PART 19

12K 607 3
                                    

Hanania menikmati makan tengah hari di rumah Kak Nora.

"Sedapnya Kak Nora masak.." puji Hanania.

"Haa kalau sedap tambah la lagi. Banyak lagi lauk tu." Kata Kak Nora.

"Assalamualaikum." Seorang lelaki dalam 40 an memberi salam.

"Waalaikumsalam. Abang dah balik. Haa tengok sape yang datang bang.." kata Kak Nora.

"Eh Hanania kan. Anak arwah abang Man?". Tanya suami Kak Nora.

"Haah. Ingat lagi Pak Mail dekat Nia kan.". Kata Nia.

"Hish kamu ni. Takkan lah Pak Mail lupa. Lepas mak ayah kamu meninggal Pak Mail dengan Kak Nora kamu ni dah anggap macam anak sendiri." Kata Pak Mail.

"Hehe..Nia gurau je. " Kata Nia. Nia memang seorang yang ceria dan mudah mesra dengan orang.

"Eh ni , tadi Pak Mail nampak ada kereta dekat dengan rumah kamu. Kawan kamu ke?".  Tanya Pak Mail.

"Kereta?? Kereta apa Pak Mail?". Tanya Hanania.

Takkan lah Sofea pula yang datang. Kalau betul Sofea , kenapa minah tu takde cakap apa pun.

"Entah lah. Tapi mewah kereta tu. Maklumlah Pak Mail ni Orang kampung , tak kenal kereta mewah mewah ni." Kata Pak Mail merendah diri.

"Eh Pak Mail ni. Apa cakap camtu. Sama je orang kampung ke orang bandar." Kata Nia.

"Pak Mail kamu tu memang macam tu. Rendah diri je memanjang. " Sampuk Kak Nora.

Hanania tersengih.

"Perempuan ke Pak Mail?" Tanya Nia tentang orang yang Pak Mail nyatakan tadi.

"Lelaki. Handsome betul orangnya." Kata Pak Mail.

Hanania bertambah hairan dan sedikit terkejut.

"Lelaki??". Tanya Nia dan Pak Mail mengangguk.

"Bakal suami kamu ke Nia..Amboii diam diam berisi ye. Tak de pulak kamu cerita pasal lelaki tu dekat Kak Nora tadi." Kata Kak Nora menyakat.

"Eh takde lah akak. Jauhnya bakal suami boyfriend pun Nia takde kak.". Nafi Nia.

"Ye ye la tu. Kalau betul pun apa salahnya. Boleh juga Kak Nora merasa nasi minyak kamu Nia.". Usik Kak Nora lagi.

Hanania memang dah faham sangat Kak Nora ni. Suka betul menyakatnya. Kalau di KL Sofea , Kalau di kampung pula Kak Nora.

Tapi dia bersyukur kerana di sekeliling nya , ada yang masih menyayanginya dan menceriakan hari nya.

Seusai menolong Kak Nora mengemas selepas makan tengah hari , Nia meminta diri untuk pulang.

Hanania melangkah masuk ke rumahnya.

Selepas membersihkan dirinya , Hanania ke ruang tamu untuk menonton TV. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

"Perasaan aku je kot. Maybe sebab aku duduk sorang dekat rumah yang dah lama tak berpenghuni so maybe sebab tu aku rasa camni. " Hanania menyedapkan hatinya.

Dia cuba untuk fokus dengan cerita yang ditayangkan di TV untuk menghilang kan permainan perasaan nya.

Tiba-tiba , Hanania merasakan ada seseorang di belakang nya namun dia tidak mempunyai keberanian untuk menoleh.

Dia cuba mengawal dirinya dan bertindak biasa. Namun dia tak mampu menahannya dan mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang.

Sebaik sahaja dia menoleh , Hanania menjerit. Namun pantas mulutnya ditekup dengan tangan.

Disebabkan Hanania berada di Sofa , lelaki itu menjatuhkan badan Hanania. Hanania berada di bawah dan lelaki itu berada di atas Hanania.

Mata Hanania bertentang mata dengan lelaki itu. Jantungnya juga turut menggila memandang mata tersebut.

"Kalau aku lepas , kau jangan jerit. " Kata lelaki itu.

Perlahan-lahan tangan lelaki itu melepaskan tekupan di mulut Hanania.

Sebaik sahaja tangan itu dilepaskan , Hanania mengambil nafas.

Hanania menolak kasar tubuh lelaki itu.

Dia bingkas bangun dan cuba larikan diri namun lelaki itu mencapai tangan Hanania dan menolaknya ke dinding.

Hanania berada di tengah-tengah. Raffael  menyandarkan tangannya ke dinding dan tangannya sebelah lagi memegang bahu Nia.

"Awak nak apa?? Macam mana awak boleh masuk rumah saya?? And macam mana awak boleh tahu saya dekat sini ?? Awak follow saya ke?? Wait..lelaki yang dalam kereta tu awak ke?? ". Bertalu-talu soalan yang dilontarkan Hanania.

"Kau ni kan dari 3 bulan lepas sampai sekarang memang tak berubah. Sama je banyak tanya. Yes. Lelaki dalam kereta tu aku. " Kata Raff.

Hanania mendengus. Dia cuba menolak tubuh Raff tapi apakan daya kudrat nya untuk menolak tubuh sasa Raff.

"Look. I have something to tell you. Kau dalam bahaya kau tahu tak??". Kata Raff.

"Dalam bahaya?? Apa awak mengarut ni. Awak tahu tak saya dalam bahaya bila awak muncul dalam hidup saya. Sejak awak datang dalam hidup saya , macam-macam bahaya yang datang dekat saya." Kata Nia.

Raff mengeluh halus. Ada benarnya kata gadis ini.

"Because that kau kena kahwin dengan aku." Kata Raff.

Mata Hanania meluas. Tak percaya dengan apa yang didengarnya. Gila ke apa lelaki ni.

"What?!! No way!! Kenapa pulak saya nak kena kahwin dengan awak?!". Marah Nia.

"Sebab kau akan selamat kalau kau kahwin dengan aku." Kata Raff.

"No!!! Saya takkan kahwin dengan awak!! Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya , takkan la nak kahwin?".  Tanya Hanania. Sah otak laki ni mereng.

"Kalau kau tak nak mati kau kahwin dengan aku. " Paksa Raff.

"Awak ni kenapa?!! Paksa-paksa orang macam ni. Dah la ceroboh rumah saya lepastu  paksa saya kahwin dengan awak pulak. Dah tak betul ke otak awak  tu!!". Kata Nia.

Raff menghentak tangannya dengan kuat dan menyebabkan bahu Hanania terangkat kerana terkejut.

"Apa yang susah sangat kau nak faham ni?! Kalau kau terus hidup macam ni , kau akan mati kau faham tak?!!". Marah Raff.

Hanania masih lagi terkejut. Kenapa lelaki ni nak kena marah dia. Sepatutnya dia yang marah Raffael.

"Awak bukan tuhan untuk tentukan hidup mati saya!". Hanania masih lagi melawan walaupun ada getar dalam suaranya.

"Listen here girl..if you don't marry me someone will come to kill you. But
If you marry me he will never dare to touch you. Understand?".  Kata Raff dengan suara halus.

Hanania menghadam kata-kata Raff. Dia masih lagi tak faham kenapa ada orang nak bunuh dia. Dia ada buat salah ke??

TBC

JANGAN LUPA RAJINKAN TANGAN UNTUK VOTE AND KOMEN 🌹

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now