Sevon

247 28 40
                                    

" takpelah, y/n. Aku tak nak susahkan kau." kata mitsuya lagi.

Y/n mengangguk akur.

" tapi kitorang nak y/n San jaga kitorang! Bolehla... onii chan..." pujuk luna. Tangan mitsuya dipegangnya erat sambil matanya mendongak memandang mitsuya penuh simpati.

Mendengar itu, mitsuya tersenyum menggeleng perlahan memandang adiknya.

Pandangannya bertukar pula pada y/n di hadapan. Melihat mitsuya memandangnya, wajah y/n bersinar sinar.

" tak susah kan kau ke?" tanya mitsuya lagi.

Y/n menggeleng laju.

Melihat respon y/n yang begitu bersemangat itu mitsuya tergelak kecil sebelum mengangguk Setuju.

" hountouni...? Ehh.. Hontouni..?" tanya y/n tidak percaya.

Mitsuya mengangguk tersenyum.

" ahhhh!! Arigatou!!" y/n terlompat lompat riang. Tangannya dengan automatic memegang tangan mitsuya di hadapan sambil terlompat teruja.

Entah kenapa dia begitu teruja.

" gomennasai." kata y/n sebaik sahaja menyedari dia mengenggam tangan mitsuya sambil terlompat lompat macam kanak kanak ribena.

Mitsuya pula hanya tersenyum tanpa berkata apa apa membuatkan y/n rasa bersalah.

________________

Langkah y/n perlahan berjalan bersebelahan dengan 3 rakannya itu.

Ketiga mereka sedang rancak berbual. Terkadang sampai lupa mahu bergerak.

Tiba sahaja di kaunter makanan, y/n berjalan terus mengambil tray makanan meninggalkan 3 rakannya yang berjalan kalah siput itu.

Usai mengambil makanan serta air, dia terus menuju ke meja yang sering diduduki oleh mereka.

Dikira meja itu memang sudah dicop sebagai meja mereka setiap hari.

3 rakannya yang baru selesai mengambil makanan terus duduk di meja yang sama.

" aku rasa nak pergi shopping la petang ni. Y/n.. Ajak la Ryan sekali. Korang boleh pergi date." kata neena.

Matanya tidak memandang y/n sebaliknya fokus pada tray makanan miliknya itu.

" malas lah." jawab y/n. Kepala ya menggeleng laju.

Ketiga rakannya itu masih tidak tahu yang dia sudah putuskan hubungam toxic Ryan bersamanya.

" Ehh.. Ala jomlah, kau ni selalu tolak kalau ada Ryan sekali." pujuk minna pula. Makanan di hadapan diendahkan sebaliknya dia fokus melihat kukunya yang baru digilap di Spa itu.

Sekali lagi, y/n menggeleng. Dia tidak tahu mahu buat alasan apa.

" kau ni, jomla. Kenapa kau selalu tolak..? Kesian Ryan tau. " kata neena lagi. Kini matanya fokus memandang y/n dihadapannya.

Hana disebelah y/n pula hanya mengendahkan mereka menikmati  makanananya.

Y/n mengeluh.

"kalau aku cakap ni, korang jangan marah tau." kata y/n.

Mendengar itu, mereka bertiga terus teruja. Masing masing fokus memandang y/n.

Y/n menelan air liur sebelum terus berkata " aku dengan Ryan dah putus." kata y/n.

Hana yang sedang mengunyah makanan itu tersedak. Mata mina pula sudah terbeliak sementara neena pula tenang seperti biasa.

" nani?! Hontouni? Seriously, y/n...?" terlihat jelas wajah marah mina.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now