PART 32

12K 534 9
                                    

Harris menanti Raffael keluar dari bar itu namun Raff masih belum keluar. Hatinya semakin risau dengan Raff didalam itu.

Tiba-tiba dia melihat klien itu keluar dengan tergesa-gesa dari bar itu. Harris juga perasan terdapat darah di tangan klien itu.

Menyedari tentang itu , Harris pantas membuka pintu kereta dan berlari masuk ke dalam bar.

Sebaik sahaja dia masuk , dia melihat Raff terbaring di lantai dengan darah penuh di tangannya.

"Raffael !!!". Jerit Harris.

Harris menghampiri Raff yang sudah tidak sedarkan diri.

"Shit!! Raff !!". Kata Harris dan cuba memapah Raffael.

"Woiii!!! Masuk kejap!! Tolong aku papah bos kau!!!" Laung Harris pada anak buah Raff di luar itu.

Harris dan anak buahnya memapah Raff dan terus membawa Raff ke hospital Thailand.

Setibanya di hospital , Raff terus dibawa ke  Emergency Room.

"Aku nak kau cari klien tak guna tu sampai dapat. Aku tak kisah mana kau nak cari dia , janji bawak dia hidup-hidup." Kata Harris tegas.

"Baik bos."

----------------------

Hanania yang lena tidur tersedar. Hatinya gelisah tak tentu arah.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati malam-malam buta ni." Katanya.

Hanania bingkas bangun dan mengatur langkahnya ke bilik Raffael. Nia mengetuk pintu bilkk Raff berkali-kali.

"Dah tidur ke??". Monolognya.

Dia pun membuka pintu bilik Raff dan melihat ruang bilik itu.

"Perghh scary gila bilik mamat ni. Macam bilik mafia pun ada. Memang sesuai la dipanggil bad boy." Katanya.

Nia melilau mencari kelibat suaminya.

"Err..Aydan. Aydan..." Panggil nya.

Namun tiada sahutan. Nia melihat kosong di atas katil Raff.

"Dia keluar ke?? Takkan tak balik lagi. " Desisnya.

Hanania mengerling jam di telefonnya. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi.

Hatinya semakin risau melihat suaminya belum pulang waktu ini.

Hanania keluar dari bilik itu dan turun ke bawah.

Sunyi sepi. Mak Som dah tidur kot. Hanania nak kejutkan Mak Som tapi tak sampai hati pula dia nak kejutkan Mak Som pagi-pagi  buta ni.

Hatinya sekarang betul-betul risau dan tak sedap hati.

"Aydan ni kan suka betul keluar tak bagitahu nak pergi mana-mana. Tahu tak yang aku ni risau. Agaknya dia lupa lah kot dia ni ada bini kat rumah ni." Bebelnya dalam hati.

Nia mendail nombor Aydan tapi tak dapat. Bertambah risau la dirinya ni.

Hanania melabuhkan duduknya di sofa. Menunggu suaminya pulang. Tanpa sedar dia terlelap.

Kereta milik Raffael tiba di perkarangan rumah nya. Harris memapah Raff.

"Takpe , aku boleh jalan. Kau boleh balik." Kata Raff pada Harris.

"Betul ni. Kalau tak aku tolong kau sampai dalam rumah. " Kata Harris.

"No sokay. Aku tak nak Nia nampak aku dalam keadaan macam ni." Kata Raff.

"Hm ye lah. Kalau macam tu aku balik dulu la ye." Kata Harris.

Raff mengangguk dan melangkah dengan lemah ke dalam rumah.

Baru sahaja dia ingin naik ke biliknya dia melihat Hanania tertidur di sofa dekat ruang tamu.

Raffael menghampiri Hanania.

"Lah kenapa tidur kat sini?". Desisnya.

Raff mengusap lembut kepala Hanania.

Wajah Nia kelihatan polos sangat bila dia tidur. Melihat wajah Nia yang polos itu membuat Raff tersenyum.

"Sayang...hey. kenapa tidur kat sini ni?" . Raff mengejutkan Nia.

Hanania terpisat-pisat membuka matanya.

"Aydan!!". Kata Nia dan terus bingkas bangun apabila melihat susuk tubuh suaminya.

"Ye sayang..." . Raffael mengusap lembut rambut Nia.

"Awak pergi mana?? Tahu tak dari semalam saya tunggu awak balik?!! Kenapa tak bagitahu saya ?? Awak ingat saya tunggul ke apa kat rumah ni??". Marah Nia dengan nada risau.

Tekaknya terasa sebak. Muka Hanania juga seperti ingin menangis.

"Hey...kenapa ni. Ok i'm sorry sayang... Aku tak pergi mana-mana pun. Sorry ok. Janji lepas ni tak buat macam ni lagi." Kata Raff dan mengusap air mata Nia.

"Tahu tak yang saya ni risau kat awak?". Kata Nia lagi dalam tangisan.

Raffael terus memeluk tubuh Hanania. Tangannya mengusap dengan penuh kasih sayang kepala Hanania.

"I'm sorry. Please jangan nangis macam ni. Sekarang aku dah balik kan. I'm okay. Dah-dah jangan nangis. Sshhh.". Pujuk Raff dengan lembut.

Tangisan Nia sudah reda.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Bagitahu saya kalau awak nak pergi mana-mana. Kalau awak tak bagitahu saya , siaplah awak." Kata Nia.

"Alolo comelnya dia marah. Kalau aku langgar macam mana?? Kau nak hukum aku ke? Aku rela kena hukum dengan kau. Tak kisah hukuman apa pun." Kata Raff nakal.

Hanania yang faham maksud Raff terus menampar halus dada Raff.

"Aduh..". Raff mengaduh sakit.

"Kenapa?? Awak sakit ke?? Sorry ii saya tak sengaja." Kata Nia risau.

"Werkkk. Gurau je." Kata Raff menjelirkan lidah.

"Aydan!! Eee...suka kenakan orang." Kata Nia.

"Hahaha comel la muka kau bila marah. Dah la jom tolong aku masuk bilik. Aku sakit ni." Kata Raff dan memegang lukanya di perut.

"Nak masuk bilik pun kena tolong ke?".

"Ye la sayangg...Aku sakit ni.". Kata Raff.

Hanania melihat tangan Raff yang memegang perut nya.

"Awak kenapa??". Tanya Nia.

"Nanti aku cerita. Sekarang nak tolong aku masuk bilik ke tak nak?".

"Ye la..ye la...".

Hanania menolong Raffael menaiki tangga persis orang tak boleh jalan.

Sedangkan lukanya tak de la teruk sangat. Semasa di hospital Thailand , doktor kata lukanya tidak terlalu dalam.

Hanya luka kecil sahaja. Raff bernasib baik kerana klien yang menipunya itu menikamnya tidak terlalu dalam.

Cuma dia sengaja je acah-acah macam sakit teruk. Nak attention dari isteri la katakan.

TBC

JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT 🌹🌹

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now