Bab 43

811 93 16
                                    

"DATO' Mahmud is out of our suspect list" suara Atif bergema ke segenap ruang bilik, menyentak keheningan. Kesemua mata terarah pada lelaki itu.
Perjumpaan sesama pegawai polis diadakan setiap hujung bulan bagi menyelesaikan kes khianat Keluarga Farhan dan Ayra ini. Segala bukti sabotaj dan beberapa saksi juga pernah tampil memberi keterangan.

"Why?" Tuan Faiz, Ketua Jabatan Penyiasatan Forensik yang turut sama turun padang mengambil bahagian dalam kes ini menyoal. Atif pandang wajah ketuanya sebentar sebelum dia kembali bersuara.

"Orang tua tu dan konco-konconya tertangkap seminggu yang lalu. Ada yang bocorkan rahsia tentang kegiatan gelap mereka. That man also been poisoned and warded for almost a month. Tak lama lepas dia sedar, kami terima panggilan misteri mengatakan bahawa Dato' Mahmud pernah ada sejarah gelap dalam pembunuhan secara bersiri. Adik beradik dan anak buah sendiri menjadi sasaran dan mangsa"

"Bila kami jalankan siasatan dan bercakap dengan budak-budak dia, semua mengalah dan mengaku ia benar dan tidak menafikan. Mereka pun ada sebut tentang sejak dua menjak ni, segala plan mereka sering disabotaj oleh orang luar dan selalu terima mesej amaran dari unknown. Jadi, bukan mereka sahaja menyasarkan orang malah mereka juga telah menjadi sasaran tanpa sedar"

"Boleh tengok dekat salinan gambar mesej-mesej amaran dalam fail tu"

Ruang bilik mesyuarat itu masih dalam dinginnya. Masing-masing menyelak salinan kertas kerja kes yang tersedia diatas meja. Desas desus bisikan ahli lain turut sampai ketelinganya.

Bangkai untuk tarik keluarga Faizal dan Anuar? Pathetic. Stop everything and live peacefully or die cruelly and tortured in grave.

"Jadi, suspect kita bertambah, kes semakin berpanjangan, masa masih berjalan dan kebenaran menunggu masa menampakkan bayang" Shahrul yang berada dihujung meja bersuara. Matanya jatuh pada Tuan Faiz yang kelihatan terkaku. Kemudian, pandangan mereka bersabung tatkala lelaki itu mengangkat pandangannya.

"So, Atif what's your thought this time?" Amri salah seorang rakan penyiasatannya menyoal.

"Dato' Mahmud yang kita target sebagai suspect utama cuba mensabotaj mangsanya which is keluarga Farhan dan Ayra ni, tetapi juga dibawah sedar sudah menjadi mangsa sasaran sabotaj seseorang yang mempunyai matlamat sama dalam menyasarkan dua keluarga ini"

"So, my thought is ....I don't think he's the only villain in this story"

•••

Terkebil-kebil mata kelabu itu memandang isterinya yang berada di dalam dakapan . Mulutnya separuh terbuka, matanya bersinar tetapi dalam pada masa yang sama kaku hendak mengeluarkan suara.

"Sayang... you're pr.. pregnant?" Bahu Ayra dipegang. Mereka sama-sama bangun mengahadap wajah satu sama lain. Soalan Farhan dijawab dengan anggukan. Ada segaris senyum bahagia dibibirnya. Leher Farhan dipeluk dan tidak berhenti mengucapkan tahniah pada lelaki itu.

Pelukan berbalas. Farhan sembam wajahnya pada bahu Ayra. Suaranya hampir sahaja tidak terkeluar. Teruja, sebak dan tidak percaya bercampur menjadi satu. Satu rasa yang tidak terungkap.

"Tahniah...dad to be"

Pelukan dileraikan. Wajah bercahaya Ayra dicekup dengan kedua belah tangan dan melabuhkan kucupan ke segenap wajah itu. Air mata lelakinya turun setitis seiring dengan tawa yang meletus dibibir itu.

"Thank you, sayang. Thank you" tangan teragak-agak naik menekap pada perut kempis isterinya. Ada khalifah kecilnya di dalam ini. Memiliki zuriat bersama Ayra, gadis yang dicintainya tidak pernah terlintas di kotak fikiran, semua terasa seperti mimpi. Hatta, buat memiliki gadis itu pun sudah terasa mustahil setelah apa yang berlaku tahun-tahun lalu, inikan pula merasa ada benihnya di dalam rahim itu. Ya Allah, aku lelaki paling bahagia.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now