PART 9

13.4K 632 11
                                    

Hanania baring atas katilnya. Kejadian sebentar tadi , masih bermain di fikirannya.

Kenapa setiap kali dia dalam kesusahan lelaki tu muncul macam malaikat yang sentiasa melindungi dia.

Itulah dinamakan lelaki kiriman tuhan Hanania. Bisik hati kecilnya.

Lelaki itu betul-betul buat otaknya tak betul. Wajah tampan lelaki itu dan yang membuat nya terpersona ialah haruman yang melekat pada lelaki itu.

Entah mengapa dia rasa selamat bila berada dalam dakapan lelaki itu tadi.

Hanania memegang dadanya. Masih laju degupan jantung nya setiap kali lelaki itu menerpa di fikirannya.

"Hanania Qistina!!!". Jeritan Sofea menyentakkan lamunan indah Hanania.

"Kau ni dah kenapa jerit-jerit malam buta camni. Tak de kerja ke apa?". Bebel Nia. Suka betul Sofea ni kejutkan dia.

Kalau dia ada penyakit jantung dah lama jadi arwah.

"Kau la yang kenapa? Termenung pastu senyum sorang-sorang. Tak betul ke apa?". Sofea duduk bersila atas katil Nia menghadap Nia.

"Bila masa pula?". Dalih Nia.

"Eh..eh..dia ni. Tak nak mengaku pulak. Beb..kau kenapa? Sejak dua menjak ni kan aku tengok kau ni lain macam je.". Kata Sofea.

"Apa yang lainnya? Sama je aku rasa." Kata Nia.

"Lain ok..kau ni macam orang mabuk bercinta." Kata Sofea.

"Dah mula dah..asyik termenung je kau kaitkan pasal cinta. Apa kes kau ni?". Kata Nia.

"Beb..kau sebenarnya kan dah jatuh cinta dengan someone en??". Tanya Nia seperti menduga Nia.

"No!! Stop it Sofea!! Aku nak tidur!". Nia menarik selimutnya.

"Aaaa... bagitahu la sape laki yang dah curi hati kau tu... Cepat la.." Sofea menarik balik selimut dan memaksa Nia untuk bangun.

"Hish bising la kau ni. Aku ngantuk." Nia menarik selimut itu dan bermula lah aksi tarik menarik selimut.

"Bagitahu la aku...sape yang dah buat kawan aku ni cair. Sape lelaki yang beruntung tu..". Tanya Sofea.

Akhirnya Nia bangun juga dan menghadap Sofea yang teruja menanti jawapan darinya.

"Kau nak tahu sangat kan?". Tanya Nia.

Sofea mengangguk laju.

"Laki tu...".

Sofea menanti dengan penuh sabar.

"Ok bye aku ngantuk. "Kata Nia dan menutup dirinya dengan selimut.

"Hanania!!". Sofea memukul Nia yang berselubung dalam selimut.

Tapi Nia langsung tidak berkutik dari tempatnya.

"Jahat la Kau ni!! Tak nak kawan!!". Kata Fea dan membuat suara merajuk.

Sofea akhirnya putus asa dan keluar dari bilik Nia. Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup ,Nia membuka selimutnya dan tersenyum.

"Sorry Fea.." Bisik Nia.

***********************************
Imran bersandar di kerusi nya menanti khabar dari anak buah nya.

"Bos..kami dah jumpa Raff." Kata anak buah nya.

Imran bingkas bangun sebaik sahaja mendengar berita itu.

"Bagus. Mana budak tu tingggal?". Tanya Imran.

"Dekat Jalan 4 , kondominium  Permai."Kata anak buahnya.

"Hahaha situ rupanya mamat tu tinggal. Boleh tahan mewah gak tempat tinggal kau eah." Monolognya.

"Ada satu lagi berita bos." Kata anak buahnya.

"Berita apa??". Tanya Imran.

"Hari tu kitorang ada nampak dia dengan sorang perempuan ni. Kami syak mungkin tu girlfriend dia." Kata anak buahnya.

"Girlfriend?? Korang biar betul. Mamat tu anti perempuan tho. Mana ada girlfriend." Kata Imran hairan.

Setahunya Raff tak pernah ada affair dengan mana-mana perempuan. Anti perempuan dikatakan begitu.

"Sebenarnya kami tak pasti perempuan tu girlfriend dia ataupun tak. Tapi semalam Raff ada selamat kan perempuan tu dari kena rompak.". Terang anak buahnya.

"Hmm..Raff bukan jenis orang yang baik hati sangat nak tolong orang ni lagi ii perempuan. So kenapa dia tolong perempuan tu. Interesting."

Imran tersenyum. Nampaknya gadis itu pasti penting untuk Raff.

"Aku nak kau siasat pasal perempuan tu.". Arah Imran.

"Baik bos." Anak buahnya menunduk dan terus beredar dari situ.

"Nampaknya aku dah jumpa kelemahan kau Raff." Kata Imran.

Kalau betul perempuan tu girlfriend Raff, dia boleh mengambil kesempatan dengan gunakan perempuan tu sebagai kelemahan.

Skip

Raff memandang kosong luar balkoninya.

Hanania. Entah kenapa setiap kali dia menyebut nama itu , jantung nya berdegup laju.

Gadis itu mempunyai sesuatu yang menarik perhatian nya. Dia sendiri tak pasti apa tapi gadis itu membuat dia rasa tenang setiap kali dia memandang nya.

Namun dia menepis perasaan nya. Dia malas nak melayan perasaan yang entah apa.

Baginya , cinta hanya akan membuatkan seseorang lemah dan bodoh je.

"Huh.. cinta sejati tak pernah wujud. Semua tu cuma mitos je. " Monolognya.

"Sape kata?". Suara seseorang menegur Raff.

Raff berpaling dan melihat seseorang yang selama ini dia anggap macam mak sendiri.

"Eh Mak Som.". Raff menghampiri Mak som.

Mak som ialah orang gaji keluarganya dulu namun selepas Mama Raff meninggal Mak Som berhenti kerja.

Bukan berhenti tapi diberhentikan oleh Datin Salina. Jadi Raff mengambil Mak Som bekerja dengannya.

"Sape kata cinta sejati tak wujud. Cinta sejati wujud kalau kita berjumpa dengan orang yang tepat." Nasihat Mak Som.

"Ye lah Mak Som." kata Raff.

Mak Som menggelengkan kepalanya.

"Dah meh makan. Mak Som dah siapkan makanan." Kata Mak Som.

Raff mengangguk.

"Dah jumpa yang berkenan ke?". Tanya Mak Som.

Raff memandang hairan. Tak faham dengan soalan Mak Som.

"Apa maksud Mak Som.Berkenan apa?". Tanya Raff.

"Bakal suri hati Raff la." Kata Mak Som dan mengukirkan senyuman penuh makna.

"Hish Mak Som ni. Tak jumpa lagi. Maybe jodoh tak sampai lagi kot." Kata Raff.

"Tak sampai lagi ke atau buat-buat tak nampak. Macam la Mak Som tak tahu ramai perempuan tergilakan kamu. Takkan sorang pun takde yang berkenan."

"Diorang tu propa je lebih. Not my taste." Kata Raff.

"Haih ye la. Cakap ngan kamu bukan menang pun. Ada je alasan.". Kata Mak Som dan berlalu pergi ke dapur.

Wajah Hanania kembali menerpa fikirannya.

"Argh..kau kenapa Raff. " Monolognya. Geram dengan dirinya yang asyik teringat pasal Hanania.

TBC

#VOTE
#COMMENT
*SORRY TAK BEST.. AUTHOR HILANG IDEA😭😭


Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now