Part 1

39.2K 1K 52
                                    

Hanania melangkah kakinya dengan laju. Dia betul-betul dah lambat nak ke kolej.Entah macam mana dia boleh bangun lambat hari ni.Sedar-sedar dah pukul 9:30 pagi.Mesti teruk dia kena marah dengan Sir Adil ni.Lecturernya itu memang pantang orang masuk lambat kelasnya.

Setibanya di hadapan kelas,Nia berhenti seketika untuk mengatur nafasnya yang tercungap-cungap.Nia menarik nafas dan menghembuskan perlahan.Dia menolak pintu kelasnya itu.

"Assalamualaikum ,Sorry saya lambat ,Sir."Kata Hanania lalu menundukkan kepalanya tanda maaf.

"Waalaikumsalam.Haa Hanania, kenapa lambat datang hari ni??".Tanya Sir Adil tegas.

"Maafkan saya sir.Saya terlebih tidur."Kata Hanania.

"Disebabkan ini kali pertama kamu datang lambat saya maafkan .Lain kali tiada maaf lagi faham??Kamu boleh ambil tempat kamu."Kata Sir Adil.

"Terima kasih sir."Kata Hanania lalu mengambil tempatnya.

"Asal kau datang lambat hari ni ?.Nasib baik Sir tak marah."Bisik Sofea ,Sahabat baik Hanania.

"Semalam aku tidur lambat nak siapkan assigment.So terbangun lambat tadi.Tu yang lambat sikit datang kolej hari ni."Kata Hanania .

"Patutlah."

"Sshh.nanti Sir tengok kena marah pulak.Dah fokus."Kata Hanania.Dah la datang lambat pastu tak fokus pulak.Alamatnya kena baling dengan marker la.

Seusai habis kelas ,Hanania dan Sofea pulang ke rumah sewanya.Mereka berkongsi duit untuk bayar sewa rumah mereka.

Sofea menawarkan duduk di rumah ibu bapanya pada Nia tapi Nia menolak.Sofea boleh dikatakan anak orang berada jugak la Cuma sahabatnya tidak sombong dalam memilih kawan.Sofea ikhlas berkawan dengan Nia.Nia juga senang berkawan dengan sahabatnya yang sentiasa ada dikala susah dan senang.

"Nia..esok aku nak balik rumah mummy aku.Kau nak ikut tak??".Tanya Sofea.

"Hish buat apa aku nak ikut kau.Tak nak lah aku."Kata Nia.

"Alaa..apa salahnya.Jom la ikut aku.Lagipun mummy aku pun rindukan kau tau."Hanania memang rapat dengan keluarga Sofea.Keluarga Sofea juga baik dan melayannya seperti anak sendiri.

"Aku pun rindu jugak Cuma aku banyak kerja nak siapkan.Takut tak sempat siap nanti kena marah.Haa kau nak bertanggung jawab ke."Kata Nia.

"Ala..kita bukannya nak tidur sana , kita pergi jenguk mummy je.Boleh la..please".Sofea membuat muka comelnya.

"Haihs ye la yelah..Selalu je buat muka comel.Ingat comel ke."Kata Nia.Menyampah pula dengan sahabatnya ini.

"Comel apa.Kalau tak ,kau takkan setuju kan.Haha".Kata Sofea.

SKIP.

Seorang lelaki berhood hitam berserta jaket nipis berjalan menuju ke sebuah tempat yang agak gelap dan jauh dari pandangan manusia.

Lelaki tersebut memetik lighter ditangannya dan menyalakan rokok di mulutnya.Asap yang keluar dari mulutnya menambahkan lagi perwatakan bad boy.

"Raff..Nah budak yang kau nak..."Kata seorang lelaki yang menolak lelaki yang diikat tangannya dibelakang .

Raff memandang atas bawah budak tersebut dan mengukirkan senyuman sinis dibibirnya.

Lelaki yang sangat dibencinya.Lelaki yang rampas semuanya dari dia.Lelaki yang merampas kebahagiaanya.

"Imran..imran ..imran..".Raff menghampiri lelaki itu dan mendekatkan wajahnya pada Imran.

"R-Raf...a-aku..min..minta..ma-maaf..".Kata Imran tergagap.Lihat muka Raff itu sudah cukup buat dia kecut perut.

Raff tiba-tiba tergelak besar dan memandang Imran itu.

"Minta maaf??HAHAHA...Weh kau dengar tak Ris??Laki ni minta maaf."Kata Raff pada Haris,lelaki yang membawa Imran pada Raff tadi.Haris juga ketawa dan mengangguk.

"Kau tahu tak apa salah kau sampai dengan mudahnya kau nak minta maaf??".Tanya Raff.

Imran menunduk dan memejam mata.Tak sanggup rasanya nak pandang wajah Raff.

Raffael rasa geram dan marahnya membuak-buak melihat Imran hanya menunduk dan diam.

Raffael menendang perut Imran dengan kuat.

"KAU DENGAR TAK AKU TANYA NI SIAL?!!".Raffael mencengkam muka Imran yang menahan kesakitan kerana ditendang Raffael.Air mata Imran laju mengalir.

"A-aku min..minta ma..maaf..Raff..A..aku ta-tahu a..aku salah..".Kata Imran menahan sakit.

Sekali lagi Raffael menendang perut Imran.

"Kau tahu tak..sebab mulut kau ni..Aku kena marah dengan bapak aku.KAU TAHU TAK??!!".Jerit Raffael dan menumbuk muka Imran.

FLASHBACK

Raffael masuk bilik papanya dan membuka laci.Dia tahu papanya selalu simpan duit dekat sini.Sebaik saja dia buka laci ,dia nampak banyak duit.

"Kau kedekut sangat kan nak bagi duit dekat aku.RM 5000 sebulan kau ingat cukup.".monolog Raff.

Namun tanpa sedar ,ada seseorang yang memerhati gerak gerinya iaitu Imran.Imran merupakan adik tirinya.

Imran memberitahu ayahnya tentang Raff mengambil duit papanya.

"Raffael...duduk sini.Papa nak tanya kamu something..".Kata Dato ' Ghazali dingin.

Raffael yang baru sahaja ingin keluar terhenti langkahnya.

"Apa dia??Raff nak cepat ni."

"Mana duit papa??".Tanya Dato' Ghazali.

"Duit apa??".Kata Raff pura-pura tak tahu.

"Kamu ingat papa tak tahu??Kamu ambil duit papa dalam laci tu kan??!!"Marah Dato ' Ghazali.

"Duit apa???Raff mana ada ambil apa-apa..."Dalih Raff lagi.

Dato' Ghazali menghampiri Raff dan menumbuk Raff hingga Raff terduduk di lantai.

"Kau tak nak mengaku lagi ke??Imran cakap yang dia nampak kamu ambil duit papa dalam laci!!!".Marah Dato' Ghazali.

Raff mendecit dalam hatinya.Tunggulah nasib kau.

Raff bingkas bangun dan mengeluarkan duit yang diambilnya tadi.

"Ni...Ambik lah kau."Raff melempar duit itu depan muka papanya sendiri.

"BIADAP!!!".Baru sahaja papanya ingin menumbuknya .Raff terlebih dahulu menghalangnya.

"Aku jadi macam ni sebab kau!!!Kalau kau tak kahwin dengan betina tu and wujud budak lembap tu, Mama takkan mati.Kau punca kematian mama aku!!!".Kata Raff dan berlalu pergi.

END FLASHBACK

"Tapi..tu..sa..salah..kau..Kau yang..ambik duit tu."Kata Imran.

"Salah tak salah tu aku punya masalah.Yang kau bodoh sangat pergi bagitahu papa aku kenapa??!!Kau memang dasar lelaki tak guna.Kau buat macam tu supaya papa aku makin sayang kat kau and dia akan bagi kau ambik alih syarikat dia kan.Kau ingat aku tak kenal orang macam kau."Kata Raff.

"Raff..aku..tak..ber..niat macam tu pun."Kata Imran.

Tanpa banyak cakap ,Raff menendang ,memukul dan menumbuk Imran sampai lemah Imran.

"Kau ingat eah..Kalau kau bagitahu papa aku yang aku buat kau mcam ni.Kau jangan harap kau boleh tengok dunia lagi esok."Bisik Raff pada Imran lalu meninggalkan Imran yang lemah akibat dipukul Raff.

Raff meninggalkan tempat itu dengan kereta BMW hitamnya.

Imran dengan Salina adalah mimpi ngerinya.Kehadiran dua manusia tu dalam hidupnya membuatkan Raff berubah menjadi seorang yang jahat.

TBC

HYE READERS.SO HOW PART 1 NI??OK TAK?GUYS PLEASE JANGAN LA DIAM JE.I NEED YOUR COMMENT UNTUK TAHU STORY AUTHOR NI OK KE TAK.MANA TAHU AUTHOR BOLEH IMPROVE LAGI KE KAN >3.

#VOTENCOMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now