8

11.3K 179 4
                                    

Brakkk

Fumori yang terkejut baru mahu memarahi orang yang tidak tahu mahu mengetuk pintu terlebih dulu terdiam dan memandang ke arah seorang wanita yang tidak asing baginya.

"Fumori- channn."panggil wanita itu dan terus memeluk Fumori yang melangkah ke arahnya.

"Mahu apa datang ke officeku."tanya Fumori dingin setelah wanita itu meleraikan pelukannya.

Muka wanita cantik itu cemberut dengan ucapan Fumori.

"Fumori- chan. Kaasan mahu menantu bila kamu mahu kenalkan kepada kaasan?"tanya ibunya.

"Kaasan sudah banyak kali aku kata aku tidak mahu menikah dulu. Aku mahu bekerja."tutur Fumori tegas.

Sudah banyak kali ibunya bertanya perihal menantu. Fumori bukan tidak mahu berkahwin tapi buat sementara ini dia hanya mahu bekerja sahaja.

"Sudah berapa tahun kaasan sabar Fumori- chan."

"Kaasan. Fumori perlu waktu untuk itu."

"Waktu? Sudah berapa lama kaasan tunggu kamu boleh berkata seperti itu lagi. Kaasan tidak kira hujung minggu ini kamu harus tunjukkan calon isterimu padaku. Titik!!!"

"Kaasan. Aku mohon jangan berbahas soal ini lagi. Aku tidak akan kenalkan siapa pon di hadapanmu."lawan Fumori.

Yukito memandang tajam ke arah anak tunggalnya yang keras kepala sama seperti ayahnya Minato. Kedua duanya terlalu memikirkan pekerjaan berbanding hidupnya.

Yukito tidak kira kalau Fumori terus terusan begini dia tidak teragak agak menterjah ke rumah anaknya. Sudah lama dia tidak ke sana. Dia punya perancangan yang bagus. Dia harus berganding dengan suaminya untuk ini.

"Kaasan pulang lah. Aku sibuk sekarang tiada waktu untuk bercakap tentang perkara yang tidak penting."

"Kamu menghalau kaasanmu yang melahirkan kamu di dunia ini."lirih Yukito.

Aduh kenapa ibunya terlalu dramatik seperti ini. Selalu sahaja tersentuh dengan pertuturannya.

"Kaasan. Bukan begitu. Nanti ada waktu kita boleh bertemu. Hari ini aku sibuk terlalu banyak perkara yang perlu aku uruskan."pujuk Fumori.

"Iya. Kaasan faham kaasan pulang dulu."

Yukito keluar dari bilik Fumori. Fumori menghela nafas. Siapa calon menantu yang harus dia kenalkan. Nanti tidak pasal pasal harus menikah. Semakin pusing kepala Fumori memikirkan hasrat ibunya yang tercinta.





Gimana gimanaaaa asik gakkkk... Pusing atau tidak ya cerita ini.. Ayoooo komen ramai ramai mahu tau ajaaaa...

Jyaaaaa

Sex Slave [BxB] Where stories live. Discover now