chapter18❤️

150 5 0
                                    

Semua pelajar dalam kelas itu terkejut dengan penyataan perempuan itu.

Jangan kata diorang terkejut, aku yang wife dia pon dah terkejut beruk dengar dia cakap.

Ni dah mengundang perang dunia perempuan ni.

Eeee aku rasa macam nak expose diri sendiri je.
ಥ‿ಥ

"Jap.. future wife?" Soal seorang pelajar perempuan disitu.

"Bukan prof kata haritu dia dah kawin ke? Celah mana pulak tiba tiba ada *future wife* ni?"

Mata aku terus memandang yunho yang berdiri tegak di hadapan miya.

Mamat ni tak reti nak menidakkan apa perempuan tu cakap ke? Takkan nak aku jugak serang dia.

"Lah! Jelas nyata dan terang lagi yang saya ni future wife dia. Tak percaya ke?"

"Also.. takkan lah yunho kesayangan saya ni kahwin dengan perempuan lain kan?" Tangan gatal milik miya menyentuh dagu tajam milik yunho.

Aku dah tak tahan dengan perempuan ni. Memang menempah lubang kubur sendiri namanya ni.

"Jangan kau berani sentuh muka dia" miya dan yunho serentak memandang aku.

Aku dengan penuh rasa marah terus maju kehadapan.

Oranh nak gosip ke apa. Pergi lantak.

"Who are you dude?" Soalnya.

Matanya mula pandang aku atas bawah bersama senyuman sinis.

"Kau sentuh dia. Memang lunyai kau aku kerjakan" ucapku lagi.

Semua pelajar di dalam kelas itu terdiam melihat kelakuan aku terhadap miya.

"Suka hati aku lah. Untuk pengetahuan kau. Dia ni tunang aku. Kau tak ada hak-"

"Woi perempuan! Aku bini dia lah!!" Puas aku menjerit.

Semua mata memandang ke arah aku. Haneul yang dah tau hubungan aku dengan yunho pon terkejut sebab tindakan aku yang expose diri sendiri kat sini.

Actually.. aku pon terkejut. Keluar suara jantan kau nyah.

Daripada aku tunggu hubungan aku dengan yunho ni keluar dari mulut orang lain. Baik aku sendiri expose.

Auto famous nyah! Jadi bini lelaki idaman collage. uwu

"Kau? Budak kecik macam kau ni?"

"Setahu aku. Taste yunho bukan macam kau? Dah terlalu obses dengan dia ke sampai mengaku isteri-"

"Eh budak kecik kau panggil aku?! Kau sini kau mulut kau aku nak cili cili!!-" belum sempat aku mendekati miya, yunho terus memegang tangan aku dan menghalang aku dari berhadapan dengannya.

"Dia isteri aku" semua mata kembali memandang ke arah yunho.

kaki yunho melangkah perlahan-lahan menuju ke arah miya.

"aku taknak kau ganggu kehidupan aku lagi." ucap yunho tegas kepada miya.

miya terdiam apabila mendengar kata-kata yunho yang kedengaran perlahan namun dingin.

tangan besar milik yunho yang memegang erat tangan kecil milik aku.. terus berlalu keluar meninggalkan miya dan pelajarnya yang masih terkejut tentang hubungan aku dan yunho.

"maksudnya.. masa kita pergi bercuti dengan prof yunho tu bukan kebetulan?" soal yuna pada rakannya.

haneul yang puas dengan suasana sekeliling tersengih ke arah yuna.

"itulah.. lain kali jangan try hard sangat." ucap haneul sengaja nak memanaskan hati yuna yang dah memang rasa nak meletup itu.

haneul dengan bangga keluar dari kelas itu.

"tiba-tiba terasa diri ni single. mana hongjoong aku ni. takkan tengah buat lagu lagi" susah betul dapat pakwe yang ambil jurusan musik ni.

yunho membawa aku ke dalam pejabatnya. dia memandang tepat ke arah aku.

"apa" soalku dengan perasaan marah yang belum reda.

"awak tak marah?" soalnya

"marah" ucapku dingin

"saya minta maaf.. saya tak tau pon yang-"

"Ish! Saya bukan marah awaklah. yang saya marah perempuan miang tu.. tak habis habis nak kacau suami saya ni dah kenapa? dah tak ada life ke"

"ke dah tak laku. kalau tak laku saya carikan sugar daddy untuk dia" yunho hampir tergelak dengar aku membebel.

dia terus memegang kedua belah tangan aku.

"sayang betul si kecik ni dekat suami dia" ucapnya sambil tersenyum.

aku kenot lah tengok mata puppy dia! comel sangat!

"sapa je tak sayang suami"

"jap apa awak panggil saya tadi? si kecik?" terus aku menarik tangan aku dari pegangan yunho.

"si kecik ni lah yang paling saya sayang tau."

"tak habis habis ayat buaya dia tu" dekat kelas bukan main garang, macam singa yang kelaparan. sampai depan aku macam kucing yang nak bermanja dengan tuan dia.

nasib baiklah comel laki aku ni ⊂(・▽・⊂)

* * *

Sebaik tiba sahaja di hadapan perkarangan rumah, aku ternampak sebuah kereta yang berhenti betul betul depan rumah kami.

"Macamku kenal kereta itu. Tetapi siapa ya"

"Tak payah nak bahasa baku sangat." Mood yunho mula melayang. Dia kenal sangat kereta sapa yang berhenti depan rumah dia tu.

Aku memandang yunho yang keluar dan masuk ke rumah tanpa menunggu aku.

"Yunho-"

"Areum" panggil seonghwa yang dari tadi menunggu aku di hadapan rumah.

Yunho sempat melirik ke arah aku dan seonghwa sebelum masuk ke dalam rumah.

"Mana oppa tau areum tinggal sini?" Soalku

"Jia bagitau.."

"Areum.. oppa nak minta maaf"

"Oppa tak bermaksud nak buat semua tu dekat areum.."

Keluhan berat aku lepaskan.

Aku tau seonghwa ni baik orangnya. Dan time tu pulak dia mabuk. So memang dia tak sedar apa yang dia buat.

Actually.. sapa yang jadi girlfriend dia beruntung sangat. Baik.. handsome.. peramah.. semua ada dekat dia. Kira perfect lah.

Tapi malangnya.. aku dah mula tak ada hati dengan dia..

"Oppa.. areum anggap oppa macam abang areum sendiri.." ucapku padanya.

Aku taknak bagitau perasaan aku yang aku pernah tersuka dia.

Aku taknak dia berharap apa apa lagi dekat aku. Aku pon dah jumpa kebahagiaan aku.. tak mungkin aku nak hancurkan kebahagiaan aku demi dia kan?

"Tapi oppa tak pernah anggap areum macam adik." Balas seonghwa

"Dari dulu sampai sekarang.. oppa anggap areum sebagai perempuan.."

"Park seonghwa" seonghwa yang tadi memandang lantai terus memandang aku yang menatap matanya.

"Areum taknak hubungan kita terputus sebab perkara ni.. tolong faham boleh?"
Seonghwa perlahan lahan menganggukkan kepalanya.

"Oppa balik lah dulu. Areum nak rehat"

Dah lah. Semua dah berlalu.. semua dah terlambat.. aku dah ada suami.. seonghwa pon patut lupakan hasrat dia nak halal kan aku..

Yes.. apa kau buat ni betul areum.. betul..

To be continued

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Onde as histórias ganham vida. Descobre agora