Four

323 31 33
                                    

" eh kau sapa ha! Yang kau nak sibuk ni pahal?!" marah Ryan.

Tangan y/n dilepaskan kerana dia tidak tahan kesakitan pada tangannya yang digenggam mitsuya.

" kau ni tak malu ke pukul perempuan" kata mitsuya, persoalan Ryan tidak dijawab.

" eh biarlah! Dia biadap sangat!" jawab Ryan lagi. Bahu mitsuya ditolakknya.

"kalau macam tu meh aku pukul kau pulak, kau pun biadap sangat ajak perempuan pergi club malam" kata mitsuya.

Tangannya menggempal penumbuk Dan diangkat ke atas,mahu menumbuk muka Ryan.

Ryan ketakutan melihat penumbuk mitsuya, badannya menggeletar.

"fuzakeruna ( don't mess around with me) , Ryan." kata mitsuya.

Ryan mencebik lalu hanya meninggalkan y/n bersama mitsuya.

Dalam hatinya, sudah tentu dia beredar kerana dia takut akan lelaki berambut ungu itu. Macam mana dia boleh tahu nama akuu..? Kata Ryan dalam hati.

" daijoubu? " tanya mitsuya terus menoleh ke arah y/n disebelahnya.

"a-arigatou." jawab y/n menundukkan kepalanya,tidak mahu bertentangan mata.

" kau balik dengan sape..? Nak tumpang aku? Aku boleh hantar kan kau." kata mitsuya.

Y/n menelan air liur. Ini pertama kali dia bercakap dengan crush nya yang selama ini hanya dipandang dari jauh.

" tt-takpe, saya-aku- nanti driver aku datang." jawab y/n perlahan.

" betul ni..? Takpe ke duduk sorang sorang ni, nak aku teman..?" tanya mitsuya kepada y/n yang menunduk tidak memandangya itu.

Y/n hanya menggeleng perlahan.

" okay, kalau macam tu aku pergi dulu. Jaga diri, jaane. " kata mitsuya lalu terus berjalan meninggalkan y/n.

Sedang mitsuya berjalan, sesuatu jatuh dari poketnya tanpa dia sedar.

Y/n cepat cepat mengambil barang itu, Namun mitsuya sudah pun hilang dari pandangan.

" chotto matte! " y/n berlari anak mencari mitsuya.

Kelihatan mitsuya telah pun menaiki motorsikal miliknya.

"chotto matte!!" jerit y/n, Namun disebabkam mitsuya berada jauh di hadapan, sudah tentu dia tidak mendengar y/n.

Kelihatan seorang rakan sekelasnya yang sedang memegang basikal di tepi itu memandangnya yang menjerit itu.

Menyedari dirinya dipandang, dia menoleh. Tiba tiba dapat idea.

Dengan laju dia mengambil basikal yang dipegang rakan sekelasnya.

"pinjam!!" katanya lalu terus mengayuh basikal  itu mengejar mitsuya.

"oi!!" jerit si pemilik basikal kepada y/n yang mengayuh basikalnya sebelum hanya mengeluh.

_____________

"rasanya dia belok sini tadi.." kata y/n perlahan.

Dengan laju dia juga membelok ke kanan dimana dia nampak mitsuya membelok.

Dia terus break mengejut melihat betapa ramainya orang memakai baju berwarna hitam.

Apakah ini, adakah ini geng jerung hitam. Hahahshsh.

Y/n cepat cepat memarkir basikal itu dibelakang pokok dengan perlahan supaya tidak terdengar bunyi.

Punyalah invisible dirinya ini, sehingga kelompok yang ramai itu pun tidak perasan akan kehadirannya.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now