PART 24

12.1K 564 17
                                    

Hanania terus melangkah mengikuti Raffael.Ingat nak pergi fitting baju je rupanya pergi beli cincin la , tengok barang tu la barang ni la.

Dia punya shopping mengalah kan orang perempuan. Lenguh kakinya mengikuti langkah Raffael yang sekejap masuk ke kedai itu lepas tu kedai ni.

Tapi jauh dari sudut hatinya , ada rasa bahagia. Perempuan mana je tak suka bila dilayan seperti mem besar.

"Eh awak jap..kita nak beli cincin ke?". Tanya Nia.

"Taklah. Nak beli beras. Dekat rumah dah habis beras. " Perli Raff.

Nia mendengus kasar.

Raffael menjentik dahi Hanania. Hanania mengaduh kecil.

"Auch.. sakitlah." Adu Nia.

"Lain kali tanya lagi soalan tak logik. Dah nak masuk kedai cincin konfem la beli cincin takkan nak beli beras pulak sayangku oii." Kata Nia.

"Kalau beli lain kali tak leh ke." Kata Nia.

"Takde ii. Kita pergi beli sekarang. Lain kali mana sempat. Alang ii dah keluar kan bagus beli terus." Kata Raffael.

Hanania mengeluh. Nak tak nak dia masuk juga.

"Selamat datang. Pilih la design yang ada dekat sini. " Kata Pelayan itu dengan mesra.

"Pilih la. Nak yang mana?". Tanya Raff.

"Ermm..mana mana pun ok". Kata Nia.

Dia lihat semua nya cantik. Tak tahu nak pilih yang mana.

"Boleh bagi design yang paling mahal and cantik tak?". Kata Raff pada pelayan itu.

"Boleh. Sekejap ye." Kata Pelayan itu.

Hanania memandang Raff.

"Tak yah la yang paling mahal. Biasa biasa pun ok kan." Kata Nia.

"Tadi kata mana-mana pun ok. Sekarang nak merungut pulak. " Kata Raff.

"Memang lah tapi tak semestinya.." belum sempat Nia menyambung ayatnya Raff memotongnya.

"Takde..takde..biar aku je beli. Kau tunggu pakai je." Kata Raff.

Hanania mengeluh. Memang takkan menang kalau dengan lelaki ni.

Namun satu yang Nia perasan akan Raffael sejak kebelakangan ini.

Raffael nampak sedikit lembut dan dah tak kasar macam dulu dah.

Maksudnya sebelum ni, Raff suka mendesaknya namun sekarang masih mendesaknya cuma caranya tak nampak macam mendesak tapi seperti memujuk.

"Ini design yang paling mahal dekat sini. Yang ni limited edition. Ia cuma direka hanya 5 bentuk sahaja. Kiranya kalau Tuan ambil yang ni , Tuan sangat lucky." Kata gadis itu.

Nak promotekan barang dia memang la semuanya elok.

"Ok. I ambik yang ni." Kata Raff.

Hanania tercengang. Senang nya hidup orang kaya kan , terus beli tanpa tanya harga nya berapa.

Dah la cincin tu limited edition sepastinya harga pun boleh tahan mahal juga lah.

"Berapa?". Tanya Raffael.

"RM 10k. " Kata pelayan itu.

Hanania mendengarnya bagai nak pengsan.

"Boleh guna kad tak ??". Tanya Raff.

"Boleh Tuan.".

Raffael memberi kad debitnya dan pelayan itu mengembalikannya kembali serta menghulurkan beg cincin itu.

"Terima kasih Tuan. Semoga hubungan Tuan dan Cik berkekalan dan bahagia hingga ke jannah. " Kata gadis itu.

"Thanks." Kata Raff dan melangkah keluar dari kedai cincin itu.

"Raff..kenapa awak beli cincin mahal macam tu. Membazir je. " Kata Nia.

Harga tu boleh beli rumah berapa buah dah.

"Untuk kau tak membazir pun." Kata Raff.

"Tapi saya tak suka awak membazir beli cincin mahal macam tu walau pun tu cincin kahwin." Kata Nia.

"Look. Aku janji lepas ni takkan beli mahal mahal dah ok. But please kali ni je. Aku cuma nak belikan kau something yang mahal tu je." Kata Raff.

"Tapi.."

"Please..kali ni je. I just want you wear something valuable and it deserves for you my girl.", Kata Raff.

Sepastinya Hanania kalah dengan suara manja itu.

"Hm ye lah." Akhirnya Hanania mengalah juga.

"That's my girl." Kata Raff dan mengenggam tangan Nia.

Hanania tersenyum bahagia. Kalau sebelum ni dia ragu ii untuk hidup dengan lelaki ni mungkin sekarang dia dah berasa sedikit yakin.

Siapa tahu lelaki ini boleh bahagia kan dia dan benar benar jodohnya.

"Ada nak gi mana ii lagi tak ?". Tanya Raff.

"Takde kot. Ke awak ada nak pergi mana ii. Saya ikut je. " Jawab Nia.

"Ermm..kita gi makan la. Aku dah lapar ni. Kau nak makan kat mana?".

"Erm suka hati awak asalkan bukan tempat mahal. Awak dah beli cincin tu macam nak beli rumah dah. Jadi Kita gi makan tempat murah ii je. " Kata Nia.

"Haha..mana ada mahal. Murah je. Bab duit tak yah risau. Aku kaya. " Raff memuji dirinya.

"Eee... bongkak nya. Bongkak la bongkak , nanti jatuh menjunam baru tahu. " Kata Nia.

"Aku tak bongkak. Aku cakap benda betul. Bongkak apanya. Dah jom makan.". Raff memimpin tangan Nia.

Nia hanya mengikut sahaja.

Hanania dan Raffael tiba di sebuah restoran yang tidak terlalu mewah. Hanya restoran biasa sahaja seperti yang Hanania minta.

Mereka berdua mengambil tempat duduk.

Raff mengambil menu yang sudah tersedia di atas meja.

"Nak makan apa?? Order je. " Kata Raff.

"Kuey tiaw. Nampak sedap je." Kata Nia.

Raff memanggil pelayan.

"Bagi kuey tiaw dua pastu air sirap limau dua." Kata Raff pada pelayan itu.

Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

"Awak ok ke makan kat sini?". Tanya Nia.

"Ok je. Kenapa?".

"Takdelah mana la tau awak tak biasa makan dekat kedai biasa ii. Selalu makan kat restoran mewah mewah je." Kata Nia.

"Mengarut je kau ni. Apa orang macam aku ni tak boleh nak makan dekat kedai biasa ke?". Tanya Raffael.

"Bukan macam tu. Fine sorry." Kata Nia.

Nia memandang seorang kanak kanak perempuan yang disuapkan oleh ibunya.

Hanania tersenyum melihat gelagat budak perempuan itu.

"Comel ." Kata Raff.

Nia memandang Raff.

"Kan..comel budak perempuan tu." Kata Nia.

"Bukan budak tu." Kata Raff pula

"Habis tu ? Sape?". Tanya Nia hairan.

Bukan Raffael bercakap pasal budak prempuan tu ke?

"Kau ". Kata Raff dan memandang tepat ke anak mata Nia.

Tidak semena mena pipi Nia merona merah.

Raff tersenyum senget.

"And kau lagi comel bila blushing macam ni.". Puji Raff lagi.

Hanania memegang pipinya. Terasa panas je.

Tidak lama kemudian, makanan mereka sampai.Mereka berdua menikmati makanan itu.

TBC

#VOTE
#COMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now