Bab 40

869 120 6
                                    

TANGAN sibuk mengacau kopi di dalam cawan. Sedar tak sedar, sudah tertumpah-tumpah air itu keluar cawan. Fikirannya melayang memikirkan keadaan adik-adiknya yang sudah beberapa hari tidak bertegur siapa. Ada sekali dia cuba meminta pertolongan ibunya, tapi macam biasa wanita itu akan menyebelahi Aniq terutamanya dalam hal membanding beza seperti ini. Dia tahu ibunya sayang mereka sama rata, tapi terasa juga bila Aiman sering diketepikan dalam hal-hal akedemi dan tiada langsung yang hendak cuba membantu adik lelakinya yang seorang itu melainkan dia. Aiman perlukan sokongan, itu sahaja.

"Hei, termenung. Dah sampai mana? Paris? London? Atau hati saya?" Terjungkit bahunya saat disapa begitu. Farhan di belakangnya dikerling sekilas. Lengan kekar itu mengepung tubuhnya dengan menahan tangan di atas meja kitchen island.

"Jangan dekat. Remember our deal?"

" Ye, ingat. Saja kacau. Tunggu kopi lama sangat, macam tunggu crush accept" Farhan berseloroh.

"Awak dah cakap dengan Aniq?"

"Dah"

"And?"

"He was just, stay silent and didn't talk much" kedua tangan dialihkan dari mengepung tubuh genit isterinya. Tubuh dibalikkan bersandar pula di sebelah Ayra.

"Didn't talk much? Apa je yang dia cakap pun?" Sudu diletak ke tepi. Kemudian, disisip sedikit. Berkerut dahinya menahan kepahitan kopi buatannya itu. Macam mana Farhan boleh minum without sugar ha?

"He was just saying something like, Aniq tak suka tengok orang kecilkan Aiman. Aniq benci. I try to change their mind about Aiman, but they never listen. Aniq cuma tinggal pilihan untuk tolong Aiman ubah diri dia aje. Something like that... Dia care pasal Aiman, cuma cara dia salah je. Going to help him with that" tangan kekar itu naik berpeluk tubuh. Terjebak sekali memikirkan adik iparnya berdua itu.

Ayra diam menghadam satu-satu persatu bicara yang keluar dari mulut Farhan mewakili adiknya. Hampir tiga bulan juga dia tidak menjenguk adik-adiknya itu. Tak tahu pula, mereka ada masalah sebegini.

"Sudahlah. Tak payah fikir sangat"

"Saya naik kejap tau. Nanti bawa kopi ni naik atas okay?" Bahu Ayra disenggol. What? Berlapikkan? Kemudian, berlalu naik ke tingkat atas.

Pandangan Ayra jatuh pada kopi hitam di dalam cawan. Tergeleng-geleng kepalanya, menyedari dia sudah mengotorkan meja dengan teruk sekali. Kain lap diambil dan mula mengelap kesan air tumpah di atas meja marmar putih itu.

Usai, secawan kopi dan beberapa keping biskut petak disusun di tepi pinggan kecil yang mengalasi cawan. Kaki naik mendaki anak tangga, sampai di hadapan bilik kerja suaminya dia berhenti melangkah.

Dilihatnya Farhan begitu fokus membaca maklumat dalam fail hitam di tangan. Paling menyakitkan mata, rak fail di belakang lelaki itu turut bersepah dan segala macam kertas bertaburan di atas lantai. Ayra mengeluh, dia juga yang mengemas nanti.

"Awak ni kan..." Rahang diketap kuat. Rambut panjangnya diselak ke belakang. Tetapi tidak lama, ketapan pada rahang juga mengendur saat melihat wajah menggelabah Farhan yang cepat-cepat menyorokkan fail hitam tadi. Dahinya berkerut.

"Kenapa sorok pula?"

"Business privacy" Farhan sengih. Kertas yang bersepah di atas meja ditolak jatuh ke lantai. Kemudian, memanggil Ayra masuk ke dalam dan duduk di hadapannya. Tuhan saja yang tahu betapa hendak gugur jantungnya melihat Ayra yang berdiri di muka pintu bilik kerjanya. Cepat-cepat fail hitam tadi disembunyikan dibalik timbunan kertas lain.

"Dengan isteri sendiri pun nak berprivasi ke? Apa aje saya boleh buat dengan maklumat peribadi business awak? Curi duit?" Cawan kopi diletakkan di atas meja berhampiran lelaki itu. Meja Farhan sudah terlalu penuh dengan 'sampah'.

"Entah. Suka hati sayalah, fail saya" wajah kelat Ayra dijeling sambil tangan direngangkan mengambil secawan kopi di meja berhampirannya. Bibir menyisip kopi buatan isterinya.

"Haih...apa apa jelah" matanya masih tidak lepas dari menatap fail hitam di bawah timbunan kertas tadi.

"By the way, esok saya pergi kelas dengan Tiara. Boleh?"

"Why? My car is now uncomfortable for you?" Farhan menjungkit sebelah keningnya.

"No lah. Tiara kata nak bawa saya pergi satu tempat before dia kahwin. Kan dia nak kahwin lagi dua minggu. Boleh tak?" Bibir dimuncungkan bersama ugly-puppy-eyes. Farhan senyum.

"Sure. Nanti balik pun dengan Tiara ke?" Tangannya mula mengemas serba sedikit helaian-helaian kertas dan dokumen-dokumen yang berselerak di atas meja.

"Nampaknya macam tulah. Dia pun tak bagitahu nak pergi mana" mata mengerling kembali fail hitam tadi.

"Kalau macam tu, saya keluar lunch dengan officemate saya eh?" Farhan tarik sengihan. Ayra yang melihat sengihan itu menarik muka.

Sesuatu sangat.

"Lelaki ke... perempuan?"

"Perempuan" Farhan membalas selamba. Dia tak jangka apa-apa tentang riaksi Ayra selepas itu. Maka, dengan bangganya dia menguji.

"Haaa?!"

Farhan mengamburkan tawanya. Wajah cemberut Ayra ditatap sayang. Pen yang berada di sebelah diambil lalu dicucuk pada lengan kurus itu.

"Mana adalah. Officemate, maksud saya makan ramai-ramailah. Ada lelaki je. Kenapa cemburu?"

"Isn't it obvious?" Ayra papar riak kosong. Dia cemburu, dia cakap. Malas nak sorok, ini isu sensitif.
Bagi dia.

Wajah terkejut Farhan dijeling. Kalau dia jadi Farhan pun, mungkin dia akan terkejut sama. Ayra Hijanna jarang hendak meluah rasa. Jarang atau mungkin tak pernah sama sekali.

"Ni, kemas-kemas" Ayra bersuara semula, cuba mengubah topik. Jari menunjuk ke segenap bilik kerja Farhan yang berselerak dengan segala macam kertas, fail dan buku.

"Eh, tak suruh awak kemas pun?"

"Nanti saya kena kemas juga"

"Ye, baik Puan. Saya kemas"

Ayra mengangguk. Seketika, matanya tertancap pada sekeping kertas yang jatuh dari fail hitam tadi. Jantung berdetak laju, jiwanya berkocak dengan rasa tidak senang. Leher dipanjangkan menjenguk tulisan pada bawah kertas putih itu. Keningnya bercantum sebaik membaca sebaris nama di situ.

Patient name: Ayra Hijanna Haji Anuar
Hospital: Tuanku Ladina Medical center.
Date of cases: 18 February, 2017.

2017?

Empat tahun lepas.

Jantung berdetak hebat. Tidak tahu dari mana datangnya rasa ini, tapi ia bagaikan hendak memberitahu sesuatu. Baik atau buruk?

Itu penantiannya sekarang.

TBC

Silent reader, munculkan diri anda boleh? HAHAHA. No, I'm not joking.
Sila munculkan diri di ikon bintabg dibawH.

Teruknya typo. Ngantuj sgt

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now