0 1

276 42 35
                                    

•••

« yeena »

" Yeena-."

Suara panggilan itu seakan akan mendodoikan aku. Semakin dalam aku menjelajah alam mimpi dengan jayanya.

" Choi Yeena!" panggil seseorang dengan tegas.

Aku yang sedang terlentok terus berdiri tegak. Sikit lagi hampir terbalik meja yang aku sedang guna untuk tidur dek kerana terlalu kalut. Terasa berpasang pasang mata sedang memandang tajam ke arahku.

" Mengantuk lagi ye? Mesti penat study math semalam." sinis Cikgu Matematik perli aku.

Aku tersengih kerang busuk. Pipi mula terasa panas. Malu dibidas dengan ayat sebegitu. Kenapa garang sangat cikgu math aku harini? Biasanya baik hati biarkan aku tidur sampai habis kelas.

" Suara saem merdu sangat la ehee. Jeosonghaeyo." ucapku sambil menundukkan kepala.

Kedengaran suara pelajar lain ketawa membuatkan saem hanya menggelengkan kepala berkali kali. Sudah masak dengan perangaiku yang suka berloyar buruk. Asalkan markah matematik aku masih tip top, dia tak pernah denda aku.

" Pergi basuh muka!"

" Nae." tanpa menghiraukan mata mata yang sedang memerhati, aku terus melangkah keluar.

Selesai urusan aku di tandas, aku berjalan balik ke kelas dengan langkah yang perlahan. Sudah jadi habit aku bila keluar kelas , mesti sampai lambat. Siapa suruh benarkan aku keluar berjalan.

Pap!

Ya tuhan, aku dah jalan slow pun ada jugak orang gila langgar. Nasib baik aku tak tergolek ke lantai. Kalau tak maunya setahun tak datang sekolah sebab malu.

" Auch!" aku mengaduh. Tajam setan bahu dia. Lantas tangan naik mengusap bahu kanan. Mataku tertancap pada telefon berjenama Samsung sudah teelungkup di lantai .

" Heyy!" mulalah drama queen Choi Yeena beraksi.

Laju laju aku tunduk bagi mencapai telefon kesayangan aku. Ish- sayangnya, aku baru je beli bulan lepas, dah crack sikit screen! Dah la yang Z flip punya . Harga pun yahudi, ingat senang ke nak kikis duit abang aku yang kedekut tahi hidung masin tu?

" Heish, gila." aku terus bangkit dan memandang lelaki yang melanggarku. Sudah bersedia mahu berbalah di kaki lima koridor. Teringin nak cekik manusia yang melanggar aku ni. Butakah dia? Tolong aku bangun pun tidak!

Adab etika zero!

" Buta ke? Kau tengok pakai apa? Lutut? Ginjal? Ke kau takde mata?" soalku geram. Kedua tangan naik menyentuh pinggang.

Sempat lagi anak mata menganalisa wajah kacak milik lelaki itu. Salah satu hot items di sekolah yang boleh menggetarkan ovari setiap gadis, tetapi bukan ovari aku. Tajam aku lawan mata dengan Lee Hyunjae, budak kelas sebelah.

" So?" sepatah dia jawab. Sangat acuh tak acuh.

Aku ternganga. Mata turut sama membuntang, tak puas hati. Jawapannya memang mintak pelengkung menyinggah di kepala dalam kelajuan cahaya agaknya.

" So what kepala otak kau! Kau ingat telefon aku beli pakai daun kayu ke? Bayarlah balik apa yang kau buat ni!" pekikku bengang.

" Tinted aje tu. Kau nak memekak sangat kenapa? Takde duit ke nak beli sendiri?" jawapan lelaki itu benar benar membakar jiwa ragaku. Bagai api yang sudah marak, disimbah dengan gasolin.

" Hello Lee Hyunjae! Saya tak pakai tinted! Kau tengok la sial panjang mana kesan crack ni!" nadaku naik seoktaf. Ada pelajar yang mula jeling ke arah kami. Tetapi ada aku peduli?

Dia diam merenung aku tajam . Entah apa yang dia tilik aku pun tak pasti. Aku melayang layangkan telefon tersebut di wajahnya, cuba untuk sedarkan lelaki itu ke dunia realiti. Hyunjae hanya mengeluh dan cuba menyambung langkah.

Banyak cengkadak punya Hyunjae!

" Woi!" tiada pilihan, aku terus mencengkam lengannya. Kalau ikutkan hati, nak aje aku cakar lengan lelaki ini sehingga ke lapisan dermis terpaling dalam. Baru kau tahu penangan drama Choi Yeena bagaimana.

" Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi kan?" aku mengetap gigi. Mencerlung anak mataku memerhati iris milik lelaki itu.

" Pergi cari duit nak ganti phone kau la sayang." bisiknya sambil mengenyitkan mata.

Aku terpempan, bukan tergoda. Tetapi skala kemarahanku di tahap maksimum.

Selamba Hyunjae menepis cengkamanku lalu berjalan seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Aku buntangkan mata. Masih tak berpuas hati dengan tingkahnya. Setan punya perangai. Muka macam ni orang nak tu? Sangat redflag!

" Hyunjae, kau ganti balik!!" tempikku seperti orang gila. Cukup menggegarkan segenap penjuru.

Ya- sejak dari itu aku sudah tanam sedalam dalamnya rasa benci pada Hyunjae. Tiap kali kami bertemu aku akan pastikan bayang Samsung Z flip aku terpampang jelas di depan mata kepalanya.

You messed with the wrong girl Lee Hyunjae.

--❦︎--

« hyunjae »

" Hyunjae, kau ganti balik!!"

Tempikan nyarik Choi Yeena bagaikan instrumen indah di telingaku. Cara lidahnya menutur namaku cukup buatkan aku terbuai sehinggakan aku tidak dapat menahan senyuman dari terlorek di bibir.

Dengan selamba aku membuat isyarat melambai dari belakanb sambil melangkah. Biar makin histeria perempuan tu jeritkan nama aku, lagi aku suka!

Ahhhh! Indahnya di-notice oleh crush sendiri!

Memang aku sudah pasang niat mahu melanggar Yeena supaya dia ucapkan maaf kepadaku. Tetapi tak sangka pula lain jadinya. Tapi takpe, aku tak kisah. Siapa suruh berjalan sambil berkhayal. Jadi bukan salah aku sepenuhnya langgar Yeena secara sengaja.

You made me so high, babe.

•••

fanfic.Where stories live. Discover now