chapter12❤️

169 8 0
                                    

Keesokkan harinya, aku dan yunho mengemaskan barang untuk balik ke rumah.

Sebaik sahaja aku turun bawah. Dari jauh aku dah bau sesuatu yang tak menyenangkan.

"Prof yunho!" Panggil yuna yang sudah menunggu yunho sejak awal pagi tadi.

"Awal pulak minah ni bangun" ucap haneul yang naik menyampah dengan keberadaan yuna disitu.

Aku sempat melirik ke arah yunho yang sibuk meletakkan begnya ke dalam bonet kereta.

Aku dah kasi tau awal awal yang aku balik dengan haneul je nanti. Yelah. Karang kantoi pulak kalau balik dengan dia.

Tanpa menghiraukan yuna, yunho terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan tempat itu.

"Kesian member.. kene palau" ucap hongjoong.

Haneul tergelak bila tengok yuna yang dah try hard.. tapi tak dapat hasil langsung.

Kesian budak tu.

"Yuna! Kitorang balik dulu tau!"

Hongjoong terus memecut laju meninggalkan yuna yang terpinga pinga kat situ.

"Pandai datang pandai lah balik" ucap haneul.

Keluhan berat aku lepaskan.

Tak sampai berapa minit dah teringat yunho. Nilah kalau dah sayang.. memang nak tinggal sekejap pon susah.

Tangan aku sibuk bermain screen telephone. Tiba tiba telephone aku berdering dengan nama yunho yang tertera disitu.

"Hello"

"Saya tunggu awak dekat depan mcd" yunho terus mematikan panggilannya.

"Dah kenapa mamat ni?"

"Asal?" Soal haneul

"Yunho call.. dia kata dia tunggu dekat depan mcd" balas aku.

Haneul dah mula tersenyum mengusik.

"Aii? Baru tinggal berapa minit dah rindu ke?" Soal haneul sambil tersengih

"Takut sangat bini dia ni kene culik" sambung hongjoong pula.

Eleh.. biarlah! Nak rindu ke apa. Dah halal kan.. apa salahnya. Hehe

Sebaik tiba di hadapan mcd, aku nampak yunho yang sedang menunggu aku sambil bersandar di pintu keretanya.

"Tu suami tercinta tunggu tu. Cepat turun. Aku nak dating dengan haneul"

"Ye aku turun"
Dah biasa kene halau ni.

Tapi kalini lain sikit. Kalau dulu.. dating depan mata aku lagi. Dah lah single.

Nasib baik sekarang dah taken dengan encik suami. Ehek!

"Kenapa awak tunggu sini?" Soalku pada yunho.

Dia tersenyum pada aku. Pintu kereta dibuka. Aku terus masuk ke dalam kereta mewah yunho itu.

Tiba tiba muncul idea nakal dalam kepala otak aku.

Hehe!

"Awak" panggilku.

Yunho hanya memandu keretanya. Sikit pon tak pandang aku.

"Awak awak awakkkk" panggilku lagi.

Sampai hati tak layan aku yang comel ni.

"Ye kenapa" soalnya

Tangan aku mula mengusap lembut tangan berurat milik yunho itu.

"Nak balik dah ke.. taknak jalan jalan ke" soalku dengan nada menggoda.

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now