PART 4

16.5K 758 27
                                    

Pintu lif akhirnya terbuka. Namun Nia sudah pengsan. Raff mencempung tubuh Nia.

"Korang buat kerja camne hah?? Lama gila nak bukak pintu lif.". Marah Raff pada staff yang membaiki lif.

"Hanania!!". Jerit Sofea dan meluru kearah Raff dan Nia.

Hanania dibawa ke hospital untuk pemeriksaan detail.

"Kau sape?". Tanya Raff pada Sofea.

"Saya best friend dy..awak pulak sape?". Tanya Sofea pula.

Tanpa menjawab soalan sofea ,Raff berlalu pergi macam tu sahaja.

"Dia tegur aku dia pula palau aku." Bebel Sofea.

Hanania membuka matanya , namun kerana silau dengan lampu dia menutup kembali matanya.

Dia membuka matanya secara perlahan-lahan. Tempat ini sangat asing baginya.

Hanania melihat sekelilingnya dan memandang tangannya yang bersimpul dengan wayar.

Otaknya kembali mengimbau apa yang terjadi.

" Nia...". Hanania berpaling mendengar suara Sofea.

"Sofea..".

"Kau ok ke?? Kau tahu tak risau gila aku bila kau terperangkap dalam lif tadi. Kenapa aku call tak angkat. " Kata Sofea sedih.

"Jangan la risau.. aku ok je. Aku off phone, lupa nak on kan time dalam lif tu. Tak yah la nangis , aku tak mati lagi haha."kata Nia.

Sofea menampar halus lengan Hanania.

"Tak yah la cakap pasal mati-mati ni. Tak suka laa..". Sofea memuncungkan mulut nya tanda merajuk.

Hanan tergelak kecil. Sahabat nya ni manja betul.

"Buruk la kau buat camtu. Tak comel."kata Nia menyakat Sofea.

"Biarlah..eh btw sape nama laki handsome yang terperangkap sama  ngan kau tu. Ni kau lupa nak on fon sebab mamat tu kan.. " Tanya Sofea.

Hanania baru teringat tentang lelaki ' bad boy ' tu.

"Ehh dia ok ke?? Mana dia??". Tanya Nia. Sebelum dia pengsan dia tahu lelaki itu juga macam tak ok.

"Amboii, See. Ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku ke??". Sakat Sofea.

"Kau ni memang otak tu tak boleh positif sikit ke. Aku risaukan dia sebab dia pun duduk sama ngan aku. Mana la tahu dia pengsan ke sesak nafas ke apa.." terang Nia.

Sofea tergelak.

"Haha..dia ok je. Tadi aku tanya dia sape tapi dia blah camtu je. Sombong. Harap  muka je handsome." Bebel Sofea.

"Laki tu memang camtu. Mula- mula memang sombong tapi caring.". Kata Hanania dan teringat akan peristiwa dalam lif.

Dimana lelaki tu mendekati dia secara dekat. Haruman lelaki itu masih terbayang di ingatannya.

Lelaki itu mengambil berat pasal dia walau baru pertama kali berjumpa. Teringatkan tentang itu , Hanania tersenyum sendiri.

"Lain macam je kau ni. Kau dah jatuh cinta dengan dia ke apa?". Tanya Sofea.

"Mengarut je kau ni. Jatuh cinta apanya. Nama dia pun aku tak tahu. Aku cuma cakap dia caring je sebab dia tolong aku masa dalam lif." Kata Nia.

"Ye ye la kau. Habis tu senyum-senyum tu kenapa? Cakap la kau jatuh cinta pandang pertama. " Sakat Sofea lagi

"Kau kan ada je nak kenakan aku kan. Takkan baru jumpa aku dah nak jatuh cinta. Lagipun aku pun tak tahu dia tu baik ke tak." Kata Nia mempertahankan dirinya.

" Takkan la kau sikit pun tergoda dengan laki tu. Mamat tu hensem nak mati." Kata Sofea.

"Dah..dah..malas aku layan kau. Ni daripada kau mengarut entah apa better kau pergi beli air untuk aku. Aku haus." Arah Nia.

Lagi lama dia layan Sofea ni lagi kuat Sofea menyakatnya.

"Dasar..nasib baik kau sakit kalau tak memang aku dah malas nak pergi beli air untuk kau. " Kata Sofea

"Haha..dah pergi cepat. Kesian akuu haus." Kata Nia dan membuat muka comel.

Sofea menggelengkan kepalanya dan pergi beli air.

Sebaik bayang Fea hilang..Hanania mula teringat tentang lelaki tu.

Tak dinafikan muka lelaki tu handsome sangat. Macam ada kacukan English camtu.

Suara pula macho gila , lagi-lagi time dia bisik dengan nada menggoda camtu. Memang nak gugur jantung nya.

Tapi satu je lelaki tu macam ada aura lain macam. Dari pakaian lelaki itu ,dia dapat rasakan lelaki tu macam ada personality bad boy and misteri gitu.

"Hanania.. stop fikir pasal dia ok. " Monolognya dan menepuk mukanya.

******************************
Raffael mencari kelibat rakannya dan melangkah ke arah meja cafe yang agak hujung sikit.

"Sorry gang..aku lambat tadi sebab lif buat hal. "Kata Raff dan menarik kerusi sebelum duduk.

"Kau terperangkap dalam lif ke?? No wonder la lambat. Ingat kau tak jadi datang ke apa." Kata Harris.

"Haah.. teruk betul perkhidmatan Mall ni. Menyusahkan aku betul. Next time kita deal tempat lain la pulak." Kata Raff.

"Kau sorang je ke yang terperangkap dalam lif ke ada orang lain." Tanya Harris.

"Tak...dengan sorang perempuan ni. Apa entah nama pompuan tu." Kata Raff macam tak kisah.

Dalam lif tadi bukan main lagi risau tiba-tiba tak kisah pulak.

"Wow.. perempuan. Lawa ke bro??". Tanya Naim , rakannya yang lain.

"Not bad but not my taste. Dah la tak yah cakap pasal dia.". Kata Raff.

"Okk... kitorang nak bagitahu good news ni. Confirm kau suka punya. "Kata Harris.

"Apa dia??". Tanya Raff seperti berminat dengan apa yang bakal diberitahu rakannya.

"Tapi tempat ni tak sesuai. Kita jumpa kat port kita la malam ni. Sekarang kita chill and enjoy dulu. Jom pergi kelab. Release tension kau dulu." Kata Naim.

"Ok deal. Sekarang kita pergi kelab dulu lepas tu jumpa dekat port kita pukul 11 malam ni. " Kata Raff dan rakannya mengangguk.

Mereka pun meninggalkan cafe itu dan bergerak ke destinasi mereka.

Raff meneguk beberapa gelas wain. Beberapa gadis seksi mendatanginya. Namun Raff tidak menghiraukannya. Malas melayan.

Seorang gadis tinggi lampai mendekati Raff.

Pelbagai gaya seksi yang dilakukan untuk menarik perhatian lelaki kacukan English itu.

Namun lelaki itu sedikit pun tidak tergoda.

"Takde nafsu ke apa mamat ni. " Desis gadis itu.

Tangannya meliar menyentuh tubuh sasa lelaki itu namun ditepis kasar.

"Don't disturb me bitch". Maki Raff dan menolak kasar tubuh gadis itu.

Gadis itu tersentak. Pertama kali seseorang menghinanya dengan panggilan itu. Dia tidak pernah dihina or ditolak sesiapa.

Mana-mana lelaki pasti akan tergoda dengan dia dan dari situ lah dia mendapat keuntungan dengan wang.

Gadis itu berundur dan berlalu pergi meninggalkan Raff dengan tidak puas hati.

Raff menggelengkan kepala.

"Kacau mood aku je. Shit." Carut Raff. Dia pantang betul perempuan menggedik dengan dia. Rimas.

TBC

HYE MY LOVELY READERS🤗MACAM BIASA JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN. THANK YOU. BTW SORRY KALAU TAK BEST🥺.

#voteandcomment

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now