chapter20❤️

167 5 0
                                    

Masa semakin cepat berlalu.. aku pula dah masuk 23 tahun pada tahun ini. Dah hampir 4 tahun aku bergelar isteri kepada jejaka yang bernama Jeong Yunho.

Mata aku sibuk melihat sekeliling. Aku tengok semua pelajar gembira memakai jubah konvo. Kedengaran gelak tawa mereka yang menandakan mereka sangat gembira pada hari tersebut.

Tapi ada juga perasaan sedih yang terselit dalam hati diorang.. dah graduate ni.. dah jarang lah jumpa..

"Areum.. prof yunho mana?" Soal haneul yang baru sahaja selesai bergambar dengan hongjoong.

Aku melirik jam tangan aku.
"Entah la.. tadi kata nak datang"

Even dekat satu collage pon, dah kalau dia busy. Mana menyempat nya dia nak datang.

"Alah jangan risau. Nanti prof datang lah tu. Takkan lah bini sendiri graduate taknak tengok" sambung hongjoong pula.

Aku menganggukkan kepalaku beberapa kali. Tunggu jelah..

"Okay semua sini berkumpul kita tangkap gambar!" Jerit salah seorang juru gambar yang ditugaskan untuk mengambil gambar kami.

Aku haneul dan hongjoong bergegas berlari menuju ke arahnya.

Semua berkumpul untuk mengambil gambar.

"Okay tengok camera!"

"Senyum!"

"One two three!"
Semua tersenyum.

"Okay sekali lagi! One! Two!-" juru gambar itu terdiam.

"Apa yang korang pandang?"
Semua pelajar serentak memandang ke arah lain.

Semua pelajar mula tersenyum dan tersengih.

Mata aku laju memandang ke arah tempat yang mereka pandang itu.

Membulat besar mata aku bila nampak seseorang yang memakai kostum doremon sambil membawa belon yang banyak.

"Natang apa tu?" Soal aku pada haneul.

Haneul tersengih lalu memandang aku.

"Mana aku tau. Cuba kau check" ucapnya.

"Aku check?"

"Yee pergi check sana" haneul terus menolak aku untuk berdepan dengan doremon itu.

Tak. Masalahnya pahal aku sekarang ni?

Dengan langkah paksa aku berjalan mendekati doremon itu.

"Emm awak siapa ye? Kenapa ada dekat sini?" Soalku lembut padanya.

Doremon itu hanya menganggukkan kepalanya.

Tak boleh bercakap?

"Awak nak suprise kan kami ke?" Soalku

Dia menggelengkan kepalanya.

"Dah tu? Macam mana awak boleh masuk dalam collage ni?"

Doremon itu masih diam. Tangannya masih tetap memegang belon yang sangat banyak.

"Tak takut kene tangkap dengan guard ke?" Soalku lagi.

Macam mana dia boleh masuk? Takkan guard tak nampak? Punya lah besar. Colour biru pulak tu.

Doremon itu menggelengkan kepalanya.

"Areum! Sapa dia?!" Soal salah seorang pelajar yang sudah lama menunggu di tangga untuk bergambar itu.

Takkan dia student sini? Student art?

Tak pon..

"Awak datang untuk apa ni?" Masih berdiam.

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now