Bab 13

58 10 2
                                    


F I R S T E N C O U N T E R
MEGAT FAKRUL NAIM X ELLIA NATASHA

SAAT kakinya menjejak masuk kedai Al-Ikhsan itu, Ellia merasakan dirinya sekarang ni sedang berada di syurga duniawi. Benarkan dia tinggal dalam ini buat selama-lamanya.

Matanya meliar memandang segenap penjuru kedai tersebut tanpa ada miss walau satu sudut pun dari pandangan mata helangnya. Tidak sudah-sudah dia menguntum senyuman serupa Joker dalam cerita Batman.

Kalau gadis sebayanya,sudah tentu akan menghabiskan masa membuat window shopping ke kedai brand Gucci, Tiffany,The Body Shop etc semua tu tapi bukan bagi seketul Ellia Natasha.

Dia lebih sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya dekat kedai sukan ataupun sportswear itu.

Perlahan-lahan dia mengambil masa menelusuri lorong-lorong yang menempatkan pelbagai  jersey team bola sepak kegemarannya sehingga tibanya dia di rak kasut yang berbagai jenis.

Matanya meneliti setiap kasut yang dipamerkan lalu dia tersenyum puas hati. Bingo itu pun dia!

Namun sesaat kemudian hatinya bagai retak seribu melihat seorang jejaka yang muncul entah dari mana  sudah pun menggapai kasut idaman hati terlebih dahulu dari raknya.

'No way,aku dah drive jauh-jauh ni aku takkan pulang dengan tangan kosong!' hatinya bertekad.

Ellia seselamba mungkin berjalan laju merempuh bahu jejaka tersebut sehingga terjatuh kasut yang dipegangnya ke bawah.

"Aduh" ngadu jejaka itu. Dia mengerutkan dahi yang sedikit tersembunyi disebalik topi dipakainya.

Tangkas sekali Ellia menyambar kasut tersebut lalu berlari-lari anak menuju ke kaunter.

'Yes mommy got you baby!' Hatinya menjerit kegirangan.

Terkebil-kebil mata jejaka itu sendirian saat kasut yang baru sahaja berada ditangannya sudah lesap dibawa lari oleh seorang gadis yang tidak dia kenali. Rasa sengal di bahu masih belum hilang.

Ini tidak boleh dibiarkan sama sekali!

Dia mengetap giginya dengan geram. Kaki panjangnya laju mengorak langkah mengejar si pesalah yang telah menaikkan darahnya. Nak kena betullah minah ni.

"Hoi,kau dah tau langgar orang,tak tahu ke nak mintak maaf balik hah?" Bahu Ellia di tarik kasar dari belakang.

Peduli apa dia kalau orang itu berjantina perempuan ke sajat ke. Salah tetap salah.

Terkejut beruk Ellia dibuatnya. Ingatkan dia sudah membebaskan diri dari radar jejaka itu tapi sangkaannya meleset sama sekali. Dia sudah tertangkap!

"Apa salah aku? Kau tu yang salah sebab berdiri dekat tengah-tengah lorong.Memang patut pun kena langgar" balas Ellia dengan selamba.Motto hidupnya kalau dia rasa benda tu tak salah dia takkan mintak maaf.Confident kena ada bila nak tegakkan benang yang basah.

"Haish,menjawab eh? menjawab!"

"Mestilah menjawab dah tu mulut ni untuk apa?" Cabar Ellia. Kening dijungkit ke atas.

Jejaka itu merengus perlahan. Hoodie berwarna kelabu itu diturunkan ke bawah menampakkan seluruh wajahnya yang tampan.Topi yang tersangkut  dikepala ditarik kasar, rambutnya disebak ke belakang. Sepasang mata berwarna coklat gelap itu memandang tajam tepat ke anak mata Ellia.

"Kau ingat,aku akan biarkan je ke?" Tubuh tinggi lampai milik jejaka itu merapat sehingga hidung mereka berlaga.

Masing-masing berdegil tidak mahu mengalihkan pandangan mereka. Tidak dilihat oleh mata kasar,ada cahaya kilat memancar saat mata mereka bertembung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now