PART 11

12.8K 631 22
                                    

Setibanya Nia dan Sofea di sebuah cafe , mereka mengambil tempat di tepi cermin.

Manakala Raff mengambil tempat di belakang mereka berdua. Nasib baik dia memakai topi dan kaca mata hitam jadi Hanania mungkin tak camnya.

"Selamat datang ke Cafe Olivia. Ini menunya." Kata pelayan cafe itu dan memberikan menu pada Hanania dan Sofea.

Hanania menyambutnya dengan senyuman.

Dia membelek-belek menu itu.

"Bagi saya Dutch Baby Pancake dan ice milk " Kata Nia.

"Saya pula macaroni dan milk shake. Ok itu je.".

Pelayan itu mengangguk dan melangkah ke meja di mana Raff duduk.

"Encik nak makan apa?". Tanya Pelayan itu.

"Just bagi saya hot chocolate". Kata Raff.

Pelayan itu pun beredar.

Mata nya melilau di sekeliling cafe itu. Memerhati sama ada , ada orang lain yang mengekori Hanania selainnya.

Tak lama kemudian minumannya sampai. Begitu juga dengan makanan yang di order Nia dan Sofea.

"Not bad kan makanan kat sini?". Tanya Nia.

"Haah..makanan dia semua sedap and kena ngan selera aku." Jawab Sofea.

"Kau semua makanan kena ngan selera kau. Tak de yang x kena." Kata Nia.

"Of course laa..aku bukan jenis cerewet makan ok.". Kata Sofea dan menyambung makan.

Hanania tergelak. Tapi tiba-tiba dia ternampak seseorang yang dia pernah jumpa. Tapi tak pasti.

Raff perasan yang Hanania memandangnya terus bingkas bangun dan ke kaunter untuk bayar.

Hanania baru saja nak kejar tapi tak sempat sebab lelaki tu dah keluar.

"Kau kenapa beb. Macam nampak hantu je.". Tanya Sofea hairan dengan tingkah laku Nia.

"Aku rasa aku macam nampak orang yang aku kenal. Tapi x sure betul ke tak?". Kata Nia.

Dia tak pasti sama ada tekaanya betul ke salah.

"Sape??". Tanya Fea.

"Tak de sape lah. Aku salah pandang kot." Kata Nia.

"Ye lah.".

Raff terus masuk dalam keretanya. Nasib baik Hanania tak kejarnya. Kalau tak pasti gadis itu salah faham akan dirinya.

Tapi dia tak nampak sape-sape yang mengekori Hanania dan Sofea selain dia.

"Boleh pakai ke maklumat Si Paan ni.". Monolognya.

Paan ialah anak buahnya yang menyampaikan maklumat itu padanya

Raff mendail nombor Paan.

"Hello Tuan.". - Anak buah Raff

"Kau sure ke yang budak tak guna tu siasat pasal Hanania ni. Aku tengok takde sape pun yang ikut dia selain aku." - Raff

"Sure Tuan. Err..saya lupa nak bagitahu Tuan pasal satu benda ni tadi." - Anak buah Raff.

"Haa apa dia?".-Raff

"Saya rasa dia akan mulakan rancangan dia 3 bulan lagi..Sebab budak perempuan tu akan habis belajar dalam masa 3 bulan.". - Anak buah Raff

"Kenapa dia nak tunggu perempuan tu habis belajar dulu?". -Raff

"Yang tu saya tak pasti.."

"Asal tak bagitahu awal-awal. Buang masa aku je ikut pompuan ni." - Raff

Raff terus mematikan panggilan itu.

Tiba-tiba pintu cerminnya diketuk. Terkejut Raff apabila melihat Hanania yang mengetuk pintu itu.

"Macam mana dia boleh ada kat sini? Haihs..masalah betul.". Bebel Raff.

Raff menurunkan cermin keretanya.

"Haa kau nak apa?". Tanya Raff.

"Haa betul la awak yang kat dalam cafe tadi. " Kata Nia.

Selesai makan tadi , Hanania keluar dari cafe itu dan dia ternampak kereta lelaki yang selamatkan dia baru-baru ni.

Dia menyuruh Sofea balik dulu sebab dia buat alasan yang dia ada urusan nak diselesaikan.

"Kau nak apa?? Aku nak cepat ni.". Kata Raff tanpa menjawab soalan Nia.

"Saya yang patut tanya awak..awak nak apa? Kenapa awak follow saya ngan kawan saya??". Tanya Nia.

"Kau ingat aku tak de kerja ke nak follow kau ngan kawan kau tu. Tolong sikit. Kau bukan orang penting pun nak kena follow ii bagai." Kata Raff.

Tanpa disuruh , Hanania terus masuk dalam kereta BMW Raff. Raff tergamam.

"Woii.. sape bagi kebenaran kau masuk kereta aku hah??!". Marah Raff.

"Bagitahu saya kenapa awak follow saya dengan kawan saya?? Awak nak apa?.". Kata Nia dengan berani.

Hanania tak tahu dengan sape dia bercakap. Kalau dia tahu , tak de maknanya dia berani cakap macam ni.

"Kau keluar dari kereta ni sekarang sebelum aku...!!". Raff menggantungkan ayat nya dan memandang Nia.

"Sebelum apa??". Nia menentang mata Raff.

Dia takkan keluar selagi lelaki ni tak bagitahu kenapa dia mengekori dirinya dan Sofea.

Raff mendekatkan wajahnya pada Hanania. Lalu meniup halus wajah Hanania.

Hanania terpaku. Dia tak mampu nak bergerak. Dan yang peliknya dia tak menolak malah membiarkan lelaki itu sahaja

Nasib baik cermin kereta Raff gelap dan orang diluar tak boleh melihat keadaan didalam. Kalau tak pasti viral satu Malaysia.

Agak lama mereka dalam Keadaan itu , Raff menjauhkan wajahnya dari Nia

Hanania masih lagi terkejut dengan keadaan itu.

"Kau nak keluar ke tak sekarang ni?? Aku boleh buat lebih dari tu kalau kau masih tak keluar." Kata Raff dengan suara menggoda dan mengangkat sebelah keningnya.

Hanania yang masih terkejut cepat-cepat membuka pintu dan keluar dari kereta itu.

Kereta BMW milik Raff meninggalkan Hanania yang masih lagi dalam keadaan dilema.

Sah lelaki ni totally bad boy Hanania !!

Dia tak tahu nak menangis ataupun nak marah. Dia sendiri tak faham dengan perasaan dia sekarang.

Perasaannya bercampur baur. Nak menangis , nak marah , malu , dan mungkin dia happy kot.

Hanania menggelengkan kepalanya laju.

"Dasar Mr.Bad Boy. Berani betul dia tiup tiup muka aku. Kau tengok laa nanti kalau aku jumpa kau lagi one day". Getus Nia dalam hati dan terus pulang ke rumah sewanya.

TBC

KORANG KOMEN LAA🤗🤗.. AUTHOR NAK TAHU FEED BACK KORANG UNTUK PART NI🥺🥺. TAK NAK KOMEN PUN TAKPE ☺️ JANJI VOTE TU WAJIB OK SAYANG II SEMUA 🥰❤️

#VOTE
#COMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now