chapter05❤️

163 9 0
                                    

Sebaik tiba di hadapan rumah, areum sempat memandang jejaka idaman yang berada di sebelahnya itu.

"Terima kasih prof" ucapnya sambil tersenyum manis.

"Masuk rumah terus basuh tangan. Waktu covid ni kene jaga diri tu"

Dah macam mak mak nasihatkan anak dia pulak.

"Okay!"

Yunho memandang areum yang masih belum keluar dari keretanya.

"Ada nak cakap apa apa lagi ke?" Soal yunho

"Erm.. saya nak tanya.. pasal assignment yang prof kasi tu.. boleh tangguh?"
Tiba tiba yunho memberikan pandangan tajam ke arah areum.

"Tak boleh"

"Tapi-"

"Tak ada tapi tapi. Dah.. tu puan jung dah tunggu dekat depan."

Areum mengeluh kuat sebelum keluar dari kereta yunho.

Sebaik sahaja yunho memecut meninggalkan kawasan perumahan itu, areum terus mendengus kuat.

"Dasar lelaki. Dah tau nak kahwin, nak jugak kene hantar assignment tu. Hish!"

"Kenapa anak dara omma ni?" Areum membuat muka sedih. Dia terus berlari ke arah puan jung.

"Omma!!!-" belum sempat areum memeluk sang ibu, puan jung terus berundur kebelakang.

Areum memandang pelik ke arah ibu tercintanya itu.

"Pergi basuh tangan dulu"

"Ish omma ni. Sama je macam prof-" areum terus terdiam.

Baru teringat yang puan jung tak tau lagi yang yunho tu prof collage dia.

"Hah?"

"Ahh.. omma sama je macam yunho tu" tiba tiba puan jung tersenyum dengan penuh makna.

"Haaa.. dah mula rapat lah ni dengan yunho?" Soal puan jung.

Areum terus menjeling ibunya dan masuk ke dalam rumah.

Mula lah tu nak menggosip.

Sebaik sahaja areum selesai membersihkan dirinya, dia terus datang ke ruang tamu dan memeluk tuan jung yang sedang menonton chinese drama crush di tv.

"Appa!"

"Yee.. kenapa intan payung appa ni?" Soal tuan jung yang matanya masih belum lepas dari menonton drama itu.

"Rindu appaaa"

"Eleh. Baru tak jumpa sekejap dah rindu. Nanti dah kawin lagi lah jarang jumpa appa"
Areum terus melepaskan pelukannya.

"Mana ada! Nanti bila areum kawin. Hari hari areum datang sini tau!"

"Areum" areum memandang ke arah puan jung yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kenapa?"

"Majlis kamu nanti kita buat kecil kecil je tau. Sebab waktu covid ni.. susah pulak nak jemput ramai orang." Areum hanya menganggukkan kepalanya.

"Adik nak jemput kawan boleh?" Soal areum

"Boleh.."

Tiba tiba areum ternampak abangnya wooyoung yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya.

"Oppa! Ajak jia unnie sekali tau!"

"Unnie kau tu sibuk. Mana ada masa nak datang-"

"Eleh. Cakap jelah oppa takut girlfriend sendiri kan??" Wooyoung yang meneguk air mineral terus tersedak.

"Eh hello sikit eh? Aku ni lelaki! Takkan aku takut dengan dia"

"Ye ye lah tu"

"Kalau tak pon.. areum je jemput jia tu ye? Nak tunggu wooyoung jemput? Huh lambat lagi lah jawabnya" areum mengelir lidahnya ke arah wooyoung.

"Adik derhaka! Kau tunggu aku bongkar segala rahsia kau kat yunho! Dengan pemalas! Pengotor!"

"Apa kau cakap!!!!" Areum terus bangun dari duduknya dan dengan sepantas kilat dia mengejar wooyoung yang dah selamat lari ke dapur.

"JUNG WOOYOUNG!"

Keesokkan harinya

Areum meneliti kawasan hospital yang dipenuhi dengan manusia.

Maklumlah, hospital paling popular dekat seoul. Memang ramai lah yang datang sebab layanan dia power.

Mata areum sibuk mencari keberadaan jia.

"Mana jia unnie?"

Tiba tiba areum ternampak seorang lelaki yang merupakan doktor di situ yang baru keluar dari wad pesakit.

Kaki areum laju menuju ke arah doktor itu.

"Seonghwa oppa!"

Lelaki yang bernama seonghwa itu laju memalingkan wajahnya ke arah areum.

Senyuman muka terukir di bibir milik seonghwa.
"Areum? Buat apa kat sini?" Soalnya.

"Areum cari jia unnie.. jia unnie mana?" Soal areum.

"Ahh.. cari jia.. ingatkan cari oppa"

Areum hanya tersengih dengan ucapan seonghwa.

Lelaki yang bernama park seonghwa tu kawan wooyoung.. sejak areum lahir lagi seonghwa dah jumpa dengan areum. So memang diorang dah rapat sejak azali lagi.

"Jia ada je.. dia tengah rawat pesakit. Kejap lagi dia keluar lah tu. Kenapa cari dia?" Soal seonghwa.

Areum tersengih lagi.

Takkan nak kasi tau yang dia nak kahwin? Dia kalau boleh nak ahli keluarga dia je tau.. tapi seonghwa..

"Ahh.. saja.. hehe"

"Eh areum?" Jia yang baru keluar dari wad pesakit berjalan menuju ke arah areum dan seonghwa.

"Unnie!!!" Areum terus berlari mendapatkan unnie kesayangan dia tu.

Yelah, awak tak ada kakak.. nasib baik abang dia ada girlfriend.. dapat lah jugak even kakak ipar.

"Areum buat apa kat sini?" Soal jia yang turut teruja akan kehadiran areum disitu.

"Areum nak kasi tau something kat unnie.. tapi kat tempat lain boleh?"

Jia hanya menuruti permintaan areum dan terus mengekorinya menuju ke tempat yang lebih aman.

"Kenapa ni?" Soal jia

"Unnie.. kalau areum cakap ni.. unnie jangan terkejut tau"

Jia hanya menunggu perkataan yang akan keluar dari mulut areum.

"2 minggu lagi areum nak kahwin"

Membulat besar mata jia mendengar perkataan kahwin itu.

"Kawin?!! Areum biar betul?!!! Nak kawin dah adik unnie sorang ni?!!"

"Unnie perlahan sikit suara.."

"Seonghwa tau tak?" Soal jia

Areum menggelengkan kepalanya.

"Takpe. Biar unnie kasi tau-"

"Jangan unnie! Areum taknak dia tau"
Jia memandang pelik ke arah areum

"Kenapa?"

"Areum buat majlis kecil je.. taknak libatkan orang ramai.. dan taknak seonghwa oppa tau"
Tiba tiba jia tersengih kepada areum.

"Haaaa.. areum suka seonghwa ye????"

"Ehhh mana nya nak suka" laju areum menidakkan pernyataan jia.

"HAHAHA yelahh.. unnie tak kasi tau.. takpe nanti unnie datang"

Areum tersenyum memandang jia. Dah lah cantik.. pandai.. tinggi..

Haih.. macam mana lah boleh sangkut dengan wooyoung si bedu tu.

Pelik kadang. Dia pakai bomoh ke apa nak dapatkan jia unnie ni?

To be continued

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now