Bab 41

792 86 18
                                    

MASAM sahaja mukanya menjeling Raidan yang selamba menghisap lollipop. Disebabkan dialah, kumpulannya kehilangan 30%
markah hanya kerana kecuaian
lelaki itu. Alasan, bangun lambat
dan tertinggal pendrive? Kalau dia yang jadi pensyarah mahu ditampar sahaja mulut selamba itu.

"Dah jangan marah-marah. Disebabkan dia buat hal hari ni, kita buli dia pula next presentation nanti" Amirah, rakan sekelesnya cuba memujuk. Ayra menghela nafas.

Sungguhlah, jiwanya meronta ingin mencampak barang sekarang. Nampak dinding je, terbayang dia menghentak kepalanya di situ. Ya Allah, sakitnya hati!

"Raidan! Sini kau" Syafiq yang juga merupakan salah satu ahli kumpulannya berteriak. Ayra mengangkat kepala pada Raidan yang melangkah malas-malasan ke arah mereka. Bibir diketap geram.

"Disebabkan kau buat hal besar hari ni, kau kena langsaikan hutang"

"Hutang apa pula ni?"

"Belanja kitorang makan"

"Aih, tak nak tak nak. Benda lainlah. Korang nak apa? Phone baru? Airpod? Kasut? Apa-apa je, selain makan. Aku nak cepat ni" bulat mata Ayra mendengar balasan lelaki itu. Amboi, lagi sanggup belanja barang mahal dari makanan? Kaya sungguh ni!

"Tak pe tak pe. Simpan je duit kau. Hari ni, kitorang nak makan je. Jom jom, kau punca kitorang kena tolak 30% tau bukan sikit. Alasan lain tak diterima" badan tegap Raidan dipusingkan menghadap ke hadapan. Bahu itu kemudiannya, ditolak-tolak oleh Syafiq kerana kaki Raidan yang bagaikan sudah melekat dilantai. Jalan pun serupa orang tak ikhlas.

Ayra tergelak. Namun, hanya sementara sebelum dia kembali teringatkan sesuatu. Lengan Amirah yang mula menyaingi langkahnya ditarik semula. Gadis itu berpaling dengan sebelah kening terangkat.

"Aku ada nak keluar dengan kawan aku ke tempat lain, nanti kau cakaplah dengan diorang yang aku tak ikut okay? Aku dah lambat ni" Ayra tarik sengihan sebelum melambai dan berlalu pergi. Amirah sekadar mengangguk dan kembali semula mendapatkan yang lain.

Buk!

Telefonnya jatuh menyembah lantai. Juga terdapat fail-fail dan kertas bertaburan menimpa telefonnya. Kepala diangkat perlahan dan matanya bertembung dengan seorang wanita pergengahan usia. Madam Faridah. Ayra senyum serba salah kemudian tunduk mengambil semula barang-barang yang bertaburan di bawah. Sampai sahaja pada fail hitam yang seakan akan sama dengan milik Farhan itu, tangannya terhenti. Terdapat gambarnysa, nama dan alamat rumahnya. Tarikh yang hadir di bawah kertas itu juga memunculkan tanda tanya.

"Erm, ni fail semakan peribadi pelajar. Terima kasih tolong. Saya pergi dulu-dulu" Ayra masih kaku ditempatnya. Mendengarkan langkah derapan Madam Faridah yang berlalu pergi, tertunduk-tunduk dia meminta maaf.

2017.

Lagi.

'fail semakan peribadi pelajar'

"Tak. Bukan fail semakan peribadi pelajar. Bukan" hati menokhtahkan keyakinan bahawa itu sekadar penutup rahsia. Sudah lama dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada wanita itu, Madam Faridah.

•••

"Kita nak pergi mana ni?"

Sudah beberapa kali soalan itu diajukan, namun masih belum terjawab. Tiara sibuk memandu, mata tidak lepas dari jalan raya. Akhirnya, Ayra diam mengecil ditempatnya. Telefon dikeluarkan. Satu mesej dari Raidan masuk ke kotak notifikasinya.

Asal tak ikut sekali?

Jarinya kaku ingin membalas. Apa yang perlu dia jawab agaknya?

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now