Bab 3 - Si dia lagi?!

232 25 0
                                        

"Jodoh? Euww, pelislah! Tengok muka dia pun aku meluat!"

❤❤❤

"Abang, nak pergi mana tu? Tak ajak pun." Soal Irdina sambil menjuihkan bibirnya yang mungil itu. Sempat juga dia merungut kepada si Abang di hujung ayatnya.

Pantang melihat abangnya bergaya sedikit, pasti akan ditegurnya. Mana boleh berjauhan? Kalau boleh, 24 jam dia ingin berkepit dengan lelaki yang sentiasa memanjakannya itu.

"Eee, sibuk ajelah budak kecik ni. Abang baru nak dating dengan awek. Kacau daun betul dia..." Sengaja dia mengubah intonasi suaranya berbaur merajuk. Merajuk? Lebih kepada merungut sebenarnya. Tidak puas hati apabila rencananya diganggu oleh si adik.

Adiknya yang sudah tahu akan karenah mengada abangnya yang satu itu segera bertindak untuk menggeletek lelaki itu.

Tindakan spontan Nazmi menbuatkan dia membalas cuitan si adik dan berlakulah aksi kejar-mengejar antara mereka. Persis anjing dan kucing. Hilai tawa mereka memecah kesunyian di rumah agam tersebut. Bahagia. Mana tidaknya, seorang abang dan adik yang dahulunya terpisah bertahun-tahun kini dipertemukan semula atas suratan takdir.

"Abang ingat orang tak tahu ke, Abang mana ada awek. Hahaha! Muka macam ni, siapa je yang nak dekat awak, Abang oi!"

Galak seorang Nur Irdina Safiya menyakat abangnya. Tergelak besar dia sambil mengejar abangnya yang sudah sampai ke perkarangan rumah. Segera Nazmi membuka pintu kereta Honda Civic miliknya dan terus menekan butang 'lock'. Membiarkan adiknya sendirian di luar.

"Haaa, padan muka! Siapa suruh ejek orang tadi." Nazmi bersahaja mengenakan adiknya.

"Alaa, Abang... Okay, okay, orang minta maaf. Bukalah pintu ni. Orang nak ikut..." Irdina merengek manja. Bibirnya sengaja dimuncungkan sejengkal. Kedua belah matanya dikerdipkan berkali-kali untuk memujuk si Abang.

Nazmi menjulingkan anak matanya ke atas. Menyampahnya apabila gadis manja itu sudah menggunakan kuasa 'comelnya' bagi mencairkan hati manusia bernama lelaki. Mesti dia akan tumpas!

Kedengaran bunyi 'unlock' dari luar kereta dan Irdina terus tersenyum lebar.

"Tahu takut." usik Nazmi. Sengaja dia menyakat adiknya itu.

"Hahaha.. Tahu dah, mesti Abang cair punya!" Irdina menjelir lidah. Dalam hatinya sempat juga dia memuji diri sendiri.

Nakal dan manja. Itulah perwatakan seorang Nur Irdina Safiya apabila bersama dengan abangnya.

Kereta milik Nazmi terus meluncur laju di atas jalan raya sebaik sahaja kedua-dua mereka memakai tali pinggang keledar.

Disebabkan dia masih belum mengetahui destinasi yang akan mereka tuju, Irdina hanya menikus. Ralit memerhati keindahan alam yang terbentang luas di luar tingkap. Lagu yang bermain di corong radio menghiasi ruangan kereta dan sekaligus melenyapkan segala kesunyian yang bersarang.

✨✨✨

"Zin, tunggulah aku, oii!" Terkedek-kedek Adam mengejar langkah rakannya itu. Dia sudah agak jauh ditinggalkan oleh sang teman. Entah apa yang 'mangkuk hayun' tu kejarkan pun, dia tidak pasti.

Setibanya di 7-Eleven, Arrazin meminta sekotak rokok daripada jurujual kedai serbaneka tersebut.

'Hek eleh, mamat ni. Patutlah macam lipas kudung berjalan tadi. Cari rokok rupanya. Bukannya nak bagitahu aku dulu,' getus hati Adam dengan nada tidak puas hati.

𝕋𝕒𝕜𝕕𝕚𝕣 𝕋𝕖𝕝𝕒𝕙 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕚𝕔𝕒𝕣𝕒 |TERBITWhere stories live. Discover now