gelak sang rakan yang ketara terselit nada nakalnya, tetapi, itu semua tidak diendahkan oleh Arrazin. Anak matanya sedang ligat meliar memerhati di segenap ruang dalam kafe itu. Simple yet elegant. Tema klasik moden. Sangat cantik dan memikat walaupun hanya mencuri pandang dari luar. Apatah lagi andai sudah tiba di bahagian dalam. Rasa macam tak nak balik pun ada! Dia khusyuk memerhati sehinggalah...

Seraut wajah manis yang sering menganggu fikirannya menjadi santapan pandangannya. Ya, tampak manis dan memikat walaupun riaknya ketara cukup serius di kala itu. Entah apa yang di-serius-kan sangat oleh si dia di sebalik kaunter bayaran itu. Aliran kewangan ada masalah ke tu, Cik Sweetest Nightmare?

"Oi, Zin! Zin!"

Kelekaannya menatap seraut wajah serius itu terus terbejat apabila suara rakannya itu mengalihkan perhatiannya untuk terus memandang. Ceit! Kacau daun betul!

"Apahal?" Soalnya bersama wajah yang berkerut tidak puas hati.

"Kaulah apahal? Aku bercakap, kau mengelamun. Mabuk rindu dengan 'panahan cinta' yang seorang tu ke?" Siapakah panahan cinta yang dimaksudkan? Masih ingat lukisan sepasang mata yang dilukis oleh seorang Arrazin tempoh hari? Itulah si dia!

𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBITWhere stories live. Discover now