Bab 37

686 82 1
                                    

"SAMPAI SINI JE?"

"Iye" tali pinggang keledar dibuka. Selesai menemani Tiara membeli segala barang keperluan majlis perkahwinan gadis itu. Lenguh juga kaki berpusing satu mall tapi tiada satu pun yang kena dengan selera perempuan tu.

Beberapa plastik makanan di tempat duduk belakang diambil. Tiara dilambai dari luar kereta. Setelah kereta sahabatnya itu betul-betul hilang dari pandangan baru dia berpusing melangkah masuk ke bangunan mewah dibelakangnya.

Perasan akan beberapa orang pekerja yang tak henti menjeling dengan mata tak henti meniliknya dari atas hingga bawah. Tak pelik, baju kurungnya yang berkedut dibelakang dan tudung  yang sudah terlabuh sebelah.

Comot.

"Hai, assalamualaikum. Saya nak jumpa  Encik..er Farhan? Farhan Khairi" ujarnya pada salah seorang gadis berkot hitam yang menjaga kaunter hadapan pintu utama.

Gadis itu mengangkat wajahnya. Kaca mata yang jatuh dipangkal hidung ditegakkan semula. Mata turun dari bawah naik ke atas meneliti segenap pakaiannya. Ugh, judgmental.

"You ada buat apa-apa appointment? Kenapa nak jumpa dia?"

"Saya...isteri dia" teragak-agak Ayra membalas. Dikebalkan juga hati menerima pandangan sinis itu.

Tawa gadis itu pecah. Ya, tak mustahil. Takkan isteri CEO selekeh macam ni ye dok? Tak apa, dia tak pelik.

"Don't be silly! Bagi nama, saya check awak ada appointment ke tak?" Ayra hela nafas. Telefon di dalam beg dikeluarkan. Baru sahaja masuk ke skrin utama, kedengaran namanya diseru seseorang.

"Puan Ayra!"

Ayra berpaling. Berkerut dahinya melihat seorang gadis comel berlari-lari anak kearahnya dengan membawa fail tebal ditangan. Segaris senyum dihadiahkan buat gadis itu.

"Puan Ayra kan? Puan buat apa kat sini? Eh, kenapa puan comot sangat ni? Baru lepas marathon lari ke apa?" Berderu-deru soalan dilemparkan buatnya. Lambat-lambat Ayra membetulkan semula selendangnya. Senyum kekok tak lepas dari bibir.

"What do you mean by Puan?" Gadis berkaca mata tadi menyoal. Pandangan matanya dengan gadis comel dihadapannya bersabung.

"Lara, this is Mrs Farhan. Our boss wife. Now, if you don't mind... please excuse us" lengannya ditarik mengikuti gadis comel itu. Sempat dia mengerling kearah gadis penjaga kaunter tadi, terdiam kau! Lif yang bertanda VIP dinaiki. Sempat mengintai punat yang ditekan gadis comel tadi. Tingkat 20.

"Puan, nama saya Raisha Irdina. Saya PA Encik Farhan. Mesti puan pelikkan kenapa ramai tak kenal puan? The thing is that, boss just announced yang dia dah kahwin. Tapi, tak exposed lagi siapa wife dia. So, as a PA you know... kitorang kira rapatlah jugakan. Saya orang pertama tahu, siapa isteri boss. Which is you. Puan nampak lebih cantik depan-depan dari dalam gambar!" Bagaikan peluru berpandu, sungguh laju bibir comel itu mengenalkan dirinya. Ayra senyum menahan tawa. Happy go lucky girl!

"Dia ada gambar saya?"

"Ish, mestilah ada! Dekat atas meja boss kan, banyak gila gambar puan dengan gambar kahwin. Boleh buat pameran dah meja tu. He Kinda like..."

Ayra menjungkit keningnya, menunggu jawapan dari gadis bernama Raisha itu.

"Obsessed?" Bulat matanya mendengarkan itu.

"Hei. Mana adalah!" Tawa mereka pecah bersama. Mudah untuk berkawan dengan seorang Raisha Irdina. Baru jumpa, terus layan macam dah kenal sepuluh tahun. Kekok jugalah, tapi dia tahu itulah sisi istimewa gadis itu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now