chapter03❤️

156 12 0
                                    

"jadi macam mana? Boleh ke buat majlis dalam masa terdekat ni?" Soal ibu yunho iaitu puan jeong.

Aku hanya duduk diam di sebelah puan jung.

Yunho kat depan aku je.. tapi mata dia langsung aku tak boleh nak tengok. Lah nyah malu nya aku!

"Ha.. saya cadang dalam 2 minggu lagi lah.. lagi cepat lagi bagus"

2 minggu?! Weh assignment aku-

"Omma.. kalau lambat sikit boleh tak? Areum ada-"

"Areum.. bende baik mana boleh ditangguh. Nanti bila kamu dah kawin dengan yunho kan senang"

"Tapi areum-"

"Alah.. assignment kamu tu nanti nanti boleh buat.. ye?" Aku memang tak boleh nak melawan cakap puan jung ni.

Mulut dia macam peluru.. tak berhenti henti nak bercakap.

Tapi masalahnya kan. Yang kasi assignment ni bakal suami sendiri tau. CEMANA NI?!

"Jadi esok yunho boleh bawak areum cari baju kahwin"

"Hah?!" Membulat besar mata aku.

Aku memandang tepat ke arah puan jung.
"Omma.. areum ada kelas tau esok"

"Takpe.. nanti habis kelas yunho boleh bawak.. kan yunho?" Soal puan jung pada yunho.

Yunho hanya menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa.

Prof.. tolong lah cakap sesuatu.. saya dah tak tau nak cakap apa lagi ni. Cakap lah sesuatu kat mak prof tu.

Ada aku nangis kat sini kang ಥ‿ಥ

"Okay.. tarikh nanti esok kita bincang balik" puan jeong bersama anak teruna nya itu bangun dari duduk dan terus berjalan ke pintu keluar masuk rumah.

"Saya balik dulu ye.. areum.. ahjumma balik dulu ye" aku hanya mempu tersenyum sambil menganggukkan kepalaku.

Aku redo..

Sebaik sahaja puan jeong dan yunho pulang, aku terus serbu puan jung yang sibuk mengemas dapur.

"Omma.. areum ni ada banyak assignment tau. Lagi yang baru punya ni nak kene hantar 2 minggu lagi. Dah lah susah" puan jung tak menghiraukan percakapan anak daranya itu.

Aku nak je cakap yang si yunho tu yang kasi assignment susah susah.

"Dah pergi naik. Mandi lepastu tido. Esok jangan nak mengelat taknak cari baju kawin dengan yunho"

Langsung tak hiraukan aku ni?

"Fine!" Aku berjalan sambil menghentakkan kaki menuju ke bilik tidur.

Badan aku campak ke atas tilam empuk milikku.

Sekarang ni aku tak tau nak gembira ke nak sedih..

Macam mana atuk aku boleh jodohkan aku dengan prof yunho? Sejak bila diorang jumpa?

Lahhh takut kawin dengan prof sendiriಥ‿ಥ

Nak bagitau haneul dengan hongjoong tak eh..

Aku terus mencapai telephone yang berada disebelah aku.

Nama haneul yang tertera di kaca telephone itu aku tekan.
"Hello"

"Apa citer weh apa citer???" Kata haneul dalam keadaan teruja.

"Aku yang nak kawin. Kau yang excited"

"Ofkos lahhh!! Sapa weh? Handsome tak? Ke sugar daddy?"
Mulut haneul ni dah kalau aku seret dekat jalan tar.

"Idak lah sugar daddy.. tapi.."

"Sapa weh???"

"Kau ingat kan yang prof yunho kata dia nak buat persediaan untuk kawin tu?" Huh.. tarik nafas areum..

"Ingat.. kenapa?"

"Kau tau dia kawin dengan sapa?" Esok ni memang kalau aku jumpa si haneul ni aku kene seletip mulut dia bagi tak berbunyi.

"Sapa?"

"Aku." Haneul terdiam.

"HAHAHAHAH KAU NGIGAU KE NYAH? Jangan nak merepek lah. Aku rasa kau penat sangat ni.. sampai calon suami sendiri pon cakap prof yunho."

"Weh aku-"

"Dah lah areum.. baik kau tido. Esok ada quiz."

"Haneul! Aku serius lah-"

"Dah tido tido.. jangan lupa basuh kaki. Kang nanti termimpi prof yunho lagi HAHAHA" aku terdiam apabila haneul terus mematikan panggilannya.

Dia tak percaya cakap aku?

HOW DARE DIA TAK PERCAYA!

KAU TUNGGU ESOK! AKU TUNJUK SAPA BAKAL SUAMI AKU! KAU TUNGGU!

tunggu-

Aku terdiam apabila berada di hadapan pagar collage.

Bangunan collage yang berada di hadapan aku tenung lama.

"Areum!" Mata aku tajam memandang ke arah haneul yang menyapa aku sambil tersenyum.

"Kau asal?" Soal hongjoong yang seram sejuk dengan pandangan aku.

"Dia mimpi kawin dengan prof yunho" ucap haneul kepada hongjoong.

Terbahak budak tu ketawa. SUKA LAH TU?!

"KAU BIAR BETUL?! Nak mimpi pon agak agak lah!" Kata hongjoong sambil gelak sakan.

"Ha gelak lah gelak. Aku kawin malas nak jemput"

Aku terus berjalan meninggalkan hongjoong dan haneul di belakang.

Langkah aku semakin laju apabila merasakan mereka cuba mengekori aku.

Malas aku nak layan. Merajuk!

BUK!

ADOI!

aku memegang dahi aku yang tiba tiba terhantuk kat sesuatu.

Natang apa keras sangat ni!

Aku terus mendongakkan kepala aku. Membulat besar mataku apabila melihat prof yunho yang berada di hadapan aku.

Ha sudah..

"Annyeonghaseo prof" ucap hongjoong dan haneul yang berada di belakang aku.

"Maaf prof.." ucapku sambil mataku merenung lantai yang kosong.

"Habis kelas pukul berapa?" Aku kembali mengangkat wajahku memandang tepat ke arah yunho.

"Aa.. pukul 3" jawabku dengan nada yang perlahan

Lah tetiba blushing.

"Tunggu depan gate"

Aku meneguk kelat air liur aku sambil menganggukkan kepalaku beberapa kali.

Kemudian yunho terus pergi meninggalkan aku dan dua orang rakan aku yang dah terpinga pinga kat belakang aku.

"Areum.. tadi tu kenapa-" kata kata haneul terhenti apabila teringat perbualan mereka malam semalam.

"KAU SERIUS KE WEH?!" aku menganggukkan kepalaku beberapa kali.

"KAU YANG JADI FUTURE WIFE PROF?!"

To be continued

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now