Three

312 34 43
                                    

"kau ada perjumpaan kelab lagi ke harini?" tanya neena kepada y/n yang baru sahaja tiba di kelas itu.

" ada." jawab y/n sepatah lalu terus duduk di sebelah hana, di bahagian Hujung.

" berapa kali nak cakap dekat kau, buat apa la kau masuk kelab kelab menjahit macam tu, kerja semua tu biarla maid je buat." kata mina yang sedang sibuk membetulkan lipstick sambil melihat cermin itu.

" ala apa salahnya, tak semestinya benda macam ni maid je buat. Lagipun aku minat la. " kata y/n bersahaja lalu terus mengeluarkan buku dari bagnya.

" lantak kau la. " kata nina yang masih fokus melihat bibirnya pada paparan cermin itu.

Buku yang dikeluarkan diselak.

Tiba tiba dia teringat tentang kerja sekolah.

" weh korang dah siap-"

"weh korang nak pergi-"

Y/n Dan mina bercakap pada masa yang sama.

Mina memandang y/n sebelum terus berkata,

" ha kau cakapla dulu." kata mina.

"korang dah siap kerja sekolah yang sensei bagi semalam? Aku lupa ada kerja sekolah" kata y/n.

Dia gelabah. Setiap satu muka surat diselaknya. Bukan satu sahaja kerja sekolahnya, tapi 4 muka surat sekaligus.

Mendengar itu mina mengeluh, " duh, bukannya sensei berani nak marah kita pun." kata mina.

Rambut coklatnya disentuh dengan jarinya sambil memula mulas rambut itu.

Ada betul nya juga, sensei mereka tidak pernah memarahi mereka atas kesalahan mereka hanya kerana mereka orang berada.

Tapi apa motif pergi sekolah kalau kerja sekolah pun tak buat. Ghisauu.

" okay, sebenarnya tadi aku nak cakap... Jom pergi shopping petang ni!" kata mina teruja.

Senyumannya melebar sambil tangannya dengan teruja memegang tangan neena Dan hana.

" eiiii mestilah nak!!" kata neena pula. Kini dia juga menyambut tangan mina.

" of course la nak! " jawab hana pula. Ketiga tiga mereka menggoyangkan bahu teruja.

"jom, y/n. Aku dengar cerita gucci ada keluar edition baru." kata neena menoleh ke arah y/n yang duduk di Hujung itu.

"gucci tu bukan ke yang untuk bersih bersihkan barang tu" kata hana.

" itu cuci, dik.." kata mina menggeleng kepala perlahan.

Y/n mendiamkan diri berfikir sejenak.

Petang ni dia ada perjumpaan kelab menjahjtnya, tapi rakannya mengajak pergi shopping.

Dia sebenarnya teringin juga meluangkan masa bersama rakannya walaupun mereka toxic banyak juga mereka membantu dirinya itu.

Tapi heloooo y/n, perjumpaan ni setiap 3 bulan sekali je tau,

president kelab bukan selalu boleh datang nak pantau, mitsuya tu busy orangnya.

Dalam fikiran y/n mempunyai dua pilihan, satu shopping. Dua, kelab.

Arghhh sudah tentu lah pilihannya.....

" ala, tapi petang ni aku ada perjumpaan kelab la." kata y/n.

" it's okay y/n, ponteng jela harini." kata neena memujuk.

Y/n memeluk tubuh, berfikir.

Baru dia teringat yang dia ada presentation tentang hasil baju yang dihasilkan olehnya.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now