PART 3

16.8K 926 27
                                    

Hanania dan Sofea melangkah masuk dalam Shopping Mall namun langkah mereka terhenti.

"Ehh babe jap..aku tertinggal phone aku dalam kereta la. Kau naik dulu boleh ?".Kata Sofea.

"Kau ni macam-macam laa. Haa cepatlah pergi. Aku naik dulu , jap lagi aku chat kau aku tingkat mana." Kata Nia.

"Okk..". Sofea pun berlalu pergi menuju ke tempat parking kereta.

Hanania menyambung langkahnya dan menekan butang lif.

Nia masuk dan baru sahaja dia ingin menekan butang lif untuk ke floor atas , seorang figura menahan pintu lif dan masuk.

Nia agak terkejut namun dia buat selamba je. Nia menekan butang G3.

Keadaan dalam lif itu agak janggal dan senyap.Nia dapat melihat dari ekor matanya yang lelaki itu berdiri dekat  sebelahnya tapi takde lah dekat sangat. Sejujurnya Nia rasa gugup tapi dia cuba kawal dirinya.

Tak pernah dia duduk dengan lelaki dalam lif berdua macam ni.

Tiba -tiba lif terhenti.

Nia tersentak.

"Kenapa pula dengan lif ni...". Desis Nia dalam hati.

Nia menekan kembali butang G3 tapi tak jadi apa-apa.

"Kau tekan la seribu kali pun lif ni takkan bergerak. "Kata lelaki itu. Nia memandang lelaki itu.

Handsome. Perkara pertama yang terlintas dalam hatinya.

"Habis tu macam mana ni??". Tanya Nia.

"Macam mana apa..tunggula orang bukakan pintu lif ni untuk kita.". Kata lelaki tu.

Nia mengeluh. Banyak ii hari kenapa la hari ni jugak lif ni nak rosak and kalau ye pun kenapa dia kena terperangkap dengan seorang lelaki.

Macam mana kalau lelaki ni jahat and buat benda tak baik untuk dia. Nia menggelengkan kepalanya laju.

"Jauhnya kau fikir Nia.."Katanya dalam hati.

"Kau fikir apa??". Tegur lelaki itu membuatkan Nia tersentak.

"Mana ada fikir apa-apa". Kata Nia.

"Are you sure...??". Tanya Raff dan memandang wajah Nia.

"Yeah sure. Kenapa tanya camtu?". Tanya Nia. Dia rasa something dengan lelaki ni. Aura jahat.

Boleh tahan lawa jugak minah ni. Desis Raff. Timbul idea nakalnya untuk menyakat gadis dihadapannya.

"Well..kau perempuan and aku lelaki terperangkap dalam lif ni berduaan camni..." Kata Raff dengan suara menggoda.

"S-So...??". Tanya Nia. Rasa bodoh pula tanya camtu. Dia dapat rasakan lelaki ni memaksudkan sesuatu yang lain.

Dari pandangan lelaki itu membuat dia rasa gugup. Kalau dia jerit bukannya ada orang. CCTV pun xde dalam lif ni.

"So...kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam aku dalam lif ni ? ". Kata Rafael sambil mengangkat sebelah keningnya dan mengukirkan senyuman nakal di bibirnya.

Hanania menelan air liur.

" A- Apa maksud awak ?? awak lelaki macam mana ?". Tanya Hanania cuak.

Rafael mendekatkan wajahnya  pada wajah hanania dan membisikkan sesuatu.

Hanania memalingkan wajahnya. Dari tepi dia dapat rasa nafas lelaki ini menampar halus pipinya. Jantung tak yah cakap , rasa nak melantun keluar dari badannya.

" Bad boy". Bisik Rafael dengan suara menggoda.

Raff menghidu haruman di tubuh gadis itu. Haruman itu betul ii membuat nya terbuai.

Hanania menolak kasar tubuh lelaki itu. Dadanya turun naik kerana nafasnya yang tidak teratur.

Aura lelaki ini betul-betul kuat. Dia hampir cair dengar suara lelaki ini.

"Jangan Nia..jangan.. control yourself". Getusnya dalam hati.

" Hahaha...comel la kau ni. Gertak sikit pun dah menggelabah. " Kata Raff.

Hanania memandang tajam lelaki itu.

" Kalau awak buat lagi saya report polis." Kata Nia tegas.

"Uwu...takutnya saya.." kata Raff seperti mengejek.

"Saya tak main-main. So jarakkan diri awak dengan saya sampai diorang bukak lif ni." Arah Nia.

"Whatever..kau ingat aku hadap sangat kau. Not my taste." Kata Raff.

Kata-kata Raff membuat Nia tersentak. Berani betul lelaki ni pandang rendah pada dia.

Nia bersandar di dinding. Malas layan lelaki camni.

Lama lagi ke nak siap baiki lif ni. Desis Nia.

"Btw apa nama kau??". Tanya Raff.

"Takde nama." Jawab Nia dingin.

"Owhh..cantik nama kau. Takde nama. Nama yang unik. Tak pernah aku dengar nama tu.". Perli Raff.

Nia mencebik. Sah otak dia ni tak betul.

"Nama aku Aydan Raffael. Panggil Aydan." Kata Raff.

" takde sape tanya." Kata Nia.

"Sukati aku la..aku nak bagitahu jugak." Balas Raff pula.

Kalau berlawan mulut dengan lelaki ni memang ke sudah tak habis.

Hampir setengah jam , tapi lif masih lagi tak terbuka. Hanania hampir kehilangan oksigen dan sukar bernafas.

Peluh pun telah membasahi tubuh nya.
Raff yang melihat keadaan gadis itu mula terbit risau.

Entah kenapa dia tertarik dengan gadis ini sejak dari mula-mula dia masuk dalam lif tadi.

"Kau ok ke??". Tanya Raff.

Hanania mengangguk.

"Are you sure?? Kau nampak tak okay je. "Kata Raff. Dia tak buta lagi. Wajah gadis kelihatan pucat menandakan gadis itu tak ok.

"Sa..saya tak boleh bernafas.." kata Nia tersekat.

Raff mendekati gadis itu dan menyelak rambut yang menutup sebahagian mukanya.

Dia nampak gadis itu seperti  kesesakan nafas.

"Lama gila diorang buat kerja. Apa yang lama sangat nak bukak pintu lif ni.". Marah Raff.

"Kau boleh bertahan lagi tak??". Tanya Raff risau.

Hanania mengangguk. Dia tak mampu bercakap. Dadanya rasa sesak sangat. Tangannya cuba mencapai sesuatu dalam handbangnya.

Raff perasan Nia ingin mengambil sesuatu lantas menanya Nia.

"Kau nak ambil apa??". Tanya Raff dan mencapai beg Nia.

"A-Air...". Kata Nia lemah.

Raff membuka beg dan mengambil air dalam beg Nia. Dia membuka penutup dan menyuakan air secara perlahan pada Nia.

"Kau rasa ok sikit ke??".

"Ok sikit..A-awak ok ke? Muka awak dah banyak berpeluh. Muka awak pun nampak pucat.". Kata Nia.

"Kau tak yah kisah pasal aku..Aku ok je. Kau kena kisahkan pasal diri kau sendiri. Kau boleh bertahan tak. Aku rasa tak lama dah pintu ni nak terbukak.". Kata Raff.

" Boleh kot. ".

Raff menyandarkan kepala Nia pada bahunya.

Pertama kali dia rasa seseorang melindungi dia seperti ini. Ternyata lelaki ini bukanlah seperti yang disangka seperti awal-awal tadi.

Yeah..laki ni agak nakal sikit tapi lelaki ni risaukan dia walau pertama kali mereka berjumpa.

Semakin lama matanya semakin berat dan pandangannya semakin pudar.

"Wei.. please bertahan weh..jangan tutup mata tu." Kata Raff dan Nia dapat menangkap suara Raff sebelum semuanya gelap.

TBC

READERS YANG CANTIK II 🥰HANDOME II🥰 JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN YE🥺🌹. KALAU TAK AUHTOR LAMBAT UPDATE YANG NEXT PART☺️




Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now