chapter07❤️

165 9 0
                                    

Aku terduduk di bucu katil.

Pasu bunga yang berada di atas meja belajar itu aku tenung.

Otak aku masih tak berhenti fikir macam mana yunho senyum dekat aku.

Arghhh!!! Aku tak boleh lah tengok dia senyum (ᗒᗩᗕ)Tenang areum tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arghhh!!! Aku tak boleh lah tengok dia senyum (ᗒᗩᗕ)
Tenang areum tenang. Kau sabar..

HUWAAAA!!!! MACAM NI KE PERASAAN DAPAT KAHWIN DENGAN CRUSH SENDIRI ಥ_ಥ

Tinggal 2 hari je lagi.. lepastu aku dah jadi bini orang..

Hmm.. nanti mesti aku rindu zaman bujang aku.

"Huh.. takpelah areum.. marilah kembali ke alam reality.. siapkan assignment!"

2 hari telah berlalu, dewan itu dipenuhi dengan ahli keluarga aku dan yunho.

"Saya nak pergi tandas kejap"

"Puan.. masuk ni dah kali ke 8 puan pergi tandas." Aku sumpah nervous sekarang ni.

Tolong lahh! Aku asik nak terkencing je ni

"Okay siap.. puan jangan keluar lagi tau. Tunggu majlis mula baru puan keluar"

"Kalau saya nak ke tandas?"

"Puan.." aku perlahan lahan menganggukkan kepalaku.

Mana haneul mana haneul?!!! Saat genting macam ni pulak dah dia tak ada dengan aku! Aku nangis jugak kat sini karang (╥﹏╥)

"Mana pengantin baru tu" mata aku terus bersinar apabila melihat haneul yang masuk bersama hongjoong.

"Koranggggg!!"

"Dah jangan nak beria. Cantik cantik ni perangai jantan tu cover sikit" aku tersengih sambil memandang haneul.

"Haih.. kalau kita kawin sama sama kan best" haneul hanya menganggukkan kepalanya

Mata aku tepat memandang hongjoong yang sibuk menyelak langsir di bilik itu.

"Kau dah kenapa"

"Mana kau beli langsir ni?"

Bodo tak bertempat lah hongjoong ni. Time aku nak kawin lah kau nak tanya pasal langsir.

"Hongjoong. Aku ni nak kawin tau. Bukan jual langsir.."

Aku terus memandang haneul yang sibuk membetulkan pakaian aku.

"Haneul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul.. aku nervous"

"Jangan risau.. kejap je majlis ni. Nanti lepas dah ikrar apa semua dah habis"

Aku takut lah weh dah nak jadi isteri orang ni. Dah lah tak prepare apa apa lagi nak jaga orang. Aku baru cadang nak habis degree baru kahwin.

Lah ni tak.

Baru masuk collage setahun lebih dah kawin. Mende nyah!

"Pengantin perempuan dipersilakan masuk ke dewan"

"Weh dia dah panggil aku!"

"Kau sabar. Tenang~" haneul cuba menenangkan aku yang cepat gelabah.

Aku ni dah lah cepat gelabah kau tau.

Ni kalau terkena panic attack.. mau tergolek aku kat pentas tu ಥ‿ಥ

Perlahan lahan aku melangkah menuju ke dewan.

Mata aku tiba tiba terhenti pada tuan jung yang berada di hadapan pintu dewan itu.

"Appa.."

Tuan jung memandang sayu ke arah aku.

Satu satunya anak perempuan dia dah kahwin.. lepasni dah tak ada yang nak bermanja dengan dia.

Harapkan wooyoung tu? Dia tu busy memanjang.. macam mana nak bermanja dengan appa..

Even dengan girlfriend sendiri pon macam tak ada masa..

Tangan aku perlahan lahan memegang tangan tuan jung.
"Areum.. appa nak areum jaga diri.. jaga suami. Okay?"

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

Kami perlahan lahan berjalan masuk ke dalam dewan itu.

Aku terdiam apabila melihat yunho yang berpakaian tuxedo hitam.

Ketampanan dia makin terserlah waktu tu.

Apabila aku sampai di hadapan yunho, tuan jung perlahan lahan memberikan tangan aku kepada yunho sambil tersenyum.

"Jaga anak appa baik baik" yunho menganggukkan kepalanya.

Tangan aku terus disambut oleh yunho.

Aku dan yunho berikrar di hadapan halayak ramai dan beberapa minit kemudian sudah menjadi sepasang suami isteri yang sah.

Aku tersenyum melihat ahli keluarga aku yang senyum bahagia melihat aku.

Beberapa jam kemudian, semua orang kembali ke rumah mereka.

Aku yang dah mula kepenatan terus terduduk di kerusi yang berada di dewan itu.

"Uish. Penatnya.. ini memang kali pertama dan terakhir aku kahwin"

"Memang lah kawin sekali je sayang oi" aku memandang puan jung dan puan jeong yang berjalan menuju ke arah aku.

Mereka tersenyum ke arah aku.
"Areum.. nanti kamu kemas barang dan balik ke rumah yunho ye" ucap puan jeong.

Membulat besar mata aku. Aku terus memandang puan jung.
"Kalau areum nak duduk rumah omma tak boleh ke?" Soalku

"Areum.. kamu dah jadi isteri orang. Kamu kene lah duduk dengan suami kamu"

Masalahnya aku ni nak duduk bawah ketiak mak aku lagi ಥ‿ಥ

"Yunho.. kamu bawak areum balik dulu kemas barang.. omma nak tolong orang kemas dewan" yunho yang baru datang menganggukkan kepalanya.

Bagus betul budak ni tak melawan cakap mak. Bukan macam aku-
Eh.

Sebaik sahaja tiba di rumah, kaki aku laju masuk ke dalam bilik aku.

Pintu bilik terus aku tutup.

Yunho ni bukan boleh percaya. Mau dia masuk bilik aku ni. Mati aku

Aku menbuka almari baju dan mengambil segala pakaian aku dan dimasukkan kedalam beg bagasi.

"Nak saya tolong tak?"

"WEH MAK MELETOP!" aku memandang ke arah yunho yang sedang bersandar di pintu bilik.

"Kenapa tak ketuk dulu?"

Yunho tiba tiba keluar dari bilik lalu menutup pintu.

"Dah kenapa keluar balik?"

Tok tok tok!

"Boleh saya masuk?"

Aku terdiam dengan perangai yunho.

"Boleh?"

"Tak boleh. Tunggu situ. Kejap lagi saya keluar"

Aku garu kepala tengok perangai dia ni..

Selepas selesai mengemas barang, aku terus keluar dari bilik aku dan kelihatan yunho yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik.

"Kenapa berdiri kat sini?" Soalku sambil memandang pelik ke arah yunho.

"Awak suruh saya tunggu sini"

Wat the..

"Sini beg" yunho terus beredar meninggalkan aku sendirian disitu.

Dia memang lurus ke apa? Kenapa ikut je apa yang aku cakap.

PIKIR COMEL KE PERANGAI MACAM BUDAK BUDAK NI ಥ‿ಥ

To be continued

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now