Noine

261 28 36
                                    

"ughhhh" y/n membuat suara menyampah. Sebab memang menyampah.

Tangan kanannya memegang sling bag nya yang disandang di bahu itu.

Dengan tidak teragak agak, sling bag yang dipegang nya dicampak pada muka hanma membuatkan lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah.

y/n cepat cepat mengambil semula sling bagnya Dan terus menuju pada luna Dan mana yang sedang seronok bermain itu.

"jom balik." katanya memegang tangan luna Dan mana lalu terus berjalan dengan tergesa gesa.

__________

" okairi." sapa mitsuya sebaik sahaja y/n tiba di rumahnya bersama adik adiknya.

Melihat itu, y/n cepat cepat menunduk meminta maaf. Dia tahu dia tidak sepatutnya keluar tanpa meminta Izin.

" mitsuya kun, gomennasai. Hontouni gomennasai." katanya.

" onii chan tadi kannnnn, ada lelaki seram ni kacau y/n chan.." kata luna. Tangannya memegang baju mitsuya erat.

Y/n pula masih diselindungi rasa bersalah kerana membawa adik mitsuya keluar tanpa kebenaran.

" siapa kacau kau? " tanya mitsuya memandang y/n yang masih lagi menunduk meminta maaf itu.

" gomennasai."

"y/n.. Cakapla. Siapa kacau kau?" tanya mitsuya.

Y/n yang menunduk itu mengangkat muka.

"entah la aku pun tak kenal dia. Gomennasai.. Gomen.." sekali lagi y/n meminta maaf.

" kalau kau kena kacau, lain kali call je aku,okay..?" kata mitsuya memandang y/n dengan wajah yang risau.

"aku okaylah." jawab y/n pula. Dia kemudian menuju pada dua adik mitsuya yang berada di sebelah mitsuya.

"y/n seronok jalan jalan dengan korang harini. Nanti kita jalan jalan lagi sekali, okay?" katanya mengusap usap rambut kedua dua mereka.

Pandangannya bertukar pada mitsuya. " aku balik dulu. Sekali lagi, gomennasai ne. Jaane!" katanya lalu terus berjalan keluar.

Sempat juga dia melambai lambai ke arah mereka.

Sedang dia membetulkan ikatan tali kasut di luar rumah mitsuya, dia baru tersedar yang sling bagnya tertinggal di dalam rumah mitsuya.

Baru sahaja dia mahu memasuki rumah mitsuya semula, lelaki itu terlebih dahulu keluar dari rumah sambil memegang bag miliknya.

"ariga-"

"jom."

Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, mitsuya memotong percakapannya.

"ha..?"

"aku hantar kau balik." kata mitsuya. Sling bag y/n digalasnya lalu terus menuju ke arah motornya.

" ehhh takpe, mitsuya." y/n sudah gelabah. Dia semakin berasa bersalah.

" takpe, lagipun aku risau kan kau." kata mitsuya memandang y/n.

Y/n cepat cepat mengelap mukanya tiba tiba. Sengaja kerana mahu cover mukanya yang tiba tiba kemerahan itu.
_____________

Keesokan harinya, di sekolah.

Usai menukar kepada baju sukan sekolah, dia terus keluar dari tandas itu

Langkahnya laju menuju ke padang sekolah.

Sesekala dia memandang 3 rakannya itu, Namun ketiga tiga mereka pasti akan menjelingnya sebelum berpura pura tidak mengenali dirinya.

Y/n mengeluh.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now