33

1.6K 34 1
                                    

"Yuki?" Yukito menjenguk ke dalam dapur apabila mendengar seperti orang tengah memasak dan ternyata sangkaanya tepat sekali bahawa Yuki lah yang sedang memasak untuk sarapan pagi. Dia dan suaminya menginap di rumah anaknya untuk beberapa hari setelah selamat sampai di rumahnya.

"Kaasan nak makan ke? Yuki baru je masak ni." Yuki menoleh apabila dipanggil oleh Yukito dan memberitahunya supaya menunggu makanan yang dia mahu sajikan.

"Apa susah susah Yuki masak ni? Kaasan baru je nak beli je makanan kat luar tadi." Yukito memberitahu dan melihat pergerakan lincah menantunya apabila berada di dapur.

"Yuki dah biasa masak dah kaasan jadi tak apa lah. Bukan selalu pon kaasan dengan otousan duduk dengan kami." Yuki menjawab lalu mengukirkan senyumannya.

"Ikut kamu lah! Kaasan makan je apa yang Yuki masak." Yukito berkata dan membuat muka terujanya apabila terhidu bauan harum yang terhasil oleh masakan Yuki.

Yuki hanya tersenyum manis dan lega apabila mertuanya sejenis yang tidak memilih.

















"Jemput makan semua." Yuki berkata apabila selesai hidangkan makanan ke dalam pinggan masing masing.

"Wow!! Nampak sedap lah!" Yukito berkata apabila melihat santapan di hadapan mata.

"Yang awak ni dah kenapa?"

"Apa awaknya? Salah ke saya teruja nak makan masakan menantu saya sendiri? Lagi pon bukan selalu kita makan ramai ramai macam ni, kan? Ye lah awak tu kan selalu sibuk dengan kerja sampaikan makan pagi dengan saya pon susah. Nasib baik je ni kita duduk rumah anak menantu kalau rumah sendiri jangan harap lah!" puas Yukito meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak sekian lama.

"Kaasan.. otousan.. dah dah lah tu.. depan makanan ni, tak elok lah bergaduh.." Fumori berkata bagi menenangkan keadaan. Bukan dia tidak biasa mendengar celoteh masing masing tapi dia kalau boleh tidak mahu serabutkan kepala Yuki sahaja. Nampak dari luar memang Yuki tidak keberatan tetapi dalaman kita mana tau kan. Nak nak dengan keadaannya yang sekarang ini. Fumori bimbang dan takut Yuki berasa stress.

"Ehem! Hem!" Minato berdehem bagi menghilangkan ketegangan sebentar tadi yang berpunca oleh ulah isterinya yang sentiasa mahu menang apabila bercakap.

"Yuki sayang.. maafkan kaasan ya.. kaasan bukan sengaja nak kamu serabut. Kalau Yuki serabut nanti kita jalan jalan ya? Kamu nak tak? Jangan fikir bukan bukan tau.. kaasan harap Yuki tak makan hati dengan tingkah kaasan tadi ya.. dah dah kita makan nanti sejuk makanan pulak." mereka makan dalam keadaan senyap setelah itu, tiada lagi perbalahan mulut diantara mereka.






















"Minato - kun.." panggil Yukito ke arah suaminya yang leka membelek surat khabar di meja kopi di halaman rumah Fumori.

Fumori bersama Yuki berada di taman bunga yang kecil tidak jauh dari mereka berdua.

"Awak tak rasa ke yang Yuki nampak lain sikit? Saya tengok kan dia dah tak macam dulu je." Yukito meluahkan rasanya, sejak akhir akhir ini Yuki tidak seperti biasa seolah olah ada sesuatu yang dia sembunyikan tapi apa?

"Ish awak ni.. mana ada lah, saya tengok biasa je.. awak tu je yang fikir bukan bukan." Minato hanya menjawab pertanyaan isterinya tanpa memandang ke arah Yukito.

"Susah lah cakap dengan orang yang tak peka macam awak ni." Yukito memeluk tubuh kerana kesal dengan suaminya yang langsung tidak ambil serius akan apa yang dia utarakan. Dia risau akan sesuatu yang buruk terjadi terhadap satu satunya menantu yang dia ada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sex Slave [BxB] Where stories live. Discover now