chapter21❤️

208 10 0
                                    

Sebaik sahaja majlis tamat, aku dan yunho terus terduduk di kerusi makan tetamu.

"Dah ni memang kali terakhir. Awak tak payah dah nak buat majlis ni lagi" ucapku pada yunho.

Yunho yang turut keletihan hanya menganggukkan kepalanya.

"Penat sangat pengantin lama kita ni" aku memandang wooyoung yang tiba tiba datang bersama jia.

"Dah lah. Jangan kacau aku. Aku lapar ni. Jangan sampai aku telan kau" ucapku pada wooyoung

"Uish. Seram. Risau kau yang kene telan dengan yunho malam ni"

Aku terus segar. Wooyoung ni dah buatkan aku start overthinking.

"Jangan nak takutkan dia la" ucap yunho yang berada di sebelah aku.

"Halah aku gurau je"

"Bila nak honeymoon?" Soal wooyoung lagi

"Next week" balas yunho

"Ohh kat mana?" Soal wooyoung

* * *

"Malaysia?!" Membulat besar mata puan jung dan puan jeong.

Wooyoung dah tak mampu nak nasihat. Punya lah banyak tempat dekat korea. Sampai ke Malaysia kau nak terbang.

Aku mengangguk laju kepalaku. Yunho hanya tersenyum memandang mereka.

"Kenapa jauh sangat sampai ke sana?" Soal puan jeong.

"Ala mama.. bukan selalu pergi jauh. Lagi pon kat sana banyak tempat seronok"

"Kamu serius nak pergi Malaysia?" Soal puan jung pula.

"Yee.. jangan risau kan kami" balas aku lagi.

Mereka hanya menganggukan kepala mereka.

Setelah selesai berbincang tentang honeymoon yang kitorang dah rancang, aku dan yunho menjamu selera di rumah puan jung bersama puan dan tuan jeong.

Wooyoung dan jia unnie pon ada sekali. Sebab time tu bincang pasal diorang nak kawin pulak. Katanya akhir bulan ni.

Tahniah lahhh!

Lepasni tunggu haneul dengan hongjoong pulak. Hongjoong ni bebal sikit, so kene bagi nasihat suruh dia propose dekat haneul.

Kalau tak memang sampai tua lah macam tu je.

Setelah itu, aku dan yunho terus berangkat pulang ke rumah untuk menyiapkan segala barang untuk honeymoon nanti.

Aku dan yunho terus mengemaskan pakaian kami untuk berangkat ke Malaysia pada minggu hadapan.

Tak sabar sabar nak pergi sana!

* * *

Seminggu pon berlalu, aku dan yunho berdiri tegak di hadapan airport untuk menunggu giliran.

"Lamanya.." rungut ku.

"Omma! Omma!" Jerit seorang kanak kanak kecil yang berkeliaran di airport.

"Awak dengar tak?" Soalku pada yunho.

Aku dan yunho terus memandang ke arah kanak kanak yang sedang menjerit mencari ibunya.

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now