chapter13❤️

149 7 0
                                    

Tersedak areum dibuatnya dengan soalan kbat puan jung.

"Omma!"

Yunho tersenyum janggal apabila mendengar soalan itu.

"Ish. Omma tanya je"

"Kamunya pon. Jangan lah tanya bende macam tu. Anak kita baru je masuk 20 tahun. Agak agak lah" ucap tuan jung.

Sejujurnya areum sangat lah bersetuju dengan kata kata yang keluar dari mulut tuan jung.

"Haih.. yelah.. omma cuma tak sabar bila nak dapat cucu"

Areum memandang yunho dengan janggal.

Tak tahu nak bagi reaksi apa kat soalan puan jung ni. Kbat betul

"Omma.. kita makan dulu ye.. makan" ucap areum

Selepas selesai makan, yunho mengangkat beg bajunya dan dibawa ke bilik yang telah puan jung sediakan untuk mereka.

Areum yang turut selesai mengemas meja makan terus terduduk di depan tv bersama tuan jung.

"Kamu buat apa kat sini?" Soal tuan jung yang terkejut areum terus duduk di sebelahnya

"Buat apa? Teman appa tengok tv lah. Tak habis lagi ke chinese drama appa ni?" Soal areum

"Tak payah teman. Nanti omma kamu pandai teman."
Lah. Dah lah jarang balik rumah. Takkan kene halau kot?

"Kamu pergi naik temankan suami kamu kat atas. Ingat.. syurga di bawah telapak kaki suami. Jangan tinggal dia sorang sorang kat atas tu"

Dengan muka terpaksa areum meng'iya'kan penyataan tuan jung.

Dengan langkah malas areum berjalan menuju ke biliknya.

"Huh.. anak nak bermanja pon tak boleh."

Tangan areum memegang tombol pintu bilik. Perlahan lahan dia memulas tombol itu dan sebaik sahaja dia memasuki biliknya, tiada siapa pon berada di situ.

"Aik? Mana suami aku ni?" Soal areum sambil meneliti setiap sudut di bilik itu.

"Mandi ke?"

"Awak cari saya ke" sebaik sahaja areum memalingkan wajahnya ke arah yunho yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Terus membulat besar matanya apabila melihat yunho yang hanya memakai tuala paras pinggang.

"Ish! Memang tak reti nak pakai baju kat dalam bilik mandi ke?" Soal areum sambil menutup matanya menggunakan tangan.

Yunho tersenyum nakal, mula lah muncul idea pervert untuk mengenakan isterinya itu.

"Kenapa?" Kakinya perlahan lahan mendekati sang isteri yang sudah tahan malu.

"Awak tak suka tengok badan saya ke?"

Areum yang dapat merasakan kehadiran yunho yang semakin dekat dengannya terus berundur kebelakang.

"Saya warning ye. Jangan dekat! Kalau tak-"

"Kalau tak awak nak buat apa Jung Areum?"

Areum menelan kelat air liurnya.

Yunho masih belum berhenti berjalan mendekati areum.

Buk!

Areum terlanggar meja belajar miliknya membuatkan dia terduduk di meja belajar itu.

Yunho dengan pantas menahan areum dengan meletakkan tangannya di meja belajar itu lalu membongkokkan badannya dan jarak mereka sangat dekat.

Areum dapat membawa wangian milik yunho. Hembusan nafas yang hangat milik mereka membuatkan suasana menjadi lebih tegang.

Titisan air pada rambut yunho yang basah itu terkena pakaian milik areum.
"Awak tak nak pertimbangkan ke soalan omma tadi?"

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now