Bab 3

98 19 7
                                    


MELIHAT keadaan sadis Amanda yang di tahan oleh Encik Gaviscon di hadapan pintu masuk membuatkan kedua orang gadis itu ketawa sampai pecah perut.

"Hah, loyar buruk lagi minah tu, karma is real"

Ellia mengelap tubir matanya. Penat gelak.

Putri menggelengkan kepalanya. Sedikit bersimpati dengan nasib Amanda.

"Sebelum Bat balik dari 'melabur saham', kau ceritalah dulu kisah macam mana kau boleh datang lambat. Misteri sungguh"

Belum pun sempat Putri membuka mulut, terdengar suara annoying yang sengaja dikepit menyerupai wanita jadian milik Yaya atau nama sebenar dalam kad pengenalan Muhammad Yazed, menjerit nyaring membuatkan seluruh penduduk kelas Sapphire terdiam.

"Guys, that devil is coming! Mission aboard! Duduk di tempat masing-masing!"

Menggelupur semuanya setelah amaran awal dikeluarkan.

Dari suasana yang hiruk-piruk kalah pasar tani di awal pagi, kini bertukar menjadi sebuah tanah perkuburan yang sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.

Huh,memang manusia jenis munafik lagikan hipokrit.

Semua pelajar AES sedar, mereka lebih sanggup menjadi golongan munafik dari menonjolkan perangai sebenar pengikut dajjal di hadapan Pengetua digeruni ramai, yang digelar The Devil Wears Gucci .

Dah kenapa kejam sangat panggil pengetua dengan gelaran Devil?? Kalau Azazil bapak segala Jin nampak betapa menggerunkan pengetua mereka memerintah confirm dia juga tunduk menyerah diri.

Yang menyumbang kepada jenama Gucci pada separuh gelaran itu adalah kerana pengetua mereka itu memang obses dengan jenama terkenal dari Italy. Hari-hari tanpa jemu memakai koleksi Gucci dari akesesori rambut hingga high heels.

Dengar cerita, side income yang diperoleh si Devils Wear Gucci adalah dari menjual jamu awet muda. Entah betul ke tidak,mereka tidak pasti.

Click, clack, click ,clack.

Sungguh ngeri boleh dibawa ke alam mimpi bunyi seriau yang dihasilkan oleh sepasang kasut tumit tinggi milik pengetua AES bagi sebilangan pelajar yang sering di jadikan target utama.

Terlihat kelibat wanita lingkungan 40-an berpakaian serba mewah memasuki pintu masuk kelas Sapphire. Wajah yang tidak menunjukkan sebarang penuaan itu kelihatan sangat tegang tanpa mengukir segaris senyuman.

Disusuli dari belakang oleh sesosok tubuh tinggi lampai milik seorang gadis yang berpakaian uniform rasmi AES serba lengkap. Tetapi identiti gadis misteri itu tidak dapat dikenal pasti.

'Aik, pelajar baru ke?' fikir masing-masing.

Setelah kedua-duanya selamat memasuki kelas tersebut, mulalah si devils berbicara dengan suara lantang tak ubah seperti komander yang mengeluarkan arahan kepada kadet-kadet dibawahnya.

"Class, from now on you'll have a new classmates which is one of our transfer student. Kathy,please introduce yourself"

Dia menapak ke belakang untuk memberikan ruang kepada pelajar baru tersebut.

Gadis tersebut tersenyum kecil. Namun cukup untuk membuatkan para pelajar lelaki angau melihatnya.

Bukan mereka tidak pernah berjumpa dengan perempuan cantik, cuma...yelah, fresh meat. Siapa tak mahu?

"Hello everyone. My name is Katherine Cullen. I just moved back to Malaysia a month ago. By the way, I lahir dekat London. Oh, and just nak bagitau, my dad is the owner of La Vermis Collection. Alah, jenama terkenal tu, y'all mesti lah tau kan?"

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now