eleven

236 30 28
                                    

Y/n mengeluh sebaik sahaja memasuki kawasan rumahnya.

Harini hari yang teruk.katanya dalam hati.

Kelihatan shoji dan shiro masing masing sedang seronok bermain dengan mainan mereka di ruang tamu.

" ha dah balik pun." kata kakaknya sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu.

Y/n pula hanya mendiamkan diri tidak menjawab apa apa. Sofa empuk di hadapan tv didudukinya.

Dia baring di atas sofa sementara bantal pula diambil menutup mukanya.

" kakak ada terbeli 2 tiket funfair lebih. Kakak beli 3 free 1 pula." kata kayoko si kakaknya yang sedang sibuk mengikat rambut itu.

"lepastu..? Ajak jelah jiro." kata y/n perlahan.

" memang dah ajak jiro pun-"

" fuhhh dating.. Sweet sweet pulak" usik y/n terus memotong percakapan y/n.

Mendengar itu kayoko mencebik. " ni kalau cubit ni puas ni." katanya memandang y/n dengan geram.

Y/n pula sudah tergelak terhibur.

" lagi 2 tiket ni kakak bagi y/n lah. Ajak lah sesiapa ikut sekali. Mina ke neena ke." kata kayoko sebelum terus menaiki tingkat atas.

Y/n yang masih terbaring di atas sofa itu merenung dua keping tiket itu.

Kakak dia ni taktahu ke yang dia bukannya ada ramai kawan pun.

Telefon didalam pokeg terus dikeluarkan. Tangannya laju bergerak di atas skrin telefon.

Y/n - yumiiiii yumi yumi yumiiiii (^o^)

Yumi is typing...

Yumi- ish kau kenapa ? Gila dah? :-\

Y/n - ish sampai hati kau...aku nak ajak pergi funfair. Jom! Jom! Mesti seronok. Aku dah ada satu tiket lebih ni ha jom, free je hehe.

Yumi is typing....

Yumi - gomen, y/n. Tak bolehla. Aku ada latihan untuk kuiz wakil sekolah sekarang ni.

Y/n mengeluh. Kenapalah yumi ni pandai sangat?? Katanya dalam hati.

Y/n - takpelah, yumi. Lain kali kita pergi sama sama :')

Usai menaip, dia mengambil bantal yang dipeluknya lalu terus membaling ke arah bangunan yang dicipta oleh dua orang adiknga itu

Habis hancur bangunan itu dibuatnya.

" y/n!!!!!" marah shoji. Si shiro pula sudah menangis melihat hasil mereka hancur.

Y/n tergelak jahat. " yelah yelah, meh y/n tolong." katanya menuju ke arah adik adiknya sambil tergelak jahat.

"eh salahla. Luna chan cakap yang ni kena letak dekat sini." marah shoji kepada shiro

Y/n yang sedang fokus membetulkan bangunan adik adiknya itu terus berhenti.

Telefon dipoket terus dikeluarkan.

Y/n - mitsuya

Mitsuya is typing..

Mitsuya - nande, y/n? :)

Y/n - aku ada tiket lebih untuk pergi funfair. Kau nak ikut tak?

Mitsuya - gomen, y/n. Aku kena jaga adik adik aku.

Y/n - adik adik kau boleh stay rumah aku. Bibik kat rumah aku boleh tolong jagakan.

Y/n tersenyum membaca jawapan mitsuya setelah dia memberi cadangan itu.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now