Bab 2

91 22 6
                                    

"OI,MAKCIK! kau mencicit lari macam lipas kudung ni,apahal? Kena kejar dengan Hantu Kak Limah ke?"

Mendengar suara yang sangat dikenali lagi menyakitkan hati, Putri segera menekan butang auto brek.

Dia berpaling ke belakang melihat sahabat sejati sehidup semati, Ellia Natasha menggaru-garu kepala sambil memandangnya dengan pelik.

"Kan sekarang ni waktu kedua. Aku nak kena pergi bilik Seni lah! Kau asal releks semacam ni? Tak takut ke Encik Ramlee marah?"

Bertubi-tubi Putri menyerang Ellia dengan soalan.

"Minah, kau salah makan ubat ni. Kelas pagi tadi Mrs.Wong cancel lah. Dia suruh kita buat kerja masing-masing. Tak tengok Whatsapp ke?"

Pertanyaaan Ellia menyedarkan Putri yang masih cuba untuk  memproses maklumat terkini.

"Kau cuba nak prank aku ke? Setahu aku April Fool dah lepas"

Ellia menjungkitkan bahunya.

"Suka hatilah nak percaya ke tak. Kalau susah sangat kau tengoklah sendiri"

Putri membulatkan mata.

Tangan sebelah kanan laju menyeluk ke dalam poket skirt bercorak petak-petak labuh melepasi bawah lutut. Ditarik keluar iPhone 12 pro max miliknya.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Chat group kelas mereka segera dibaca.

[6/12, 8:02AM]
Mrs.Wong: Attention class, due to a certain reason I'm unable to teach you guys for today so our class will be canceled. Monitor please take care of your classmates.

[6/12, 8:03AM]
Ryaan@monitor: Roger Madam.

[6/12, 8:04AM]
ElliaSengalSo, are we free to do anything during your time,Madam?

[6/12, 8:04AM]
Mrs.Wong: yes you can. Any questions?

[6/12, 8:04AM]
Ariel: takde

"Habis kelas Encik Ramlee pulak?"

Ellia menepuk dahi.  Sahlah temannya nan seorang ini terkena sampuk . Kenapalah dia merapu benda yang bukan-bukan.

"Oi, mana ada kelas seni harini. Lusa baru ada. Kau kenapa nyah?"

"Eh, tadi Hayden pesan kat aku kena pergi bilik Seni..."

"Yang kau pergi dengar cakap dia asal? Dia dengan kita sama grade ke? Tak kan? We're eleventh grade , his above us. Berbeza tau?"

"Ohhh..."

Serupa macam kanak-kanak tadika yang baru mengenali abjad, dia memberikan reaksi ke atas penjelasan ringkas Ellia.

" Bodoh tu simpan sikit untuk hari tua.Jangan tunjukkan sangat boleh tak?"

Putri mencebik saat mendengar sindiran  Ellia.

"Eleh,panggil orang bodoh pulak dia ni. Okay, takpe, takpe...lepas ni aku tak nak tolong kau buat homework kau yang berlambak tu. Buatlah sendiri!"

Putri kemudian melangkah pergi. Dagunya didongak sedikit ke atas.muka cemberut segera ditayang.

Ellia mengejar dari belakang.

"Alah, Rania janganlah begitu rakanku...aku memain je. Please?" Pujuk Ellia.

"Hmph! Takkan ku maafkan mu, dasar kawan derhaka"

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now