BLURB

512 35 4
                                        

TAKDIR TELAH BERBICARA

Nur Irdina Safiya - Permulaan kenal? Gila sakit! Sakit apa? Sakit hati dengan perangai tak semenggah dia! Sesuka hati nak baling batu dekat aku lepas tu blah macam orang tak bersalah!
Eh, tapi kenapa mulut dia manis sangat eh? Memang jenis playboy Malaya ke? Tahu muka handsome tapi perangai tu elok sikit boleh? Huh! Jangan tergugat, Irdina. He's nothing!

Muhamad Zariff Arrazin - Cantik. Manis. Yap, dia memikat. Tapi hati aku tidak mudah terpikat. Bukan paras rupa yang menjadi ukuran tetapi attitude.
Calon wanita idamannya? Haruslah bijak. Pandai menjaga diri. Menghormati orang tua dan penuh sikap lemah lembut serta penyayang. She? Not listed!

Mereka berjumpa bukan secara sengaja. Tetapi takdir mereka selalu bertemu. Adakah mereka berada di tempat yang salah pada waktu yang salah? Entah. Kun fa yakun. Itu yang seharusnya dipegang. Jika Allah berkehendak, maka jadilah ia.

Nur Irdina Safiya seorang wanita muda yang mempunyai perniagaan tersendiri. Sebuah kedai buku dan kafe yang dibuka menjadi tempat dia bermandiri. Muhamad Zariff Arrazin seorang pemuda lulusan luar negara dalam bidang perubatan tetapi bukan itu yang menjadi kebanggaannya. Dia lebih selesa untuk hidup menyendiri di studionya dan menghadap segala hasil seninya yang tersendiri.

Satu hari, terdetik di hati Arrazin untuk singgah di kafe yang baru sahaja dibuka berdekatan studionya. Eh? Macam kenal? Inikah yang dikatakan jodoh? Bertemu dengan wanita yang selalu dijumpai secara tidak sengaja menghadirkan satu perasaan lain di hati. Bibir automatik ukir senyum. Wajah yang tersangat serius di kaunter pembayaran itu ditatapnya dalam. Aura dia memikat. Entah kenapa, hati ini mula terpikat. Sudah goyahkah pendirian di hatimu, Wahai Sang Pemuda?

Semakin kerap kafe itu disinggahinya. Sehinggakan perkenalan yang tidak disengajakan itu sudah mula menimbulkan perasaan yang berlainan di hati masing-masing. Adakah ini yang dinamakan cinta? Jika benar, Tuhan... kekalkanlah rasa ini kerana ianya sangat indah.

Dan keindahan itu diragut. Pantas. Hanya beberapa hari selepas mereka yakin tentang rasa di hati masing-masing. Sang puteri terlibat dalam kemalangan dan disahkan koma.

Allah, sakit, Ya Allah. Kenapa dugaan ini yang Kau beri, Ya Allah?

Arrazin terduduk. Hati ini mula bertunas cinta. Tapi kenapa ujian ini yang Engkau beri? Aku masih belum bersedia untuk kehilangannya, Ya Tuhan.

Dan yang paling meluluhkan hatinya apabila wanita kesayangannya itu kehilangan penghilatan akibat tertusuk serpihan logam tajam daripada kemalangan tersebut. Allahuakhbar...

Dia menjadi pengunjung setia wad yang menempatkan wanita kesayangannya. Studio tidak lagi disinggahi. Lukisan yang bertimbun di situ dibiarkan berhabuk. Entah kenapa, dia membuat keputusan drastik. Keputusan yang bakal mengubah hidupnya 360 darjah. Dia menggunakan sijil yang dia ada untuk memegang jawatan sebagai doktor. Lebih spesifik lagi, doktor Irdina.

Beberapa bulan berperang dengan sakit, keadaan Irdina mula menunjukkan pembaharuan. She's recovering! Maha Suci Engkau, Ya Allah. Syukur...

Tetapi, bukan itu pengakhiran yang bahagia. Masih banyak lagi cabaran yang harus mereka tempuh. Kuatkah mereka? Akan goyahkan kesetiaan Arrazin? Lagi-lagi apabila statusnya sebagai 'Suami' mulai tergugat apabila rahsia terbesarnya terbongkar. Ya. Seperti yang dia pernah jangka, bukan dia yang Irdina cinta dan sayang.

Cinta, bukan untuk melemahkan. Tetapi menguatkan. Oleh itu, jangan kau kalah. Jangan kau kalah dengan cinta.

Arrazin tetap mencuba. Dia cuba membuktikan kasih dan kesetiaannya terhadap Irdina. Tetapi persoalannya... Sampai bila?

Lagi-lagi apabila Irdina seolah-olah sudah mulai tidak berperasaan. Pudarkah perasaan wanita itu kepadanya? Atau... Memang perasaan itu tiada untuknya sejak dari awal lagi.

❤❤❤

"Dan aku mengambil keputusan untuk..."



























"Mempertahankan."
























"Kerana cinta semahal dia tak akan mungkin aku lepaskan."

"You still love me, Sayang. Your mouth can lie but not your eyes. Your eyes tell me the truth when all the things become a lie."
_Muhamad Zariff Arrazin_

"Saya cacat. Nak tengok muka awak pun saya tak mampu. Saya akan jadi beban pada awak. Tak akan mungkin awak mampu bertahan dengan saya."
_Nur Irdina Safiya_

"Bukan kecacatan awak yang saya takutkan tetapi kehilangan awak yang menjadi mimpi ngeri buat saya. Percayalah sayang, awak dan hati awak saban hari menjadi igauan mimpi malam saya."
_Muhamad Zariff Arrazin_

"Cause I believe that you are the one and only one that is created for me."

❤❤❤

"First time I saw her, my heart whispered, she is the one."

"Aku adalah Adam-mu, ku dambakan cinta ini.

Kau takdir yang takkan ku lepaskan..."

𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBITWhere stories live. Discover now